Sunday, August 30, 2009

Hobi Sofea

Sofea skang suka tengok tv. Tengok tv plak macam orang tua. Macam paham je cerita ape. Banyak2 cerita, dia suka tengok cerita P Ramlee. Maybe sebab itam putih, tu colour yang dia senang nampak.. Sekali tu kitorang tukar channel lain. Pandai lak ngamuk. Bila tukar channel P Ramlee balik, baru dia senyap. Heheheh
Tengah tengok channel 611 Ceria.

Teman papa tengok cerita Nurkasih

Khusyuknya. Macam paham je. Mesti tengah emosi sebab Adam jahat sangat kat Nur.

Selain suka tengok TV, dia skang semakin becok. Makin dilayan, makin rancak plak. Sila layan video di bawah.

video

Sofea dah pandai jeritlah.....

Saturday, August 29, 2009

Gembira tak berpanjangan

video

Sofea sangat happy dan agak becok hari ni. Hari ni weekend so aku plan untuk bermalas-malasan. Malas nak kuar so duk umah layan Sofea. Cuba layan video ni. Awal-awal dia sgt happy tapi tak lame pun.


Inilah punca Sofea nangis. Papa dah terkepit isi jari Sofea lah...Uwaaaa, sakit lah papa.

Kuku Sofea cepat panjang dan keras. Sofea punya habit plak suka menggaru kepala masa menyusu. Inilah hasilnya. Calar balar dan luka-luka kepala dia. Tu pasal kitorang potong kuku dia lagi. Padahal baru je potong 2 hari yang lepas. Papanya tak puas hati kuku cepat panjang, sampai isi-isi pun dia terkepit sekali. Sian Sofea. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dahlah kepala calar balar, jari pun terluka gak.

Saturday, August 22, 2009

Sofea @ 3 months

Sofea sudah 3 bulan. Weight= ?. (update lepas timbang = 5.5kg). Belum tahu lagi. Selasa depan baru timbang. Tapi pada firasat saya 5.6kg. Naik 500gm sahaja. Gambar di atas adalah gambar kulit Sofea yg 'free' drpd masalah eczema. Sudah putih anak mama skang.

Sofea selepas mandi. Kulit dia sensitif. Jadi tak boleh pakai mana2 sabun atau syampu. Hanya sesuai dengan aqueous cream sahaja. Sungguh memilih ye.

Baju ni tok ibu beli dari Batam. Comel kan?
Development Sofea bila 3 bulan:
  • Dah pandai jerit
  • Dah pandai gelak besar.
  • Dah pandai pandang orang bila org datang dekat dia.
  • Suka jelir2 lidah
  • Suka menyembur air liur.
  • Borak semakin rancak dan lama.
  • Kepala tak perlu support lagi.
  • Suka tengok skrin laptop atau handphone time videocall ngan skype.
  • Sangat memilih puting. Taknak minum susu pakai botol lansung. Dulu masih ok lagi. Skang sangat memilih. Hanya botol Tomee Tippee yang dia ok sket.

Itu saje perkembangan Sofea yang terlintas kat fikiran skang ni. Kalo ingat lagi nanti saya update kay.





Saturday, August 15, 2009

Gemuk...

Title kali ni sangat direct. Ye kawan2, aku sudah menggemukkan diri. Semalam baru perasan selepas dapat weighing scale free hasil daripada redemption from Maybankard. Selama ni memang tak perasan sangat sebab tak ade penimbang di rumah. Penimbang kat wad plak rosak. Kalo aku naik, dia mmg bagi reading yang aku rasa selamat. Kurang 7kg daripada yang sebenar. Kalo sesapa yang kenal aku masa belajar dulu mesti tahu. Bilik aku memang ada penimbang dan setiap hari aku akan timbang. Then semangat nak berdiet tambah exercise. Memandangkan skang dah ade zon selesa iaitu bersuami dan ada anak, aku dah tak kesah diet2 lagi. Jadi, inilah hasilnya skarang. Aku put on weight 20kg sejak habis belajar. Huwaaaaa, tak sanggup tengok cermin lagi.

Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku berharap (bukan berazam...harap je) aku dapat kurangkan berat at least 4kg. Ditambah lagi aku fully breastfeed Sofea. Pray for my success ok.


Nilah jenis weighing scale yang aku dapat. Sangat suka sebab cita2 nak ada penimbang digital dah tercapai. Dapat free plak tu. Tak sia2 bershopping pakai Maybankard.

Tak perlu diexplain lagi. Gambar di atas dapat ceritakan segala-gala.

Thursday, August 13, 2009

Support kepala

Yeyeh...hari ni aku dan hubby baru perasan yang kepala Sofea dah kuat. Tak perlu support lagi. Memang selama ni tak sabar2 tunggu kepala dia keras sket. Takdelah takut sangat nak dukung dia. Kalo tak memang kena sentiasa berhati-hati takut kepala dia terkulai je (sesuai ke perkataan terkulai itu?). So sempena kepala dah kuat tu, aku bagi latihan meniarap intensive sikit. Sian dia......


1....Kepala steady je. Masih tegak dan mampu angkat tinggi sket.




2....Dah mula hilang imbangan badan. Senget sebelah.




3....Boom! Dah tak larat lagi. Landing kepala lagi baik.Skang Sofea dah tak mengamuk bila kitorang tiarapkan. Sebab dia dah ade skill baru....terus lentokkan kepala macam tu kalo malas dah. Senang cerita....




Tuesday, August 11, 2009

Flu like illness

Hari ni dah 2 hari aku ambil MC. Mula2 hari Isnin saje ambil annual leave untuk jaga Sofea sebab dia masih batuk dan selesema since last Saturday. Taknak hantar nursery sebab takut baby lain pun berjangkit. Nampaknya skang bukan baby lain berjangkit. Mama die plak yg dah ikut berjangkit. Papanya pulak batuk je. So kitorang pakailah mask kat umah. Sangat lah rimas sebab kena tutup mulut ni. Taknak Sofea sakit lama-lama punya pasal. So far Alhamdulillah. Sofea tak demam pun. Nampaknya hari ni dia ade improvement sket. Doakan kami cepat sembuh ye.

Sofea confused tengok mama papa dia takde mulut ngan hidung.


Sofea teman mama jumpa doktor + ambil MC di staff clinic HUS. Sofea plak nak jumpa Dr. Pubalan. Kulit Sofea ada problem sikit lah. Selamat mama berjaya dapat kan referral letter untuk Sofea. Skang Sofea dah ade dermatologist sendiri. (Dia faham ke dermatogist tu ape? Hehehe..) Sofea pun nak pakai mask gak sebab skang ni banyak kes H1N1. Sarawak ni plak jerebu teruk. Haruslah ambil langkah berjaga-jaga kay.

Sunday, August 9, 2009

Hari-hari Sofea

Tak ade tajuk yang sesuai. Selalu ambil gambar Sofea tanpa fikir cerita yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog. Mak dan abah, jom tengok gambar Sofea yang latest ni.
ISNIN

Tunggu papa di nursery ngan mama

SELASA

Mama lawat Sofea waktu lunch hour
RABU


Lena dlm baby cot time papa ngan mama siap nak gi keja. Jarang macam ni. Sekali sekala je bagi diorang chance.
KHAMIS
Mama lawat Sofea time lunch hour lagi. Tapi time ni Sofea tengah tido sebab kenyang.

JUMAAT

Mama memang datang tengok Sofea setiap Jumaat. Papa sembahyang Jumaat dekat sebelah nursery Sofea je.

SABTU

Sofea tak ade mood sebab batuk dan selesema. Papa ngan mama bawak Sofea gi klinik.

Sofea kena dera ngan papa walaupun tgh sakit. Papa suruh Sofea exercise untuk cepat meniarap.

AHAD

Sofea dah sihat. Boleh gelak-gelak dah bila mama nyanyi lagu Air Pasang Malam.


Hari ni Sofea banyak tido dalam car seat ni. Selesa jugak.... Ni gambar Sofea gembira lepas bangun.

Monday, August 3, 2009

Papa pulang lewat

Hari ni my hubby ade briefing daripada bahagian Finance yang datang dari KL. Malam plak ade dinner. So, larilah rutin harian kitorang. Normally what we do everyday ialah dalam pukul 7.10 pagi hantar Sofea ke nursery, pegi tempat keja hubby then aku plak drive kereta ke hospital. Bila balik plak aku drive ke tempat keja hubby untuk ambil dia, then ke nursery ambil Sofea, last skali balik rumah. We all cuma ada satu kereta je at this moment. So memang kena plan betul2 supaya boleh balik rumah awal. Waktu keja aku habis pukul 5 ptg and nak keluar dari hospital pulak jam. So elok2 je sampai tempat hubby yang balik pukul 5.30 tu. Kitorang skang mmg punctual bab2 balik ni. Tak ade kompromi lagi since dah ade Sofea. Dia punya nursery paling lewat pukul 6 petang. Kalo lambat kena extra charge. Segalanya duit sekarang ye......

So, apa yang Sofea buat sementara tunggu papanya? Sila lihat cerita bergambar....

Borak-borak dengan mama dekat nursery.

Dah borak laparlah plak. Minum dulu sementara nursery belum tutup. Lepas ni Sofea temankan mama makan plak kay.

Mama drive sendiri. So, Sofea kena duduk dalam car seat a.k.a baby carrier ni. Terima kasih makngah, pak uda & maksu yang dah belikan car seat ni utk Sofea. Matching dengan baju Sofea lah. Toy ni mama gantung supaya Sofea leka. Boleh mama makan dengan tenang. Tengok, mata Sofea sampai juling-juling.


Mama makan nasi ayam lemon. Sofea tak heran dah sebab dah kenyang. Layan toy lagi best...


Okeylah, sudah pukul 8.30malam. Sofea dah ngantuk. Tido dulu....


Saturday, August 1, 2009

Gambar Sofea

To my family in Malacca, sila layan gambar Sofea yang latest.

Papa bawa saya pegi swimming pool tapi saya tak excited pun. Swimming pool tu apa ek?

Tengok, pipi saya dah labuh.

Pipi labuh sebab mama. Bila saya nangis je, mama terus bagi susu.


Ok, itu saje minggu ni. Mama tak banyak ambil gambar sayalah.