Monday, August 30, 2010

Menu semalam

Minta maaf ye. Entry ni dibuat atas sebab teringat-ingat lauk semalam. Boleh bikin air liur meleleh di siang Ramadhan ni. Astaghfirullahalazim...........

Dalam masa 1 jam setengah, sempat masak 3 lauk je. Hajat di hati nak masak 4 jenis tapi masa tak mengizinkan. 3 lauk ni pun dah cukuplah untuk kami bertiga.

Ikan merah (jenis yang lembut) masak stim halia, udang harimau masak sweet sour dan sawi jepun masak sos tiram.

Masak lauk yang senang-senang je. Cepat dan mudah. Hasilnya menyebabkan makan nasi bertambah dan pagi-pagi ni, terus pergi market cari ikan merah lagi. Nampaknya menu hari ni sama dengan semalam. Ikan merah masak stim halia.

Tapi ada lauk tambahan......

Sambal ikan bilis cili padi bersama petai

Dah lama teringin nak buat tapi hari ni baru berpeluang nak buat. Tak sabarnya nak tunggu pukul 6.46 petang. Sabar Azura ye...



Thursday, August 26, 2010

Triple Happiness

For this week.....happy, happy, I'm happy.

First, of course lah sebab dapat kereta baru. Senang sedikit pegi balik kerja. Now, no more balik kerja lambat sebab tunggu hubby, tunggu depan opis hubby sampai maghrib kalo dia ada meeting, terpaksa bertukar-tukar kereta time tengah hari kalo ada hal perlukan kereta, hubby terpaksa ulang alik jadi driver untuk hantar gi keja kalo kerja shift petang atau malam, limitkan guest yang nak datang Kuching sebab takut tak muat kereta dan memacam lagilah.

Tapi yang tak best bila drive kereta sendiri, dah tak boleh rebut channel radio ngan hubby, borak-borak dalam kereta, kena jalan jauh hari-hari sebab parking kereta jauh and lastly, tak dapat nak breastfeed Sofea lama-lama dalam kereta. Kesian Sofea, first day naik kereta asing-asing, sampai nangis-nangis. Sepanjang dalam kereta encik hubby dia asyik buat sign nak susu (muncungkan mulut, pastu buat bunyi "huk huk huk") sambil pandang seat aku.

Budak yang tengah sedih sambil pelik, apsal mama dia jauh sangat?

Second happiness, semalam dah dapat surat naik pangkat. ke U44. Alhamdulillah.....tengah tunggu gaji naik je. Maybe 3 bulan lagi kot. Tak apalah, yang penting dah ada peningkatan dalam kerjaya. Government pula announced nak bagi duit raya RM500. Ok jugak tu. Bolehlah jadi duit belanja beli kek lapis Sarawak.

Third, I'm happy because of this.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

I'm pregnant again!

Sofea bakal naik pangkat. Nanti dah boleh panggil kaklong.


Tuesday, August 24, 2010

Penantian satu penyeksaan....

Tapi bila dah dapat, gembiranya hati. Lalalalalala.......

Syukur Alhamdulillah. Selepas sebulan setengah menunggu, dapat gak apa yang dinanti-nantikan. Harapkan dapat sebelum bulan puasa, tapi ni dah separuh bulan puasa dah. Tapi still bulan puasa kan. Oklah tu. Dapat gak balik rumah awal untuk masak-masak berbuka. Semoga lepas ni rajin masak berbuka puasa. Sebelum ni bila dah tak sempat, tapau je lauk kat Bazar Ramadhan Hospital. Tapi masak sahur still maintain hari-hari tau. Without fail.

Ini lah benda yang dinantikan. Ingat tak entry ini?

Urusniaga tanpa meja. Dekat parking staff hospital je. Cek chasis number supaya betul. Penting tu....

Pink betul. Tapi aku bukan peminat pink ye. I'm green lover.

So, kepada sedara mara and kawan-kawan. Sekarang you all dah boleh datang lebih 3 orang. Takde lagi bersesak-sesak dalam 1 kereta lagi. Tapi jangan lebih 6 orang ye bila nak datang tu.



Monday, August 16, 2010

Sedih di bulan Ramadhan

Mana tak sedih, pagi-pagi Ahad bukak pintu freezer, tengok ice pack tak beku. Terus menggelabah tengok frozen EBM. Huaaaa.... semua susu ku cair. Rupanya semalam tutup pintu freezer tak rapat masa nak simpan ice pack. Dahlah pagi tu tengah kelam kabut bersiap nak gi kerja gak. Sepatutnya hari Ahad kena sambung tido pagi. Tak breakfast lah katakan.......Dapat plak kesedihan frozen EBM rosak. Sedih...sedih....

Stok EBM yang tak seberapa dah rosak. Selamat yang 3 botol bawah tu belum cair. Boleh diselamatkan lagi. Sepatutnya time bulan puasa ni lah frozen EBM sangat penting nak ganti production merudum. Jenuh lah nak buat stok balik.

Susu-susu rosak. Buang je lah walaupun sedih. Aku agak beruntung sebab Sofea punya demand kepada EBM ni tak tinggi. Jadi walaupun takde stok EBM sangat, dia still ok. Sofea memang suka susu fresh dari ladang. Hahahaha....

Walaupun stok EBM ni dah takde, aku berharap agar misi penyusuan penuh untuk Sofea dapat diteruskan hingga dia 2 tahun. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini dalam memberi susu badan sepenuhnya kepada anaknya sampai umur 2 tahun. Amin......

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Buffet @ Grand Margherita Hotel

Salam Ramadhan semua. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa. Harap-harap tak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga Ramdhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. Amin......

Alhamdulillah, setakat ni berjaya bangun untuk masak sahur hari-hari. Hari-hari kena makan nasi sebab takut tak larat siang hari. Kena bangun awal tu sebab sini waktu imsak awal. Paling awal bagun kul 3.30 pagi, paling lewat 4 pagi. Lepas tu tak sempat nak tido balik sebab kul 6.30 dah nak keluar rumah sebab masuk keja kul 7.30pagi. Memang mintak masuk awal sebab nanti boleh balik kul 4 petang.

Untuk berbuka, aku hanya masak dari hari pertama hingga ketiga je. Menu untuk 3 hari;
  • 1st day - Ayam masak merah, daging kicap, sayur bayam
  • 2nd day - Ikan masak pindang, sambal terung, ikan masak asam
  • 3rd day - Ayam masak lemak cili api, tempe ikan bilis goreng, sayur campur
Menu 1st day. Masih semangat berkobar-kobar, sebab tu snap gambar

Semalam aku tak masak. Hari Sabtu dan Ahad pun kena kerja gak. Weekend duty, masuk pukul 7.30pagi balik pukul 4.30petang. Sebab tu malas nak masak. Hehehe.... selamat ada voucher makan free kat Hotel Grand Margherita (dulu nama dia Holiday Inn), so encik hubby pun dengan baik hati bawak makan kat situ. Hooray!!

Kat sini ada stall Penang Hawker. Semua masakan penang yang glemer ada. Tu yang aku suka sebab dah lama tak makan masakan penang yang sedap-sedap.

Seat kitorang tepi kolam. Best gak sebab berangin dan view pun cantik. Romantik gitu.

Khusyuk sangat makan sampai tak toleh kanan kiri.

Budak kenit ni pun sama. Asyik sangat makan sampai tak kesah bib senget-senget.

Awal-awal makan muffin ni behave je. Last-last semua isi perut muffin ni berterabur atas lantai. Memang budak bertuah.......

Bab nak minum pakai gelas kaca ni yang haru. Taknak kitorang pegangkan. Nak pegang sendiri je. Selamat minum air baik aje. Tapi seram gak tengok cara dia pegang gelas. Berdoa jelah gelas tu tak jatuh.

Sofea pun ikut gi surau gak. Bagus budak ni. Tak kacau orang lain sembahyang. Mama je dia kacau. Kat mana kita sujud, kat situ ler dia nak diri.

Conclusion nya, foods kat sini sedap dan banyak pilihan. Terlalu banyak memang tak sempat nak rasa semua pun. Harganya pun berbaloi-baloi gak. RM75 per head. Tapi kami makan free. Ada kami kesah. Hahahaha....

Wednesday, August 11, 2010

Future Chef or Pharmacist?

video

Hopefully jadi pharmacist macam mamanya. Tapi kalo jadi chef pun ok gak. Chef Wan pun glemer ape. The famous celebrity chef in the world. Insya Allah......

Benda yang di masak Sofea


Saturday, August 7, 2010

Sofea's nursery family day

Ewah-ewah. Kecik-kecik dah ade family dah eh Sofea. Mana taknye, kecik-kecik lagi kena gi sekolah. Actually nursery Sofea under Smart Reader Kids Kindergarden. So bila diorang buat family day, Sofea yang tak reti main game apa-apa pun kena join gak. Yang anak-anak kecik bawah 2 tahun kena pakai baju bee. Mak bapak nya yang ade games. Tapi hari tu kitorang tak sempat nak join sebab aku kena diarrhea.Terpaksa balik awal. Kalo tak dah habislah muka kena conteng dengan encik hubby sebab game dia ialah para bapa kena make up kan muka para ibu ni. Aiseh, tak dapat nak tengok bakat encik hubby.

Papa, jalan cepat sikit. Sofea tak sabar jumpa friends ni.

Main bola dulu....

Ni kawan Sofea. Noramanina Batrisyia.

Ni adik susu Sofea, Don. Selalu botol susu ebm dia termasuk dalam beg Sofea. Tak tauler Sofea dah minum ke tak. Kalo selalu terminum ebm Don, memang confirm lah adik beradik susuan.

Banyaknya belon. Wiiiii............

Bukan main muncung lagi sedut air. Bole gantung hanger.

Aik, makan fries pun nak muncung gak.

Ibu2 dan anak2.....


Wednesday, August 4, 2010

Balik Kampung 3 in 1

Ni entry perap. Dah 2 minggu balik kampung, baru nak tulis. Sebabnya, masa balik tak snap banyak gambar, so susahlah nak story-story kat sini. Aku memang suka letak gambar lebih dari cerita. Senang. Gambar leh story segalanya kan.....

Actually ikut hubby gi kursus kat KL sambil2 tu balik kampung skali. Tujuan balik kampung - shopping raya, tengok rumah dekat melaka untuk renovation and kenduri aqiqah Sofea. Sebab tu 3 in 1. Memang masa penuh gila. Sorry sangat to those yang tak dapat jumpa masa kat KL. Sempat jumpa Hana sefamili je, tapi tak teringat nak snap gambar. Sorry Hana, tak ade gambar.

Stay kat KL 4 hari 3 malam. 1 night stay kat Hotel Boulevard Mid Valley, another 2 nights stay dekat Hotel Ancasa Pudu. Eh maisun, ernie. Korang ingat tak hotel ni? Alah, dulu nama dia Impiana Hotel. Tempat kita buat jamuan Form 5 lepas tu kantoi. So far aku rasa bilik Hotel Ancasa lebih best. Hotel Boulevard mahal je lebih sebab location dia memang betul-betul kat Mid Valley.

Baru sampai KLIA. Banyak kan our barang. Macam-macam nak angkut. Kek lapis Sarawak benda wajib.

Sofea tengah shopping toys kat mothercare midvalley.


Sofea first time naik train. Nak gi shopping baju raya kat Jalan TAR. Excited sangat naik train sampai menangis bila nak ajak keluar time dah sampai. Thanx to my sister Ani yang sudi ambil cuti untuk temankan kitorang shopping. Cayang sangat2!

Ni masa Sofea baru sampai rumah atuk dia kat Melaka. Masuk-masuk rumah terus nampak bola besar ni dulu. Teruja sangat sampai meleleh-leleh air liur.

Sambung shopping kat Jaya Jusco Melaka. Tok mak ngan maksu temankan. Seronok dapat pusing-pusing naik kereta kecik.

Nilah rumah yang nak direnovate. Eh, rumah yang nak dibaiki. Yang dalam photo tu jiran sebelah kami.

Dinning hall paling perfect. Tak perlu baiki apa-apa. Cuma pasang kipas dan lampu je.

Tok mak masak laksa johor. Sofea suka sangat.

Masih dengan habit makan guna tangan kiri. Cammaner nak ajar guna tangan kanan ni? Dah puas ajar...

Sofea nak potong kain baju raya kat Jakel.

Masa kenduri aqiqah Sofea

Sofea yang kecik try nak angkat dua pupu dia Pira yang kecik gak. Tak padan sama-sama kecik. Dah tak sabar nak dukung adik ke Sofea?

Blueberry & fruit tart yang super yummy!! Ni cikngah and friends yang buat. Boleh order untuk hari raya tak?

Lepas habis kenduri, malam tu jugak balik rumah nenek Sofea kat Banting. Haruslah balik banting jugak supaya Sofea boleh bermesra-mesraan dengan nenek Banting.

On the way balik Kuching semula. Inilah rahsia Sofea untuk kurangkan sakit telinga. Minum susu mama!