Thursday, February 17, 2011

Bila husband kursus....

Tapi aku bercuti-cuti rehat kat bilik hotel dengan Sofea, dapatlah plan reunion kecil-kecilan.

Dah lama tak jumpa member-member since aku keja kat Kuching ni. Dapat peluang gi KL last Monday, aku ngan Syera plan nak jumpa. Jumpa dekat Time Square je sebab dekat dengan hotel. Hasni and Alin pun join sekali. Aktiviti mengejut kitorang, makan borak makan borak.

Hasni and Syera @ Chicken Rice Shop.

Alin ngan Zakuan baru sampai dari Kuantan. Dia turun KL pun sebab follow husband. Tapi bukan sebab gi kursus, sebab nak gi tengok konsert. Sempoi.......

Posing dulu kat lobby Time Square before pegi next destination.

Sofea and Hasni @ Sate Kajang Hj. Samuri Taman Melati. Tapau sate dulu before lepak-lepak di Condo Syera. Sofea manja gila dengan aunty Hasni. Nak ikut ke mana-mana Hasni pegi. Kalo tak, siap lah dia melalak-lalak. Eh, mama dia plak yang dia tak heran dah.

Ni restoran lain plak. Singgah minum-minum dulu. See, aktiviti kitorang memang makan borak je. Zakuan behave je kat tempat makan. Bagus anak ko Alin.

Sofea tengah nak menghabiskan air aku tu. Sedut tak ingat. Makan tak nak, tapi minum air bergelas-gelas...

Pertandingan memakai kasut antara anak-anak. Ni time dah nak balik kat Condo Syera. Lupa plak nak ambil gambar time makan-makan Sate kat rumah Syera ni. Rugi tu. Syera dah siap hidang dengan set Corningware lagi.

Last photo sebelum balik...Gambar kenang-kenangan kat rumah Syera.

Gathering kali ni memang ad hoc je tapi sangat havoc. Jumpe tanpa rancang betul-betul. So, hentam sajalah....Apa-apa pun, aku sangat enjoy dan gathering ni memang sangat bermakna. Hopefully dapat jumpa korang lagi next time. Pasni kita plan betul-betul ye!


No comments: