Wednesday, November 30, 2011

Saturday, November 26, 2011

Birthday celebration

Tahun ni celebrate awal. 19hb instead of 23hb. Time tu je semua adik beradik aku ada. Tapi 23hb pun celebrate lagi. Kali ni mak yang masak sempena birthday aku dan menyambut ulang tahun abah bekerja yang 30 tahun. Ya, genap 1 tahun abah kerja aku pun dilahirkan. So setiap tahun jugaklah kami celebrate sama-sama. Thanx kepada semua yang wish, abang yg bagi surprise sejambak bunga dan belanja makan ikan bakar, mak yang masak nasi carrot daging beriani, abah yang belanja makan ayamas, ani yang bagi buku masak Jamie Oliver, azmir yang belanja kek Baskin Robin dan Ween yang bagi shower gel Bodyshop. Love you all!


Celebrate dekat restoran Windmill. Jadi makan western food. Chicken and lamb. Nyum nyum...


Sofea dan Diana memang excited tengok kek.


Konpius, siapa punya birthday ni?


Wajib! Suap-suap kek.


Abah ngan mak. Memang pakat pakai hitam ke?


Ween dan Ani. Macam sebaya korang ni eh.


Hubby dan azmir.


Ni masa celebrate kat rumah mak pada 23hb tu. Macam-macam mak masak.


Nasi carrot. Sedap. Sofea pun suka.

Gambar masa kat rumah tak banyak sebab busy makan.

Tahun ni last umur aku berpangkalkan 2. Next year dah masuk 30-an. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam belum matang dalam banyak perkara. Azam aku adalah untuk mematangkan diri supaya sesuai dengan usia. Takkan nak berperangai budak-budak lagi. Muka budak takpe. Tu namanya awet muda. Hehehe...

Wednesday, November 23, 2011

WW: 23.11.2011




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 22, 2011

Cuti-cuti pantai timur

Raya haji hari tu, 1st time aku sambut dekat Kelantan. Dah 3 tahun lebih kahwin tapi setiap kali raya haji kitorang sambut dekat Kuching je. Rasanya kalo nak beli tiket flight balik kelantan dah macam beli sekor lembu. Jadi korban kami sebelum-sebelum ni ialah tak balik beraya kat kampung. Hehe..

Alhamdulillah, this year berpeluang balik kampung hubby kat pasir mas. Dah lama tak travel naik kereta jauh2. So, excited sangat. Cadang nak tolak awal pagi tapi terpaksa tangguh tengah hari sebab encik hubby ada kerja. Sudahnya, tolak dari Melaka pukul 11.30 pagi, sampai Pasir Mas pukul 11.00 malam. Nak dekat 12 jam sebab 1 jam sesat, 1 jam lagi makan + solat. Pheww!!


Diana dah 6 bulan. Tak meragam travel jauh. Bagus anak mama.


Sofea ngan atuk. Tengah tengok lembu nak kena korban.


Lembu yang kena korban.


Takut tapi masih nak tengok.


Diana tak sempat tengok dah lentok...


Gotong-royong bersihkan daging korban.


Best sangat, panggang daging fresh!


Sempoi je. Potong-potong daging yang masak, makan ramai-ramai..

Kitorang beraya kat Kelantan 2 hari je. Selasa tu dah bertolak balik Melaka. Sebab taknak lama sangat travel macam masa datang hari tu, so kitorang singgah Kuala Terengganu. Best!


Before balik singgah Masjid Kristal. Cantik betul!


Lepas tu pegi Taman Tamadun Islam. Dapat gak merasa tengok Taj Mahal walaupun tak pernah jejak ke India pun.


Naik tram je sebab tak larat nak jalan kaki. Hehehe...


Terasa seperti di Syria


Tetiba dah sampai Palestin.


Ni kat Rusia rasanya...


Ada jugak masjid rupa macam ni. Macam bukan masjid plak...


Diana seronok jalan-jalan. Tak tido-tido walaupun dah nampak penat.

Lepas habis melawat lebih 20 negara, cari keropok leko dekat losong dan terus balik Melaka. Alhamdulillah kami selamat sampai Melaka selepas 6 jam perjalanan. Walaupun GPS yang kitorang guna bawak jalan pelik2 sebab dah set short distance, yang penting tak sesat. Lepas ni bole pegi jalan lagi.

*p/s: hujung minggu ni kitorang nak pegi Perak lak. Kepada member yang pegi gak, jumpa kat sana!