Friday, February 18, 2011

Last day in KL

My last day in KL was on Tuesday.Hari Maulud Nabi. Malam tu terus balik Kuching berdua dengan Sofea sebab En Hubby masih lagi kursus sampai hari Jumaat. Memandangkan hari Selasa tu hari cuti umum, dapatlah kami sefamili jalan-jalan kat KL.

Destinasi yang dituju -------> KLCC

Senang sket sebab dekat ngan hotel. Jadi masa tak terbuang kat jalan raya. Tu motif utama. Second motif, nak kasi Sofea tengok 'pisshhh' kat Aquaria. Nak gi Zoo malas sebab takut panas.

Kena ambil gambar dulu kat entrance Aquaria. Sofea masih tido lagi....

Ni dah terjaga tapi masih confuse. "Kat mana ni? Tempat gelap tapi banyak pisshhh ni?"

Kasi close up sket. Ni muka budak blurrr baru bangun tido.

Lepas tu badan berkerut je macam ni. Takut sebab pishhh banyak sangat. Besar-besar plak tu. Suruh keluar stroller pun tak mahu. Kalo tak memang payah nak duduk diam-diam dalam stroller.

Ni dalam terowong aquarium. Benci nak ambil gambar kat sini. Semuanya tak clear sebab gelap. Nak bukak flash tak boleh sebab takut ikan-ikan ni terkejut. Maybe kamera aku pun cikai je. Ni yang rasa nak pakai DSLR ni.

Ikan selar kuning. Masak asam rebus sedap nih....

Cantik ikan ni. Tapi lupa lak nama dia.

Feeding time! Rupanya siap ada diver yang kena masuk aquarium tu nak bagi makan. Yang paling kuat makan si penyu itu.

Ni dah 3rd round masuk terowong aquarium ni. Lepas 2 kali masuk terowong, pastu tengok plak ikan kena bagi makan, baru Sofea berani nak keluar stroller.

Lepas pegi Aquria, kitorang just jalan-jalan and makan-makan kat KLCC. Then, terus balik hotel. Nak shopping? Tidakler....Memang tak sesuai nak bershopping-shopping kat KLCC.

Ada tragedi lepas bersuka ria kat KLCC. Time tu plak tengah kelam kabut nak pegi KLIA. Beg travel aku tak boleh nak bukak plak. Aku lock masa jalan-jalan takut budak yang kemas bilik ambil barang penting tak sepatutnya plak. Beg tu belum pun set lagi password dia. Masih lagi '000'. Baru je beli kat Banting sebab beg aku rosak dibaling-baling orang yang in charge beg kat airport. Beli murah je, RM70 sebab ada diskaun. Tengok beg tu cantik je. Terus rembat. Tapi quality dia teruk betul. Boleh plak dah kunci tak boleh nak bukak. Puas aku set ke '000', taknak gak terbukak. Nak reset tak boleh plak sebab takde butang reset yang kena cucuk pakai pen macam travel beg yang aku pernah beli dulu.

So, apa lagi. Terpaksa aku potong zip beg ni. Tamatlah wirayat beg ni. Sempat pakai 3 hari je. Kalo tak potong, memang tak boleh nak bukak beg lah gamaknya.

Sofea posing dengan beg ni buat kali terakhir sebelum di campak di parking area Jaya Jusco Bukit Raja. Dekat JJ ni lah kitorang terpaksa beli beg baru.

Inilah beg baru kami. Terbang lagi duit. Nak dekat RM300 harganya. Hammikkk kau. Tu pun dah 50% discount. Kalo rosak jugak tak taulah. Beg ni besar sket. Ade lock yang boleh dibukak oleh master key kalo terlupa password. Tapi master key ni orang kastam yang selalu ada. Pastu keras. Aku bawak roti gardenia dalam beg ni, elok je sampai Kuching. Tak penyek pun. Ada plak empat roda. Senang nak tarik. Rilek je aku bawak walaupun sambil dukung Sofea yang terlentuk tido. Last sekali dia takde poket kat luar. Bak kat hubby aku, itu ciri-ciri keselamatan yang penting. Takdelah nanti orang curi letak benda ntah apa-apa kat dalam beg kita masa kat airport. Kesimpulannya. memang berbaloi-baloi.....

Ni masa kat KLIA masa nak tunggu boarding. Lasak betul Sofea ni. Tak reti duduk diam. Nak naik tangga turun tangga je. Letih aku nak mengejarnya. Dahlah nak bawak perut lagi. Memang peluh ketiak by the time nak masuk flight.

Akhirnya pukul 11 malam aku selamat sampai Kuching. Sangat challenging travel berdua dengan Sofea. Dahlah dalam flight pun tak reti duduk dia. Serik nak travel berdua lagi. En hubby mesti ikut lepas ni.

3 comments:

Unknown said...

zura, bestnye ko dah nak masuk 2. good luck ek..

p/s: ari selasa tu aku gi klcc jugak tau..tp dok kat toys r us je most of the time ;p

Moments to Remember said...

laa...aku lepak luar toys r us sbb pegi beli auntie anne, famos amos. bawak sofea naik merry go round dlm pukul 1pm. ajak husband masuk toys r us tp die x nak. takut sofea x nak kuar. kalo x maybe terjumpa ko kan. mesun, sempat lg nak tambah. baru bln 2. nanti anak kita same year.

Unknown said...

hahah..aku tgg birthday muizz yg ke-2 dulu. huhu..