Wednesday, April 11, 2012

Testimonial PB: Adik-adik saya

Assalamualaikum semua. Hari ini teringin berkongsi kisah  adik-adik perempuan saya dengan korset yang dah lama terkenal kat Malaysia ni----> Premium Beautiful. Buat pengetahuan korang, diorang ni dah lama pakai. Sejak 2 tahun yang lalu lagi. Saya je yang tak terbuka rasa hati nak pakai time diorang pakat pakai korset ni. Diorang ni memang tak gemuk dan tujuan pakai korset PB ni dengan tujuan mengelakkan badan menjadi gemuk disamping dapat membantu postur badan dan sakit belakang. Selain itu, korset ini juga dapat memperkemaskan bentuk badan apabila memakai baju kebaya dan apa-apa baju baju yang agak mengikut bentuk badan. Eh, bukan nak kata adik-adik saya ni berpakaian ketat ya... Korset ni berwarna hitam, jadi kalo nak pakai apa-apa baju yang jarang pun dah tak pening-pening nak pikir pasal inner. Daripada pakai inner yang tak membantu dalam membentuk badan, baik pakai korset Premium Beautiful. Betul tak? 

Gambar 3 tahun lalu. Ani dan Ween.

 Ani sekarang. Kekal kurus.

Ween sekarang. Makin kurus.

Saya masa kurus zaman-zaman study dulu. Yang kedua dari kanan. Jangan tak tercam plak...Heheh...

Gambar sekarang. Semakin gemuk. Hahaha...

Bila asyik belek gambar dulu dan gambar sekarang, baru tersedar yang badan ni bagai dipam-pam. Orang lain pun beranak pinak gak tapi ramai gak yang boleh kekal bentuk badan. Jadi sekarang baru tersedar yang saya perlu berubah seperti dulu dan jadikan adik-adik saya sebagai contoh sebab tak gemuk-gemuk pun. Diorang memang belum kahwin tapi diorang dah ada inisiatif dan sepanjang saya pakai beberapa minggu ni terasa korset ni sangat selesa. Berbeza dengan korset lain sebelum ni. So, nantikan testimonial dari saya nanti pulak ye....Adik-adikku idolaku....

*Buat pengetahuan semua, adik bongsu saya masih belajar dan dia boleh beli korset ini dengan duit sendiri. Kan boleh bayar ansuran. Mudahkan? So apa lagi, kalau ada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya ya....

3 comments:

Ani said...

adik-adik beli pun sebelum kakak join jual premium beautiful ni.. beli kat orang lain je secara ansuran hehehe ;)

Moments to Remember said...

Ani, Nanti kalo dah longgar corset dulu, terasa nak beli saiz lebih kecik, boleh ansuran ngan kaklong plak.

ween said...

memang selesa corset nih. bila pakai dia betulkan postur badan, jalan pun tegak je dah macam model. :DD