Sunday, February 13, 2011

Sofea @ Pantai Morib

Sekarang aku kat KL. Ikut En. hubby kursus. Sebelum tu balik rumah mak mertua kat Banting dulu. Dah sampai Banting, haruslah bawak Sofea pergi Pantai Morib. Dekat je kan..

Suruh Sofea pijak pasir. Tapi beria-ia dia angkat kaki kononnya geli. Dulu masa bercuti kat Karambunai KK ade gak try suruh Sofea pijak pasir. Time tu lagi teruk. Siap menjerit-jerit lagi.

Haaa..first time jejak kaki ke pasir. Ok pun. Ni pun lepas puas tunjuk demo kat dia. "Sofea tengok, mama pun pijak, mama pun tak pakai kasut. Ni mama kasi can Sofea tak pakai kasut". Baru dia ikut.

Ni first time rasa air laut. Muka masih pelik lagi....

Dah lebih konfiden, main siram siram air.

Ok dah. Happy gila dapat main air laut...

Bila time suruh senyum ambil gambar, Sofea akan buat muka camni. Kecikkan mata, kemamkan mulut. Tak nampak macam senyum dah. Muka tengah memerut adelah. Hehehe...


Main pasir lak.....

Pakngah nak buat Istana pasir. Tapi dah macam rumah teres plak. Straight je..
Papa dengan pakngah Sofea beria nak timbun pasir kat Sofea.

Tapi Sofea buat dek je. Korek lagi pasir. Korek lagi....

Mama suruh senyum, Sofea buat muka memerut lagi. Mama kata "Bye bye Sofea. Mama main air dulu" Dia pun lambai aku tak heran. Heartless lah pulak....

Suka gambar ni..anak dan bapak so happy!!!

Sofea enjoy gila dapat main kat pantai. Lepasni kena plan bercuti kat mana-mana pulau ni. Any suggestion?

Last but not least, gambar takde kaitan dengan tajuk di atas. Tapi masih hari yang sama...

Sofea @ playground Shah Alam. Depan rumah sewa paklang. Again, Sofea cuba smile tapi nampak macam memerut.....

Ibu yang sarat mengandung 7 bulan happy mengalahkan anak bila dapat main jungkang jungkit. Hehehe..

5 comments:

areknee said...

laaa klong dtg KL ke? ingatkn ujung bln baru dtg?? dah besarnye sofea!! xsabar nk jumpe nk buli die.. hahahaha

Moments to Remember said...

ni tetiba je dtg. rabu ari tuh tetiba rasa nk ikut. terus beli tiket hari jumaat. hari ni nk balik dah. sofea x reti duk diam skang. bak kata kawan klong, mcm cacing kepanasan.

Unknown said...

babe,
bole tak sofea ni sama mcm muizz, geli nak pijak pasir! tp main pasir takpe..hahha! aku rase kene salu bwk diorg gi pantai ni baru ok kot ;)

SyahieraFarhana said...

Sofea, dtg la KL lagi jumpa aunty syera.. :-)

Moments to Remember said...

chun, tulah... kena selalu bwk gi pantai supaya biasa. nanti kalo aku dh keja kt semenanjung senang sket nk bawak jalan2 pantai.

aunty syera, nanti kalo sofea dh duduk melaka bole jumpe aunty selalu...itupun kalo mama nak bawak sofea lg.