Sunday, December 12, 2010

Sofea @ 18 months

Lama betul tak update development Sofea. Last sekali 6 bulan yang lalu masa dia celebrate her 1st birthday. Sekarang Sofea dah macam budak besar. Bukan baby lagi. Dah banyak akal. Macam-macam kerenah. Especially dah nak dapat adik ni. Asyiklah merengek tak tentu pasal nak perhatian.

Makan sendiri dah agak ok skang. Tapi awal-awal jelah. Last2 main je lebih. Tak boleh bawak makan luar. Sure dia tak boleh duduk diam. Nak panjat meja makan lah, main tisulah, main curah air. Memang haru betul.....Dahlah taknak duduk dalam highchair.

Kalo suruh senyum sebab nak ambil gambar dah pandai senyum. Tapi agak overlah macam ni. Sampai tak nampak biji mata dah. Penuh expression.

Suka sangat main air. Bila time mandi, selagi badan tak kecut selagi tu taknak kuar. Setakat ni tak pernah dia nak keluar sendiri. Terpaksa angkat keluar secara paksa. Lepas tu puas lah dia melalak guling-guling taknak pakai baju sebab orang kacau dia main air. Babysitter kat nursery pun cakap dia suka sangat mandi. Memang dah tahu time bila nak mandi. Kalo kat rumah, agak-agak waktu nak mandi pandai je dia bukak seluar, pampers sendiri pastu gi bilik air. Bahaya betul kalo kita tak perasan dia masuk toilet sorang-sorang.

Tak dapat mandi dalam kolam, dalam baldi pun jadilah....Asalkan dapat berendam sampai kecut.

Dah pandai main masak-masak. Bolehlah buat dia leka kejap. Selain main masak-masak, benda yang buat dia leka ialah tengok cerita Upin Ipin. Tengah menangis pun boleh berhenti.

Kalo main lego pun dah boleh cantum-cantumkan. Kalo tak sebelum ni susah nak cantum. Taram je dia.

Rajin sangat nak tolong mama dia mengemas. Orang pegang penyapu ngan penyodok, dia pun nak gak. Last-lat main rebut-rebut penyapu plak. Sampah tak gak dapat bersapu.

Kalo dari segi menyusu tu, Alhamdulillah aku masih breastfeed dia tapi sejak sebulan yang lalu tak fully breastfeed dah. Terpaksa campur dengan formula masa kat nursery. Segala stok susu beku dah rosak masa aku gi attachment kat Melaka hari tu sebab en hubby lupa nak tutup pintu freezer. Sejak pregnant ni pun, nak pam pun agak sakit gak. Tu pasal aku dah tak pam lagi. Lagi satu sebab aku campurkan formula sebab aku tak tahan geli geleman time dia menyusu. Tangan Sofea sangat aktif merayap. Sampai tak tenang nak tido sebab rasa macam kena geletek plak. Susu formula yang Sofea minum skang satu brand je plak tu. Kat Kuching ni cuma ada 2 brand je susu berasaskan soya. 1 Isomil lagi satu Nursoy. Isomil Sofea reject. Nursoy je yang dia boleh terima. Tapi nak dapatkan stok punyalah susah. Baru-baru ni dekat 2 minggu kitorang cari stok tapi 1 Kuching tak jumpa. Selamat lah semalam jumpa kat Guardian Satok terus kitorang sapu licin 4 tin yang tinggal tu. Cukuplah untuk sebulan....

Ni lah susu yang Sofea minum masa kat nursery. Kecik je (400g) lepas tu takde tin yg lebih besar lagi. Apa-apapun, Susu mamanya tetap no. 1. Tetap bersyukur walaupun tak berjaya fully breastfeed sampai 2 tahun at least berusaha untuk breastfeed sampai Sofea umur 2 tahun. Harap2 berjaya. Adik Sofea bakal lahir masa Sofea umur 1 tahun 11 bulan. Boleh ke ha?

Ermm, apa lagi development dia ye? Antaranya:
  • Dah boleh pakai kasut sendiri walaupun selalu je terbalik
  • Dah boleh terima simple instruction
  • Words yang dia tahu adalah dalam 5 patah; nak, nah, dah, nanak, mama.
    kuat memanjat.meja makan paling favourite.
    gigi dah ade 16 batang. nampak penuh dah..
    dah kurang allergik pada susu lembu. bole tolerate yogurt, vitagen, calciyum.

Oklah, tu saje yang aku ingat. Kalo ingat nanti update lagi.....

4 comments:

farah said...

woooh baby comel ~ akak tenkiu betulkan info sal metadon tu tau .

Azmir Azlan said...

waa dh byk development sofea rupenye kan. huhu

Moments to Remember said...

rainbowskittle, sama-sama. amir, tulah....ko dah lama tak jumpa sofea. dah byk development tau. apa lagi, cuti2 tu datanglah kuching.

SyahieraFarhana said...

Cute gile berendam dlm baldi! :-D. Sofea ada bakat kemas umah gak mcm ko..suke nk sapu smpah tu.. :-)