Tuesday, June 14, 2011

Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Diana

Last Saturday kami buat kenduri aqiqah dan cukur jambul Diana di Banting. Majlis diadakan lepas Maghrib. Buat kenduri sederhana sahaja. Cuma keluarga terdekat dan orang surau yang kami jemput.

Puteri yang diraikan

Diana dan mama


Diana dan atuk mak Melaka

Ready for potong jambul

Paklang yang mengiring (tukang pegang dulang)

Turn nenek Banting potong jambul (yang tudung coklat)

Turn atuk Melaka plak

Sekarang mama plak

Lauk pauk kenduri: nasi tomato, kari kambing, ayam masak merah, dalca, acar timun dan terubuk ikan masin.

Buah tangan untuk jemputan

Dan keesokkan harinya, Diana selamat dibotakkan. Semoga anak mama tajam deria penglihatan dan pendengaran mengikut fadhilat bercukur kepala bagi bayi yang baru lahir.

Atuk Melaka yang botakkan kepala Diana

Saya tak kisah pun rambut saya kena cukur. Ok je...

See, sampai tertidur-tidur nak tunggu kepala saya jadi botak licin

Diana dan nenek-nenek sebelum balik Kuching


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: