Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia terutama sekali my mom yang amat kusayangi.

My beloved emak, Pn Ramlah Bt Abdullah

Terima kasih tak terhingga kerana bersusah-payah selama 3 minggu menjaga anakmu di perantauan ini dari sebelum bersalin, sedang bertarung nyawa di labor room, lepas bersalin dan berpantang sampailah aku agak sihat nak mengharungi hari-hari pantang yang berbaki 24 hari lagi ni. Sayang emak sangat-sangat...

Emak yang sanggup bermalam menemani aku di wad sebelum bersalin.

Dan selepas bersalin

Termasuk juga menemani aku di wad semasa menjaga Diana yang berphototherapy disebabkan jaundis. Kasihan emak sebab terpaksa tidur atas sleeping chair yang kurang selesa kerana nak menjaga aku. Rasa sangat terharu.

Setiap hari di rumah, emak terpaksa memikirkan pelbagai menu untuk aku yang berpantang. Walaupun dalam pantang, aku rasa macam tak ada masalah sebab semua lauk yang mak masak menyelerakan. Kalau hari-hari tak berpantang dapat macam tu kan best. Emak jugalah yang menjadi tukang urut untuk beberapa hari, pakaikan bengkung, panaskan batu tungku, masakkan air herba, mandikan baby dan macam-macam lagi. Sampai kadang-kadang aku terfikir, mampukah aku jadi seperti emak untuk anak-anakku nanti?

Buat emak, terima kasih sekali lagi atas segala pengorbanan emak untuk Zura selama ini. Emaklah idola Zura untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak......



4 comments:

areknee said...

btol btol.. emak la idola aniey jugak.... syg emak sgt sgt!!! ^^

kemaryahya said...

nak meleleh air mata aku baca..
aku wish dah kat mak aku. kitorng adik beradik belikan dia bunge dlm vase kat ssf. mak aku mmg suke betul bunge2 ni. bunge kat ssf kan nampak hidup even bunge mati. huhu..

Moments to Remember said...

aniey, jomlah cepat2 join kaklong jadi emak2 macam emak. heheh

kemar, selamat hari ibu!

areknee said...

huhu doa2kan ler..... ><