Saturday, January 10, 2015

Hi5 datang Malaysia

Salam 2015. Apa khabar semua? Harap2 tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Dan salah satu azam saya masih sama macam tahun sebelumnya... nak kurus! Huhuhuhu.. 

Entry first untuk tahun ni, tapi berkisahkan aktiviti gembira anak2 tahun lepas pada14 Disember. Mana tak gembira, dapat tengok konsert Hi5 secara live. Thanks to adikku Ani yang sanggup join contest astro untuk menang 4 tiket free dan bagi kat anak2 buah dia. Kalo tak memang tak merasa nak pegi. Tiket mahal benor. Memandangkan 4 tiket je, maknya je yg teman. Bapaknya kena jadi driver je.

Let's Hi5!

Bersama maskot penaja

Sebelum konsert bermula... baik je duduk diam2. Lepas tu tak de maknanya.

Alyaa yang tak nak duduk. Senang sket nak dancing

Sofea paling happy

Konsert selama 1 jam setengah. Tengah2 show tu ade rehat jap dalam 15 minit. Memang diorang dah tahu budak-budak memang tak boleh duduk diam lama-lama agaknya. So far memang sangat enjoy. Aku yang mak budak ni rasa happening sangat. Budak-budak semangat ikut menari sama-sama. Amboi-amboi, kecik-kecik dah pandai pegi konsert ye...

Sebagai penutup entry ni, aku upload kan beberapa video masa konsert tu. Buat kenangan...