Sunday, November 15, 2009

Aktiviti hujung minggu

Takde yg menarik sangat pun. Cuma weekend kali ni kitorang jalan-jalan gi The Spring. Ni jelah tempat yang happening kat Kuching ni. Ade new cinema, MBO Cineplex. Itupun baru 4 5 bulan MBO ni bukak kat sini. Tapi takdelah kitorang gi tengok movie pun. Dak Sofea nak letak mana? Rindu nak tengok movie every weekend.....Ada sesape yang sudi jaga Sofea sementara kitorang gi layan movie?

Sofea dah berat. Lenguh bahu dukung dia camni.

Lepak kat Secret Recipe. Nak makan kek kali terakhir before start program diet.

Yelah tu. Mana ade program diet pun. Actually lepak secret recipe sebab dapat coffee free. Sofea pun sibuk nak minum kopi tu.

Skang time makan pun kena dukung Sofea camtu. Baru tangan free sket nak makan even Sofea masih nak try capai itu ini. Duk dalam stroller dia tak suka. Asyik nak berkepit je. Kat rumah pun sama. Asal kitorang nak makan je dia dah start nangis nak suruh dukung. Betul mak aku cakaplah. Jangan diikut sangat. Kalo awal-awal lagi asyik dukung je bila dia nangis nanti dia lama-lama dia dah terbiasa. Asal nampak kita nak makan je dia nak dukung.

Sofea pun nak join kitorang kat meja makan. Sebab malas nak dukung dia lagi, letakkan dia kat bumbo seat. Biar dia khusyuk main ngan mangkuk sudu.

Kitorang belum beli high chair lagi sebab Sofea belum pandai duduk. Buat masa ni Sofea ok je duduk dalam bumbo seat tu. Tak nangis-nangis. Korang buat camane eh kalo anak sibuk nak mintak dukung kalo time makan? Layankan je atau biarkan je?

5 comments:

kemaryahya said...

hehehehe. bile ko nak start program diet ko ni? aku rs nnti kalo air susu ko kering, automatic ko akan kurus sikit kan.

Moments to Remember said...

tak tau le kemar bile nak start. azam tahun baru lah. so january aku diet k.

Hada Masayu said...

bumbo seat??

Moments to Remember said...

bumbo seat tu kerusi utk baby yg tak boleh duduk lagi tp dah bole support kepala. 3 months ke atas. useful sgt especially time nak bg makan. nak aku buat entry ttg bumbo seat?

Unknown said...

aku letak dlm walker je. so far muizz ok la, die dok kat tepi meja tgk kitorg mkn. acah2 le suap die sket. sure die happy..huhuu. aku pon mau diett!