Tuesday, January 12, 2010

Moving forward

Yeah yeah, hari ni Sofea dah gerak ke depan. Kalo tak sebelum ni memang undur je. Walaupun gerak macam combat. Belum lagi merangkak. Harap-harap banyak lagi development Sofea dalam masa terdekat ni.

video

Mulut sekarang becok tak ingat. Vocab baru yang dia dapat sebut semalam ialah "mamam mamam". Maybe try nak sebut mama kot.




Thursday, January 7, 2010

Sofea @ 7 months

Lagi 1 entry tertangguh. Lama gila tak update blog. Mak abah, sorry dah lama tak upload gambar Sofea.

Berat 7 bulan tak tahu sebab tak de gi check up.

Development Sofea @ 7 month:

Dah angkat punggung macam nak merangkak, tapi x berjaya merangkak ke depan lagi. Masih undur ke belakang.

Dah duduk dalam high chair kalo gi makan kat luar. Senang sket kitorang nak makan. Kalo dia duk dalam stroller cepat boring.

Suka masuk barang dalam mulut. Kalo boleh semua benda nak makan. Favourite dia tisu. Suka tul makan tisu sampai nak telan skali.

Suka masuk bawah sofa ni. Baru je keluarkan dia, try lagi nak masuk dalam tu. Siap senget-senget kepala lagi nak masuk habis.

Ikut mama tengok wayang. Ni memang tak bagus. Tapi nak buat camaner. Movie skang best2 especially AVATAR. Terpaksa gak Sofea ikut sebab takde sape nak jaga Sofea. Tapi dia sangat behave dalam wayang. Tak menganggu orang lain. Tido je walaupun cerita tu nak dekat 3 jam.

video
Dah pandai geleng kepala kalo taknak.

video
Semakin laju dalam walker. Mana kita pergi, sibuk je nak ikut.

Development lain:
  • Dah pandai tepuk-tepuk tangan
  • Pandai lambai-lambai tangan tapi tak tau lagi time bila nak lambai. Bila kita bye bye dia tak lambai, tapi duk diam-diam baru lambai.
  • Dah pandai mengamuk kalo apa yang dia nak tak dapat atau kita ambil barang yang die tengah khusyuk main.
  • Perkataan yang Sofea suka sebut, "abah, abah".
  • Lebih suka kenyang makan dari kenyang susu. Orang kat nursery kata, kalo suapkan makanan baby lain dia pun nak gak. Nak gemuk macam mamanya jugak ke Sofea???