Thursday, June 30, 2011

Micturating cysto urethrogram

Ataupun MCUG. Itulah procedure yang Diana kena buat semalam. Tujuan test ni dibuat sebab nak tengok salur kencing dan pundi kencing Diana berfungsi dengan baik atau tak. Catheter dimasukkan dekat tempat kencing then doktor inject contrast. Bila Diana kencing doctor akan x-ray untuk tengok sama ada kencing tu mengalir ke salur kencing atau pergi semula ke kidney. Alhamdulillah, fungsi salur dan pundi kencing Diana normal.

Kenapa Diana kena buat MCUG? Sebab dia kena prolonged jaundice sampai 1 bulan. Last check doctor dapati dia kena jangkitan salur kencing which is one of prolonged jaundice factor. Aku tetap rasa Diana prolonged jaundice sebab breastmilk jaundice. MCUG ni test yg dibuat once in a life. So lepas ni kalau kena jangkitan salur kencing lagi memang dah tahu bukan sebab masalah salur kencing sebab normal aje. Aku punya andaian haritu Diana kena infection daripada poor hygiene dekat hospital. Maklumlah, hospital banyak kuman. Diana pulak admitted 4 kali. Setiap kali dekat wad nurse mandikan dia dalam toilet wad sahaja. Pulak tu bath tub dia letak atas mangkuk toilet. Tak ke kotor. Budak baru lahir dahlah masih kurang daya tahan. Aku dekat rumah pun mandikan Diana dalam bilik bukan toilet. Tahulah nurse tu malas nak bongkokkan badan, so senang cerita letak bath tub atas mangkuk toilet. Tak patut betul...


Diana yang dibiarkan atas katil dengan baju nipis dalam bilik x-ray yang sejuk. Doktor plak lambat datang sebab ada discussion. Sekali lagi tak patut. Sampai terkencing terberak menunggu doktor.



Time ni masih happy lagi sebab dia tak tahu yang tiub nak kena masukkan kat tempat kencing. Tapi time procedure memang melalak-lalak. Kesiannya Diana...



Lamanya.... Bila doktor nak sampai ni?



Sampai dah kena tukar baju lain menunggu doktor. Habis baju tadi basah dan kotor.

Ermm...apa-apa pun, yang penting dah tahu yang diana sihat. Ikutkan memang tak sampai hati tengok macam-macam procedure yang Diana kena buat tapi demi kesihatan Diana, mama kuatkan hati. Mama love you Diana!
- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: