Thursday, June 30, 2011

Micturating cysto urethrogram

Ataupun MCUG. Itulah procedure yang Diana kena buat semalam. Tujuan test ni dibuat sebab nak tengok salur kencing dan pundi kencing Diana berfungsi dengan baik atau tak. Catheter dimasukkan dekat tempat kencing then doktor inject contrast. Bila Diana kencing doctor akan x-ray untuk tengok sama ada kencing tu mengalir ke salur kencing atau pergi semula ke kidney. Alhamdulillah, fungsi salur dan pundi kencing Diana normal.

Kenapa Diana kena buat MCUG? Sebab dia kena prolonged jaundice sampai 1 bulan. Last check doctor dapati dia kena jangkitan salur kencing which is one of prolonged jaundice factor. Aku tetap rasa Diana prolonged jaundice sebab breastmilk jaundice. MCUG ni test yg dibuat once in a life. So lepas ni kalau kena jangkitan salur kencing lagi memang dah tahu bukan sebab masalah salur kencing sebab normal aje. Aku punya andaian haritu Diana kena infection daripada poor hygiene dekat hospital. Maklumlah, hospital banyak kuman. Diana pulak admitted 4 kali. Setiap kali dekat wad nurse mandikan dia dalam toilet wad sahaja. Pulak tu bath tub dia letak atas mangkuk toilet. Tak ke kotor. Budak baru lahir dahlah masih kurang daya tahan. Aku dekat rumah pun mandikan Diana dalam bilik bukan toilet. Tahulah nurse tu malas nak bongkokkan badan, so senang cerita letak bath tub atas mangkuk toilet. Tak patut betul...


Diana yang dibiarkan atas katil dengan baju nipis dalam bilik x-ray yang sejuk. Doktor plak lambat datang sebab ada discussion. Sekali lagi tak patut. Sampai terkencing terberak menunggu doktor.



Time ni masih happy lagi sebab dia tak tahu yang tiub nak kena masukkan kat tempat kencing. Tapi time procedure memang melalak-lalak. Kesiannya Diana...



Lamanya.... Bila doktor nak sampai ni?



Sampai dah kena tukar baju lain menunggu doktor. Habis baju tadi basah dan kotor.

Ermm...apa-apa pun, yang penting dah tahu yang diana sihat. Ikutkan memang tak sampai hati tengok macam-macam procedure yang Diana kena buat tapi demi kesihatan Diana, mama kuatkan hati. Mama love you Diana!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 29, 2011

WW: Kami akan berpindah!

Baru 1/4 barang kami yang dah packed.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 23, 2011

Sunbathing

Dah lama nak share gambar ni cuma asyik lupa je... Ni gambar-gambar masa Diana kena sunbathe setiap pagi di sebabkan jaundice umur 1 bulan dulu. Yalah, nama pun kena prolonged jaundice. Haruslah setiap pagi sunbathing.

Aku tinggal kat rumah merpati. Takde halaman. Jadi terpaksa letak Diana kat balcony rumah je. Matahari takdelah masuk pun. Asalkan dapat hawa-hawa panas sudah.

Bangun je tido dipaksa duduk dalam ni. Time ni terpaksa alas dengan bantal sebab badan kecik sangat. Tak sesuai duduk dalam swing ni lagi. Tapi terpaksa lah sebab aku malas nak dukung lama-lama. Heheh...

Excited tengok patung kodok merah yang tergantung

Mmmm....bila nak habis daaa....

Wednesday, June 22, 2011

WW: Ratu Wellness Center

Hari ni teringin nak manjakan diri. Kepala pening dan serabut memikirkan kotak yang dah bertimbun kat rumah. Bilik tetamu dah jadi bilik stor. So, aku gi buat facial. Sambil urut muka dapat gak urut kepala. Best....












- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 21, 2011

Happy Father's Day

HappyFather's day to all fathers out there. This entry is specially dedicated to my father, Dr. Azlan. Sorry for late wishes. Anakanda mu ini sangatlah busy menyusun kotak sampai takde masa nak update blog. For intro....

Ini bapa aku yang nampak tegas tapi penyayang. Bekas komando haruslah tegas.

Dia sangat rajin baca buku dan belajar. Sampai sekarang abah masih belajar lagi. Dah ada 2 degree. Sekarang tengah buat master plak. Cita-cita nak nak dapatkan title doktor falsafah. Belajar dah jadi hobi abah. Kalau pegi mana-mana, mesti suka cari kedai buku dulu. Ingat lagi masa kecik-kecik aku suka ikut abah jalan instead of emak sebab nak ikut abah masuk kedai buku. Sekarang aku suka ikut emak sebab nak ikut gi kedai baju. Hehehe...

Terima kasih abah sebab:
  • Abahlah doktor yang menyambut Zura lahir dulu.
  • Abah gak meneman dan memberi semangat di bilik bersalin masa Zura lahirkan Sofea dulu. Selamat doktor Lim datang awal. Kalo tak abah gak yang sambut Sofea lahir.
  • Abah yang beri Zura semangat belajar dan berjaya sampai sekarang. Minta maaf harapan abah nak Zura jadi doktor tak tercapai. Tapi kerja sekarang pun lebih kurang gak. Walaupun bukan doktor, ada gak pesakit panggil doktor. Bolehlah tu kan...
  • Abah yang hantar dan ambil Zura masa kat SMAPK dulu. Kat UIA Kuantan pun sama. Sanggup berulang alik walaupun kereta rosak. Ingat lagi abah pernah datang Kuantan dalam keadaan kereta takde aircond. Pernah juga sekali tersangkut dekat Temerloh. Sanggup juga abah redah ke Kuantan. Bila Zura dah habis belajar dekat Kuantan, abah pinjam van Pakcik Salleh sebab tau anak dia punya barang ni banyak sangat. Tak muat kalo pakai kereta je. Hehehe....
  • Abah berusaha menyediakan keperluan belajar Zura. Walaupun Zura dapat duit biasiswa, duit buku tetap abah bagi.
  • Abah menyediakan yang terbaik untuk perkahwinan Zura.
  • Abah yang meneman Zura balik dari Kuching ke Melaka masa tengah sarat mengandungkan Sofea. Ikutkan 37 minggu dah tak boleh naik kapal terbang tapi abah usahakan sampai boleh.
  • Abah jugak selalu hantar ambil Zura sekeluarga dari airport setiap kali kami balik semenanjung. Tak pernah sekali kami naik teksi. Abah akan usahakan masa abah untuk ambil.
  • Abah sanggup datang KL untuk melawat Zura setiap kali Zura ada kursus kat KL. Walaupun dapat jumpa kejap, tapi tetap jumpa.
  • Abah yang hantar Zura ulang alik setiap hari selama 3 minggu masa Zura kursus kat Hospital Melaka.
  • Abah usahakan Zura dapat makan "bihun racun" masa Zura tengah mengidam dulu.
  • Dan akhir sekali, abah berjaya buat surprise dengan datang ke Kuching melawat Zura yang baru lahirkan Diana. Emak pun terkejut tengok abah datang.
TERIMA KASIH abah. Jasamu tak terhingga.....

Ucapan terima kasih juga buat suamiku merangkap bapa kepada..

Anakku, Elmira Sofea

Dan, Elmira Diana

Happy Father's Day bang. You are the greatest dad ever.

Wednesday, June 15, 2011

WW: Melaka Wonderland




Having fun with Farah's (my cousin) family @ Melaka Wonderland on 7th June 2011. Lepas ni kita pegi enjoy sama-sama lagi kay? 8 of us.....

Tuesday, June 14, 2011

Jumpa dentist

Ni kisah Khamis lepas masa bercuti kat Banting. Bawa Sofea jumpa dentist sebab dia asyik pegang gigi geraham dia lepas makan. Kitorang pikir gigi Sofea ade lubang kot sebab dia susah gosok gigi. Tapi sudahnya, Sofea tak cek gigi pun. Bapak dia plak yang cek dan buat treatment. Sofea...Sofea...


Sofea: Nak cek gigi? Gigi saya oklah doctor....


Doktor: Takpelah..tak payah cek. Awak kecik lagi. Awal sangat kalo nak berlubang pun..


Sofea: Ha'a.. Papa jelah cek. Papa dah tua. Mesti gigi ade lubang.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Diana

Last Saturday kami buat kenduri aqiqah dan cukur jambul Diana di Banting. Majlis diadakan lepas Maghrib. Buat kenduri sederhana sahaja. Cuma keluarga terdekat dan orang surau yang kami jemput.

Puteri yang diraikan

Diana dan mama


Diana dan atuk mak Melaka

Ready for potong jambul

Paklang yang mengiring (tukang pegang dulang)

Turn nenek Banting potong jambul (yang tudung coklat)

Turn atuk Melaka plak

Sekarang mama plak

Lauk pauk kenduri: nasi tomato, kari kambing, ayam masak merah, dalca, acar timun dan terubuk ikan masin.

Buah tangan untuk jemputan

Dan keesokkan harinya, Diana selamat dibotakkan. Semoga anak mama tajam deria penglihatan dan pendengaran mengikut fadhilat bercukur kepala bagi bayi yang baru lahir.

Atuk Melaka yang botakkan kepala Diana

Saya tak kisah pun rambut saya kena cukur. Ok je...

See, sampai tertidur-tidur nak tunggu kepala saya jadi botak licin

Diana dan nenek-nenek sebelum balik Kuching


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 8, 2011

ww: First travel 4 beranak








Tandem nursing Sofea dan Diana

- Posted using BlogPress from my iPhone