Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin semua. Diam tak diam dah hujung tahun dah kita ni ye. 3 minggu je lagi nak masuk tahun 2015. Tahun ni memang sunyi betul blog aku. Walaupun macam2 benda dah jadi. Memang takde semangat dan masa nak update blog. Tapi hari ni gigihkan juga sebab nak cerita tentang cuti-cuti hujung tahun. Sekali lagi pilihan tempat bercuti tahun ni ke utara lah kita... Cameron Highland!
Dekat 6 bulan booking hotel kat Cameron Highland. Memandangkan kitorang ni member Palace Vacation Club, hotel yang jadi pilihan ialah Copthorne Hotel atau dulu dikenali sebagai Equatorial Hotel. Bagi aku sangat strategik sebab dekat dengan Kea Farm, EQ Strawberry dan entrance nak ke Boh Tea Plantation Sg Palas. Lepas ni boleh duk sini lagi. Hehehe..
Perjalanan dari Bangi bermula seawal 7 pagi. Kitorang lalu Simpang Pulai sebab tak nak lalu jalan yang sempit dan berliku. Tak kisah jauh sikit. Sampai Cameron lebih kurang pukul 11 pagi dan tempat pertama yang dituju ialah Green View Garden.
Kat green view garden ni memang kitorang singgah untuk ke toilet dan ambik gambar je. Takde semangat nak shopping pun sebab mahal.
Lokasi kedua kitorang singgah dekat deretan gerai tepi jalan untuk beli jagung dan ubi keledek yg manis. Tak ingat ape nama tempat tu. Gambar pun lupa nak ambik. Huhuhu...
Lebih kurang kul 12.30 tgh hari sampailah kitorang di Copthorne Hotel. Oleh sebab bilik hotel dah ready, terus check in dan berehat kejap.
Selamat katil king untuk setiap bilik. Bolehlah sumbat 4 orang satu katil. Hehehe..
Dalam pukul 3.30petang kami ke Big Red Strawberry Farm pulak. Just untuk minum2 petang dengan semua makanan yg berasaskan strawberry..
Sundae strawberry yang dah cair baru ingat nak snap gambar.
Jam dah tunjuk kul 5 petang. Perut dah mula lapar sebab tak makan makanan berat lagi. (Padahal dah macam2 desert masuk perut tapi masih rase cam x puas. Hahaha.mm) Jadi ape lagi, terus kitorang cari dinner steamboat. Kitorang dinner kat Glory 78 Steamboat. Sebelah Hotel De La Fern. Makan ikut berapa pax yg kitorang nak. 1 pax RM23. Untuk kitorang 1 famili pilih 3 pax dan tambah lagi udang extra 10 ekor. Huhuhu..
Habis dinner, masa untuk berehat di hotel. Sempat menyinggah kat Pasar Malam Brinchang untuk shopping sket. Dapatlah teh Cameron Valley beberapa kotak untuk buat souvenier... Sampai hotel terus kitorang tidur awal lebih kurang pukul 9 malam. Dan cerita seterusnya di Cameron Highland, to be continued...
No comments:
Post a Comment