Friday, December 17, 2010

Sofea and Baby Alive

Semalam masa rehat tengah hari Jumaat aku pegi jalan-jalan dekat The Spring dgn geng office. Ni kira rekod lepas kawin gi shopping masa rehat Jumaat. Kalo tak, memanjang gi ikut en hubby solat Jumaat sambil tunggu sama ada dalam kereta ataupun tunggu dia dekat nursery Sofea. Masjid dengan nursery Sofea boleh jalan kaki je. Dapat peluang macam ni pun sebab en hubby gi outstation kat KL. Hehehehehe....

So, bila dah gi The Spring memang ambil peluang pergi kedai barangan bayi Poppies punya. Nak tengok lagi JJ Cole Diaper caddy. Dah lama usha tapi tak terbeli-beli. Diaper caddy ni berguna untuk letak diaper, baby wipe, lotion dan segala perkakas nak tukar diaper baby nanti. Senang untuk angkut ke mana-mana dan siap provide changing map lagi. Ada drawer untuk letak cotton bud, minyak telon dan benda-benda kecik. Pikir punya pikir, beli jugak aku akhirnya. Dahlah last stok. Elok je aku beli, ada sorang aunty tu sibuk je nak. Selamat aku dah ambil dulu.
Nilah rupa JJ Cole diaper caddy tu....

Aku ni member poppies. Bila cek point tengok-tengok dah cukup untuk redempt voucher RM50. Apa lagi, terus terfikir nak beli Sofea doll. Memang dah lama berangan nak belikan Sofea Baby Alive. Lebih-lebih lagi masa aku drive hantar dia pegi nursery pagi tu, sibuk dia menyuap biskut yang dia makan kat mulut baby dalam magazine. Kalo dapat doll yang real dia boleh suap2 kan best. Memang doll Baby Alive yang sesuai tapi mahal. Memandangkan dah voucher RM50, takdelah terasa sangat kemahalannya.
Nilah Baby Alive. Kalo bagi makan, doll ni boleh buat bunyi-bunyi nyum...nyum.. Lepas tu sendawa dan berak. Kena pulak tukar pampers doll tu. Lepas tu doll tu pun gelak-gelak happy sebab dah kenyang makan...Macam real je kan?

Bila aku suruh sayang baby, dia pun siap peluk cium lagi baby tu. Tetiba mama dia rasa jelous plak sebab sekarang bila mintak cium, Sofea kedekut nak bagi kiss dia...

Sofea tengah suap baby dia makan. Ni practice untuk jaga adik nanti. Aku tak ajar dia bagi makanan betul-betul. Takut nanti kalo baby tu dah berak, nak kena tukar pampers plak. Dahlah dia bagi spare 1 je. Kalo dah habis pakai nak kena beli lagi. Bankrap makcik macam ni....Nak beli pampers Sofea, pampers doll tu lagi.

Dah lepas bagi makan, pandai pulak cek pampers tengok ada berak ke tidak. Selamat tak ajar bagi makan betul-betul. Fuhhh......

Alamak, Sofea dah perasan yang pampers baby tu pun macam pampers dia. Boleh bukak.

Yeah, dah berjaya bukak dah!

Lepas tu puas try nak pakaikan pampers semula. Tapi kalo dah asyik melintang je pampers tu, camane nak berjaya pakaikan nak oi....

Nampak tak bedak agnesia tu? Baby tu pun nak dipakaikan bedak. Betul2 dia tiru apa yang kita buat dekat dia. Baby tu pun dah tak berpampers dah. Asyik pasang bukak pasang bukak, dah tak kuat gam pampers tu nak melekat. Kejap aje.....



4 comments:

ween said...

macam real? macam takut je. kut2 memalam dia bangun! haha :D sofea memang cepat ngikut..

Moments to Remember said...

ha'a ek. macam cerita hantu omputih yang doll dia hidup lepas tu kejam gila. ape ek tajuk dia. lupa plak.....

hikmah said...

zuera!

kau pandai kan, bg training sofea jadik 'kakak'. siap bedak bagai! minyak yuyi letak x? hehehe

p/s: aku pon x pandai nak check baby tu dh poo poo ke belom. husband aku lg pandai kot, anak sedara dia bederet. ini mcm aku kena belajar dgn sofea!

SyahieraFarhana said...

Wah, ko dah train Sofea! Hebat! Tak sangka ke'kakak'an nya begitu natural.. Aku ada tgk dlm series Kimora tu siap paanggil special education utk train anak2 dia handle adik baru..