Tuesday, January 25, 2011

Lega sudah....

Sebab servis yang aku in-charge kat tempat kerja dah selamat dirasmikan semalam dan hari ini dah ada promosi kat semua paper. At least public dah tahu (bagi sapa yang baca paper hari ni ler). So aku harap lepas ni kalo aku duk promote kat kaunter farmasi, at least diorang tahu. Lagi bagus kalo diorang datang sendiri ke kaunter farmasi and request that servis. Senang sket kerja. Eh, lupa nak mention servis apa. Ni servis Ubat Melalui Pos 1Malaysia. Sekarang mana-mana patient yang ada sakit kronik and on long term medication boleh dapat balance ubat melalui pos. Tak perlu datang farmasi nak ambil ubat every month. Mudah kan? Yang susah nya aku sebab nak kena pos ubat diorang. Hehehehe....

Majlis Pelancaran UMP 1Malaysia peringkat Hospital Umum Sarawak

Lega jugak sebab parents aku dah sampai Kuching semalam. Diorang duduk temankan aku kat sini sampai hari Khamis. Oklah tu. En hubby pergi kursus kat KL dari semalam gak sampai Ahad ni. Tak ke lama tu. Seminggu tu. At least separuh minggu aku ada peneman. Kalo tak memang kelam kabut duduk berdua ngan Sofea. Dahler hari-hari kerja. Bila parents ada ni, boleh lah beri alasan nak cuti rehat....Berehat-rehat di rumah dengan mak, abah dan Sofea. Best gila selepas 2 minggu aku yg sangat hectic. Banyak kerja, Sofea sakit, aku sakit mata seminggu dan en hubby pun join sakit mata. Minggu ni pun hectic jugak tapi buat bodoh mcm takde kerja kat opis. Hehehehe...

Sofea bukan main excited lagi atuk mak ngan atuk abah dia datang. First time dia behave masa makan. Nak pulak duduk dalam high chair. Ni masa dinner semalam dekat Rock Road Seafood Restaurant.

Emak tersimpul malu depan kamera.

Sofea ngan abah tengah khusyuk menjamu selera. Pandai Sofea makan sendiri.

Butter prawn yang dah tinggal separuh. Sedap sangat, dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. Pinggan yang kat belakang tu ketam nipah masak satay sauce. So yummy!!

6 comments:

ween said...

uhhh meleleh air liur t___t kaklong, sofea dah kenal x mak abah?

Moments to Remember said...

rock road...mestilah meleleh. hehehe...sofea kejap je kenal mak abah. especially mak. asyik nak melekap ngan mak je skang.

areknee said...

ee ape ni taruk gmba makanan rock road... meleleh jugak ㅠㅠㅠ nak mkn ketam msk telo masin lg!!! ㅠㅠㅠㅠ

Moments to Remember said...

alaaaa... tapi ari tu tak order ketam masak telur masin pun. sebab abah nak satay sauce. tapi takpe. mak pandai masak ketam telur masin. dulu mak ada try buat ikut buku resipi yang kaklong beli. masa datang sini nov tahun lepas.

hikmah* said...

ok, tang suap sendiri pakai sudu tu kelihatan sgt dewasa!! xleh blah, hahaha!

zuera, kecur perut babe, aku tgh lapo lak ni, sodapnyo kotam!!!

Moments to Remember said...

tulah hikmah. sofea selalu berlagak dewasa. hehehe...jomlah hikmah dtg kuching. leh mkn seafood. nak masyuk lg pegi kk.