Wednesday, January 19, 2011

Welcome 2011

This is my first entry in 2011. Dah nak masuk 3 minggu kita dalam tahun baru tapi baru hari ni aku berpeluang nak wish you all semua happy new year. Aku punya permulaan untuk tahun 2011 tak begitu baik. Macam-macam perkara berlaku. Minggu pertama sibuk bekerja 7 hari seminggu. Isnin sampai Ahad sampai tak dapat nak tengok AJL. My second week dapatlah cuti ganti 2 hari on Monday and Tuesday sebab dah keja weekend a week before. Ingatkan baki 3 hari bekerja nak buat segala kerja tertangguh tapi hajat tak kesampaian sebab Sofea demam. Terpaksa ambil emergency leave on Thursday dan time off petang Jumaat. Kerja semakin berlambak. So aku berharap sangat 3rd week aku dapat kerja dengan bagus. Maklumlah, 18 Januari aku akan start Respiratory Clinic. My new portfolio. 24 Januari plak ada launching untuk 1 servis yang aku in charge, UMP 1Malaysia (Ubat Melalui Pos). So banyak benda nak kena prepare for that launching. Malang sekali lagi bagi aku. This week aku kena sakit mata pulak. Hari ni dah masuk hari keempat tapi rasanya macam makin teruk je mata ni. Dari semalam aku sick leave sampai esok. 3 hari. Once again, kerja yang banyak terpaksa diabaikan....Ya Allah, semoga segala dugaan yang Engkau berikan ada hikmah di sebaliknya. Aku harap walaupun permulaan 2011 yang tak begitu baik ini hanya satu cabaran untuk aku berjaya pada tahun ni. Harapan aku yang paling besar ialah semoga tahun ini dimurahkan rezeki dan dapat berita baik iaitu pulang Semenanjung for goods. Dah nak dekat 3 tahun aku kerja kat Kuching ni dan rasanya sudah cukup lama. At least aku kerja kat Kuching ni lebih lama dari parents aku dulu. Diorang kerja sini 2 tahun. Oklah kan....

Ermm, aku belum cerita lagi apa pencapaian aku masa 2010. Aku bersyukur kerana 2010 adalah tahun yang agak bagus untuk aku dan family. Antaranya:
  • Januari - First time balik kampung husband di Kelantan
  • Februari - Berjaya beli sebuah rumah single storey semi-D di Melaka
  • Mac - Naik pangkat
  • April - Pindah rumah dari apartment ke condo. Yang penting tak perlu panjat tangga hari-hari sebab ada lif.
  • Mei - Bercuti ke KK, Sabah bersama family
  • Jun - Hubby dapat bonus
  • Julai - Adakan kenduri aqiqah Sofea dekat Melaka
  • Ogos - Dapat berita pregnant kali kedua. Alhamdulillah...
  • September - Berjaya beli kereta sendiri MYVI Limited Edition
  • Oktober - Kursus 3 minggu di Hospital Melaka. So, dapat memenuhi tekak mengidam awal2 pregnancy di rumah.
  • November - Balik Semenanjung sebab abah convocation dan dapat keluar duit EPF sebab skang aku dah taraf berpencen.
  • Disember - Dapat duit tertunggak naik pangkat dari Mac. Hubby pulak dapat naik pangkat jugak.
Erm, tu je yang aku ingat. Alhamdulillah. Semoga tahun ini lebih bagus dari tahun sebelumnya. Lebih-lebih lagi dengan anak kedua yang bakal lahir nanti. Setiap anak itu kan ada rezekinya. Amin......

2 comments:

Rose said...

Salam. Tahniah.. tahniah :)
Bukannya pasal yg kat atas tu tp pasal pencapaian thn 2010.
Rasanya saya kena list down atau ingat apa yg saya dah dapat, kalau boleh setiap hari kot. So next time saya lebih appreciate hadiah yg Allah bagi.

Moments to Remember said...

dona, terima kasih. bole nk listkan setiap hari tp x larat plak nak recall. hehe...tu dah mcm kena update blog hari2 supaya senang ingat. saya update sekali sebulan...jd achievement pun bulanan.