Wednesday, April 4, 2012

I need to learn CPR




Peristiwa 12 tengah hari isemalam semasa di bank bersama emak dan adik. Seorang lelaki tiba-tiba rebah semasa menunggu giliran. Isterinya sangat panik kerana suaminya tidak pernah mempunyai apa-apa penyakit. Semua orang di bank mendapatkan lelaki tu. Muka lelaki itu sudah kebiruan. Aku dan mak yakin yang lelaki itu kena serangan jantung. Orang lain panik tidak tahu nak buat apa. Pegawai bank terus menghubungi ambulans. Emak membuat keputusan untuk memberi bantuan dengan melakukan CPR. Terasa jantung sudah berhenti berdegup. Aku disuruh oleh emak untuk turut memberi bantuan pernafasan. Setelah beberapa usaha, terasa jantung kembali berdegup. Namun ambulans tidak sampai-sampai. Emak meneruskan CPR selama hampir 20 minit sehingga ambulan sampai. Pihak ambulans meneruskan usaha dengan bantuan emak. Akhirnya lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Dan kami, meneruskan perancangan yang tergendala.

Setelah beberapa jam peristiwa tengah hari, aku masih teringat-ingat tentang lelaki yang rebah itu. Lantas aku membuat panggilan ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka. Aku diberitahu yang lelaki itu tidak berjaya diselamatkan dan sudah berada di rumah mayat. Innalillahiwainnahirrajiun...Tetapi aku tidak pasti adakah lelaki itu sudah meninggal dunia sejak di bank? Tidak lama kemudian aku dihubungi oleh pihak bank untuk memberitahu tentang keadaan lelaki itu kerana aku dan emak antara orang yang terlibat memberi bantuan. Lelaki itu meninggal dunia di hospital selepas waktu zuhur.

Peristiwa ini benar-benar menginsafkan aku. Allah boleh menarik nyawa hamba- Nya bila-bila waktu di mana-mana sahaja. Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.

Berbalik pada cerita CPR tadi. Sekarang baru aku sedar sangat penting ilmu basic life support di saat-saat kecemasan macam ni. Dulu memang pernah belajar tapi tak pernah buat betul-betul. Mujur emak seorang staff nurse. Walaupun dah pencen, dia ada banyak pengalaman. Bayangkan kalau aku menghadapi saat-saat getir ini dengan ahli keluarga terdekat. Mampukah aku?




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

Sahalfikri said...

Wah, peristiwa depan mata kau rupanya.. Aku pun terkejut dgn berita ini. Memang ajal kalau nak dtg di mana pun kita tak dpt elak.. Insaf.