Jam dah pukul 1 pagi. Tapi mata masih tak boleh nak lelap lagi. Maybe sebab penat mengemas berhari-hari dan hari ni kemuncaknya. Lagi pulak, malam ni jugak malam terakhir aku tidur dekat rumah sewaku di Kuching dan akan pindah semula ke kampung halaman, Melaka. Gembira ada, sedih pun ada jugak. Maklumlah, dah dekat 3 tahun aku dekat sini dan ada macam-macam kenangan berharga. Paling sedih sebab terpaksa berpisah dengan rakan sekerja. Harap-harap dapat jumpa lagi..
So, sempena perpindahan aku ke semenanjung, my department ada buat farewell party semalam. Thank you very much! Especially hadiah Tupperware tu. Tak sempat nak ambil gambar untuk tayang dekat sini. Dapat je hadiah, time tu gak Sofea suruh bukak. Hehe..
With my KPF, Pn Aminah...She is a very understanding boss.
My mentor aka boss in Outpatient Pharmacy department, Pn Zanisah. Thank you puan for your guidance.
Bersama hidangan lauk pauk yang lazat. Time tu aku ada bawak air mata kucing as dessert. Terima kasih atas puji pujian. No secret recipe ye. Masak air mata kucing based on segala stok yang tinggal untuk dihabiskan je.
My other colleague. I'll miss u all! Sob..sob..sob
Memandangkan hari ni last day kat sini, hubby bawak pegi Kedai pasu untuk beli pasu Sarawak. Bayangkan, 3 tahun duduk Kuching, ni pertama kali datang. Cantik-cantik rupanya. Banyak jugak ah kitorang borong.
Hubby dan Sofea rambang mata tengok banyak pasu cantik-cantik.
Ermm...berakhirlah sudah kisah aku dekat Sarawak. Lepas ni entry aku cerita jalan-jalan cari makan kat semenanjung bersama saudara mara dan rakan -rakan lama je lah ye. Yeay korang. Aku nak balik dah ni. Gathering atau kenduri kawin jangan lupa jemput lah haraonya ya. Gambar terakhir yang nak dikongsi...
Banyak gila barang yang nak dibawa balik. Ni baru 50% je...