Saturday, July 2, 2011

Jimat ruang hatipun senang

Sekarang ni aktiviti harian aku ialah kemas, kemas, kemas. Hari-hari mengemas dan membungkus barang nak pindah. Bila tengok banyak sangat nak bungkus, mulalah kepala pusing. Lebih-lebih lagi banyak barang yang makan ruang dan perlukan banyak kotak besar. Contohnya comforter, tilam lembek, bantal. Aku memang ada banyak sebab selalu ada tetamu dan baru je borong bantal ngan tilam kekabu kat Serikin. Fikir punya fikir, akhirnya jumpa jalan penyelesaian. Tarraaaa....


Vacuum compressed bag. Aku beli brand biasa je bukan Cosway. Cosway mahal...


Before disedut, inilah rupa 5 bantal yang disumbat dalam 1 bag.


Lepas udara kena sedut, terus jadi kempis. Suka....


Mana tak suka, 5 bantal dah jadi nipis macam ni


1 bag 5 bantal dan 1 bag 2 tilam lembek.


1 kotak yang diisi dengan 4 bantal, 2 comforter, 1 selimut dan 1 cadar.

Oklah, nak sambung mengemas. Banyak lagi yang belum selesai. 7 days to go...

2 comments:

Azmir Azlan said...

Camne nnt nak kembung kan balik? takot rosak tros je. haha

mila.ibunajihah said...

salam kenal,

kat mana beli bag vakuum ni ye?

TQ