Saturday, March 31, 2012

Sofea masuk wad.

Salam semua. Aku sekarang dekat wad Hospital Pantai Ayer Keroh untuk temankan Sofea yang kena admit. Kesian dia sebab dekat 8 kali dia muntah. Dahlah tak selera nak makan apa-apa sejak semalam. Bila doktor tengok dia demam tinggi (39 degree celcius) so kenalah warded untuk masukkan iv drip.


Muka tak ceria lansung. Ni time tunggu turn nak jumpa doktor.


Baru lepas masukkan drip. Baring-baring je terus mintak nasi. Baru terasa lapar agaknya lepas seharian muntah.


Habis sepolystrene nasi ayam dia makan


Anak papa. Setiap kali tido mesti nak papa.



Nak tepek gambar Diana gak. Rindu kat dia sebab Diana terpaksa tidur kat rumah tanpa papa mama dia. Sorry Nana. Kakak Sofea sakit... Gambar Diana ni time nak hantar dia balik rumah. Tersengih-sengih sebab tak paham apa-apa lagi.

Harap-harap Sofea boleh discharge esok. Kawan-kawan, doakan Sofea cepat sembuh ya...

Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 28, 2012

Sepetang after weekend duty

17 & 18 Mac, aku kena kerja weekend di Farmasi Bekalan Wad. Kesian anak-anak sebab kena duduk rumah bila mama kerja. So habis je kerja pukul 5 petang, encik hubby dah siapkan anak-anak untuk pegi jalan-jalan.


Ni kat atas bukit St Paul. Sekali-sekala, terasa nak jadi macam pelancong.



Sofea takut pulak bila suruh posing atas meriam.



First time Nana naik mainan goyang-goyang macam ni..



Sofea pun mesti nak naik gak.



Kebetulan ada plak Pameran Dinasour kat Dataran Pahlawan. Sofea ngan Nana takut tengok dinasour. Even aku pun tak berani nak bergambar sebelah. Tak berbaloi!

Wedding Pakcik Bongsu Saya

Wedding berlansung pada 11 Mac 2012 di Shah Alam. Yang kahwin ni pakcik bongsu daripada 17 adik beradik emak saya.



My family dengan pengantin




Ni adik beradik perempuan emak saya termasuk biras. Dah macam kumpulan nasyid sebab pakaian seragam.




Adik-beradik aku pun boria jugak.




Warna dewan hari tu penuh dengan warna biru. Gambar kat atas gambar adik dan cousin2. Semua orang sangat sporting sebab pakai sedondon.




Nana pun biru gak. Susah nak cari dress baby girl warna biru.




Cakk!! Nana dah bosan dah...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday: I'm So Sorry

"An apology is the superglue of life. It can repair just about anything"
~Lynn Johnston




"There is no remedy for love but to love more" 
David Henry Thoreau
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 7, 2012

Premium beautiful and me

Assalamualaikum semua. Hari ni nak buat pengakuan sejujur-jujurnya. Sebelum ni agak malu-malu "miow" nak declare. Tapi kalau sebab benda baik, buat apa nak malu share dengan kawan-kawan betul tak? Buat pengetahuan korang semua aku skarang dah totally in dalam bisnes 'Premium Beautiful'. Jadi bagi memberi sokongan kat aku, sesiapa yang memang dari dulu berminat dengan korset ni tapi takde 'contact' nak beli, bolehlah sms atau phone aku ya. 

Sebab apa aku join bisnes Premium Beautiful?

Nak kurus

Aku memang dari dulu lagi nak kurus. Especially lepas bersalin. Dah macam-macam benda aku cuba. Ada cuba berdiet dulu tapi memandangkan aku ni fully breastfeed anak-anak aku, production susu drop teruk jadi tak dapat nak kontrol-kontrol makan. Aku bukanlah orang yang akan 'mengurus' secara automatik bila fully breastfeed anak ye. Tak terkesan lansung. Cuba jugak excercise macam jogging masa zaman-zaman universiti dulu tapi mostly tak berjaya sebab takde masa. Balik dari kerja dah penat jadi mana larat lagi nak berlari-lari. Jadi cara yang aku rasa selamat ialah dengan memakai korset.