Saturday, February 26, 2011

Asthma/ COPD Forum 2011

Sekarang aku dekat KLIA. Tunggu waktu nak boarding ke Kuching. Datang KL semalam untuk Asthma/ COPD Forum 2011 di Hotel Le Meridien. Thanks to ***** for this sponsorship. Dapatlah aku jumpa parents and adik lelaki yang nak balik Miri hari ni.

Bukan tu je. Dapat aku shopping kat sini....

Sogo warehouse sale. Borong banyak barang. Kalo tak pikir kena naik flight balik Kuching, memang lagi banyak shoppingnya.

Lepas tu, dapat gak duduk 1 night kat sini....

5 star hotel.

Selamat bagi bilik yg ada 2 single bed. 1 bed aku dan emak. Another bed, adik dan abah. Muat tau!

View from my room. Nampak cam best je nak swimming. Tapi sebab aku tak bawak Sofea ngan husband, cam takde passion nak bersuka ria mandi swimming pool.

Posing dengan emak. Are we look alike?

My family yang sudi temankan aku tidur kat hotel ni. Kalo sorang-sorang, memanglah bosan....

Bersama Hj Malek (my bos masa dekat Hospital Melaka) and Miss Tan (geng attachment MTAC Respiratory)

So far, this forum is very informative dan bagus untuk aku refresh balik tentang asthma dan COPD management. First time aku tinggalkan family kat Kuching for course. Alhamdulillah, semuanya ok. Sebab sekarang dah ade maid. Nanti aku update pasal maid dalam entry lain ok.

Sunday, February 20, 2011

30 weeks check up

Semalam first time pegi check up dekat Normah Medical Specialist Center (NMSC). Plan kali ni nak bersalin kat sini aja. Memang tak balik Melaka semata-mata nak bersalin macam Sofea dulu. Sebab susah nak naik flight. Kalo nak balik jugak kena balik 1 month before due date. Sayang plak cuti. Dulu bolehlah buat attachment kat Hospital Melaka 2 minggu (walaupun sebenarnya sempat keja 2 hari je lepastu bersalin) sebab anak sulung. Skang sebab anak kedua, tak boleh dah.

Gynae yg aku pilih Dr. Azizah. Memandangkan ramai member yang bersalin kat sini suggest Dr. Azizah so aku pun try pilih dia. A very nice doctor. Explanation details. Akan jawab segala soalan yang aku tanya. Maybe sebab tu patient dia ramai agaknya.

Hasil check up kali ini,
  • Berat aku dah naik 6kg dari before pregnant
  • Berat baby = 1.77kg
  • Baby dah pusing, kepala dah dekat bawah. Jadi ada peluang bersalin normal.
  • Baby agak panjang maybe sebab aku tinggi. Ukuran dia dah 31 week 6 days sedangkan aku baru 30 week.
  • EDD scan 30 April 2011. (Dulu Sofea lahir ikut EDD scan bukannya EDD LMP)
  • Jantina baby = sama macam kakaknya.
Alhamdulillah, semuanya OK. Cuma doktor kata baby aku agak besar. Kalo nak ikutkan, berat baby masa 30 weeks dalam 1.3 - 1.5kg. Tapi baby aku skang dah 1.77kg. So, esok aku kena buat MOGTT. Kenalah minum air gula lagi. Last buat masa pregnantkan Sofea je. Pregnant kali ni belum buat lagi. Ikut family history pun memang ada diabetic. Sofea dulu pun agak besar masa lahir, 3.41kg. Ikut kata Dr. Azizah, kalo dulu dah 3.41kg maybe kali ini lagi besar sebab selalunya anak seterusnya akan lebih besar dari yang sebelum. Ikut ketinggian aku, kalo anak dalam 3.5kg maybe boleh keluar normal je. Cuma takut kalo 3.6kg ke atas, kena keluar secara bantuan. Pakai vacuum ke, forcep ke. Agak scary gak bila aku dengar. So apa lagi, kenalah kawal makan karbohidrat......

Oklah, sekarang ni aku tgh berpuasa. Esok pagi nak ambil darah utk MOGTT. Wish me luck. Harap-harap aku tak diabetic. Amin.....

Friday, February 18, 2011

Last day in KL

My last day in KL was on Tuesday.Hari Maulud Nabi. Malam tu terus balik Kuching berdua dengan Sofea sebab En Hubby masih lagi kursus sampai hari Jumaat. Memandangkan hari Selasa tu hari cuti umum, dapatlah kami sefamili jalan-jalan kat KL.

Destinasi yang dituju -------> KLCC

Senang sket sebab dekat ngan hotel. Jadi masa tak terbuang kat jalan raya. Tu motif utama. Second motif, nak kasi Sofea tengok 'pisshhh' kat Aquaria. Nak gi Zoo malas sebab takut panas.

Kena ambil gambar dulu kat entrance Aquaria. Sofea masih tido lagi....

Ni dah terjaga tapi masih confuse. "Kat mana ni? Tempat gelap tapi banyak pisshhh ni?"

Kasi close up sket. Ni muka budak blurrr baru bangun tido.

Lepas tu badan berkerut je macam ni. Takut sebab pishhh banyak sangat. Besar-besar plak tu. Suruh keluar stroller pun tak mahu. Kalo tak memang payah nak duduk diam-diam dalam stroller.

Ni dalam terowong aquarium. Benci nak ambil gambar kat sini. Semuanya tak clear sebab gelap. Nak bukak flash tak boleh sebab takut ikan-ikan ni terkejut. Maybe kamera aku pun cikai je. Ni yang rasa nak pakai DSLR ni.

Ikan selar kuning. Masak asam rebus sedap nih....

Cantik ikan ni. Tapi lupa lak nama dia.

Feeding time! Rupanya siap ada diver yang kena masuk aquarium tu nak bagi makan. Yang paling kuat makan si penyu itu.

Ni dah 3rd round masuk terowong aquarium ni. Lepas 2 kali masuk terowong, pastu tengok plak ikan kena bagi makan, baru Sofea berani nak keluar stroller.

Lepas pegi Aquria, kitorang just jalan-jalan and makan-makan kat KLCC. Then, terus balik hotel. Nak shopping? Tidakler....Memang tak sesuai nak bershopping-shopping kat KLCC.

Ada tragedi lepas bersuka ria kat KLCC. Time tu plak tengah kelam kabut nak pegi KLIA. Beg travel aku tak boleh nak bukak plak. Aku lock masa jalan-jalan takut budak yang kemas bilik ambil barang penting tak sepatutnya plak. Beg tu belum pun set lagi password dia. Masih lagi '000'. Baru je beli kat Banting sebab beg aku rosak dibaling-baling orang yang in charge beg kat airport. Beli murah je, RM70 sebab ada diskaun. Tengok beg tu cantik je. Terus rembat. Tapi quality dia teruk betul. Boleh plak dah kunci tak boleh nak bukak. Puas aku set ke '000', taknak gak terbukak. Nak reset tak boleh plak sebab takde butang reset yang kena cucuk pakai pen macam travel beg yang aku pernah beli dulu.

So, apa lagi. Terpaksa aku potong zip beg ni. Tamatlah wirayat beg ni. Sempat pakai 3 hari je. Kalo tak potong, memang tak boleh nak bukak beg lah gamaknya.

Sofea posing dengan beg ni buat kali terakhir sebelum di campak di parking area Jaya Jusco Bukit Raja. Dekat JJ ni lah kitorang terpaksa beli beg baru.

Inilah beg baru kami. Terbang lagi duit. Nak dekat RM300 harganya. Hammikkk kau. Tu pun dah 50% discount. Kalo rosak jugak tak taulah. Beg ni besar sket. Ade lock yang boleh dibukak oleh master key kalo terlupa password. Tapi master key ni orang kastam yang selalu ada. Pastu keras. Aku bawak roti gardenia dalam beg ni, elok je sampai Kuching. Tak penyek pun. Ada plak empat roda. Senang nak tarik. Rilek je aku bawak walaupun sambil dukung Sofea yang terlentuk tido. Last sekali dia takde poket kat luar. Bak kat hubby aku, itu ciri-ciri keselamatan yang penting. Takdelah nanti orang curi letak benda ntah apa-apa kat dalam beg kita masa kat airport. Kesimpulannya. memang berbaloi-baloi.....

Ni masa kat KLIA masa nak tunggu boarding. Lasak betul Sofea ni. Tak reti duduk diam. Nak naik tangga turun tangga je. Letih aku nak mengejarnya. Dahlah nak bawak perut lagi. Memang peluh ketiak by the time nak masuk flight.

Akhirnya pukul 11 malam aku selamat sampai Kuching. Sangat challenging travel berdua dengan Sofea. Dahlah dalam flight pun tak reti duduk dia. Serik nak travel berdua lagi. En hubby mesti ikut lepas ni.

Thursday, February 17, 2011

Bila husband kursus....

Tapi aku bercuti-cuti rehat kat bilik hotel dengan Sofea, dapatlah plan reunion kecil-kecilan.

Dah lama tak jumpa member-member since aku keja kat Kuching ni. Dapat peluang gi KL last Monday, aku ngan Syera plan nak jumpa. Jumpa dekat Time Square je sebab dekat dengan hotel. Hasni and Alin pun join sekali. Aktiviti mengejut kitorang, makan borak makan borak.

Hasni and Syera @ Chicken Rice Shop.

Alin ngan Zakuan baru sampai dari Kuantan. Dia turun KL pun sebab follow husband. Tapi bukan sebab gi kursus, sebab nak gi tengok konsert. Sempoi.......

Posing dulu kat lobby Time Square before pegi next destination.

Sofea and Hasni @ Sate Kajang Hj. Samuri Taman Melati. Tapau sate dulu before lepak-lepak di Condo Syera. Sofea manja gila dengan aunty Hasni. Nak ikut ke mana-mana Hasni pegi. Kalo tak, siap lah dia melalak-lalak. Eh, mama dia plak yang dia tak heran dah.

Ni restoran lain plak. Singgah minum-minum dulu. See, aktiviti kitorang memang makan borak je. Zakuan behave je kat tempat makan. Bagus anak ko Alin.

Sofea tengah nak menghabiskan air aku tu. Sedut tak ingat. Makan tak nak, tapi minum air bergelas-gelas...

Pertandingan memakai kasut antara anak-anak. Ni time dah nak balik kat Condo Syera. Lupa plak nak ambil gambar time makan-makan Sate kat rumah Syera ni. Rugi tu. Syera dah siap hidang dengan set Corningware lagi.

Last photo sebelum balik...Gambar kenang-kenangan kat rumah Syera.

Gathering kali ni memang ad hoc je tapi sangat havoc. Jumpe tanpa rancang betul-betul. So, hentam sajalah....Apa-apa pun, aku sangat enjoy dan gathering ni memang sangat bermakna. Hopefully dapat jumpa korang lagi next time. Pasni kita plan betul-betul ye!


Sunday, February 13, 2011

Sofea @ Pantai Morib

Sekarang aku kat KL. Ikut En. hubby kursus. Sebelum tu balik rumah mak mertua kat Banting dulu. Dah sampai Banting, haruslah bawak Sofea pergi Pantai Morib. Dekat je kan..

Suruh Sofea pijak pasir. Tapi beria-ia dia angkat kaki kononnya geli. Dulu masa bercuti kat Karambunai KK ade gak try suruh Sofea pijak pasir. Time tu lagi teruk. Siap menjerit-jerit lagi.

Haaa..first time jejak kaki ke pasir. Ok pun. Ni pun lepas puas tunjuk demo kat dia. "Sofea tengok, mama pun pijak, mama pun tak pakai kasut. Ni mama kasi can Sofea tak pakai kasut". Baru dia ikut.

Ni first time rasa air laut. Muka masih pelik lagi....

Dah lebih konfiden, main siram siram air.

Ok dah. Happy gila dapat main air laut...

Bila time suruh senyum ambil gambar, Sofea akan buat muka camni. Kecikkan mata, kemamkan mulut. Tak nampak macam senyum dah. Muka tengah memerut adelah. Hehehe...


Main pasir lak.....

Pakngah nak buat Istana pasir. Tapi dah macam rumah teres plak. Straight je..
Papa dengan pakngah Sofea beria nak timbun pasir kat Sofea.

Tapi Sofea buat dek je. Korek lagi pasir. Korek lagi....

Mama suruh senyum, Sofea buat muka memerut lagi. Mama kata "Bye bye Sofea. Mama main air dulu" Dia pun lambai aku tak heran. Heartless lah pulak....

Suka gambar ni..anak dan bapak so happy!!!

Sofea enjoy gila dapat main kat pantai. Lepasni kena plan bercuti kat mana-mana pulau ni. Any suggestion?

Last but not least, gambar takde kaitan dengan tajuk di atas. Tapi masih hari yang sama...

Sofea @ playground Shah Alam. Depan rumah sewa paklang. Again, Sofea cuba smile tapi nampak macam memerut.....

Ibu yang sarat mengandung 7 bulan happy mengalahkan anak bila dapat main jungkang jungkit. Hehehe..

Monday, February 7, 2011

Sofea sekarang...

Update pasal Sofea lagi. Tapi bukan yang monthly update tu. Random pic Sofea je.

Sofea ready nak pegi jalan. Beg yang maksu beli kat Singapore tak boleh tinggal. Terima kasih maksu! Termasuklah dia punya 'baby'. Sampai pinggan sudu pun dia nak bawa.

Ni kat playland Boulevard. Masih pakai beg dengan peluk 'baby' lagi...

Pastu.."Malaslah mama, mama peganglah. Susah Sofea nak lari-lari." Ni agaknya yang dia nak cakap kalo dah boleh cakap. Hakikatnya, nampak je slide, bukak beg, campak beg ngan 'baby' kat aku. Hehehe...

"Hoorrayyy!!! Papa takde pun tak apa. Mama bole bawak Sofea main kat playland. " Lepas tu, esoknya aku terus sakit pinggang, muntah 2 kali, hilang selera makan. Penat mendukung Sofea bila mood dia taknak jalan sendiri. Aku bawak Sofea gi playland sementara menunggu En hubby sampai airport Kuching.

Berangan menjadi cashier sementara tunggu papa solat Jumaat kat Poppies.

"Ada gaya tak mama?"

Chakkk!!

Sofea tengah khusyuk buat homework.

Nampak gaya pegang crayon tu tak macam mama. Sofea right handed. Mama left handed.

"Tapi gaya Sofea buat kerja sambil meniarap sama macam mama kan atuk kan?"