Friday, May 27, 2011

Sofea's Birthday Party @ Smart Step 1

Petang tadi buat Birthday Party Sofea dekat nursery dia. Memang Sofea tak pergi nursery lagi sejak aku ada bibik dan cuti bersalin ni. Tapi memandangkan Sofea dari umur 2 bulan sampailah nak dekat 2 tahun dijaga dekat sana, lebih meriah sikit sebab member dan teacher pun ramai. Ini pun kira macam farewell party sebab Sofea dah berhenti dari Smart Step 1. Terima kasih Smart Step1 sebab jaga Sofea dengan baik sekali. Hampir 2 tahun lamanya....

The party area

The party backdrop

The cake

The foods

The goodies bags

Sofea and Teacher Milod (betul ke eja?) a.k.a mak angkat Sarawak. Heheh...

Sofea and Teacher Ziela

Other teachers yang busy preparing goodies bag

And now, the event...........

Tiup lilin dengan her favourite teacher

Yey!!

Potong kek pulak

Suapan dari teacher

Makan donat

Bergembira main belon dengan kawan-kawan

Penat sangat berparty sampai tertidur dalam kereta

Hadiah dari teacher Sofea. Thank u very much!

Akhir sekali, terima kasih tak terhingga buat Smart Step 1 yang menjayakan birthday party Sofea. Mohon kemaafan kalau ada apa-apa yang tak kena atau terlalu cerewet ke sepanjang kami menghantar Sofea ke sana.

Thursday, May 26, 2011

Happy 29th Birthday


Happy 29th Birthday to my hubby. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
Sayang abang sangat-sangat.....

Saturday, May 21, 2011

Happy 2nd Birthday Elmira Sofea!

My Elmira Sofea sudah 2 tahun hari ini. Happy 2nd birthday anakku. Mama dah berjaya mencapai misi untuk menyusukan kamu sampai umur 2 tahun. Walaupun mama dah start campur formula masa umur kamu 1 tahun setengah. At least sekarang kamu masih menyusu dengan mama sebab mama tahu yang kamu menyusu dengan mama sekarang lebih kepada keperluan 'bonding' ibu dan anak. Bukannya keperluan nutrisi.

Sofea sekarang dah pandai bergaya.

Yey! Saya sudah 2 tahun.

Kan dah cakap. Memang suka bergaya. Ready to celebrate my birthday!

Jalan-jalan di waterfront sebelum makan-makan.

Tahun ni Sofea celebrate birthday dengan atuk Banting. Tahun lepas celebrate dengan atuk Melaka.

Kami masih dalam hari (pantang) tapi kami nak keluar jugak sebab hari ini birthday kakak Sofea.

Acara meniup lilin. Celebrate birthday dekat Rock Road Seafood Restaurant. Restoran kegemaran kami.

Potong kek dengan papa sebab birthday papa pun tak lama lagi. Sebab tu ada 3 lilin. 2 lilin Sofea maksudnya 2 tahun. 1 lilin tu papa punya. Maksudnya lagi 1 tahun nak masuk 30 an.....

Kek free yang disponsor oleh Hotel Riverside Majestic. Tak sempat nak ambil gambar, pekerja restoran ni dah potong dulu.

Sampai comot Sofea makan kek. Rugi je bawa Sofea makan seafood sebab dia tak makan pun. Dah kenyang makan kek.

Tetamu jauh yang turut meraikan

Si kecik yang lena tidur dalam pelukan mama. Tak heran orang bising-bising celebrate birthday.

Itu saja celebration Sofea tahun ni. So simple. Tapi ni baru part 1. Part 2 minggu depan. Celebrate dengan member-member kat nursery plak. Tunggu.....


Wednesday, May 18, 2011

Diana @ 1 month

Weight = 3.95kg

Diana sudah 1 bulan semalam. Bawa dia pergi jumpa paed semalam, Dr Alex untuk 2nd dose Hep B vaccine dan cek kuning. Ya, walaupun dia dah 1 bulan, masih follow up jaundice sebab dia baru je discharged dari wad 4 hari lalu buat kali ke 4. So, doktor diagnosed prolonged NNJ. Maybe betul tekaan aku selama ni, breastmilk jaundice. Semua investigaton yang dibuat normal. Sampai buat ultrasound abdomen pun normal gak. Atas nasihat doktor, dia suruh jugak aku campur susu formula supaya cepat turun. Time tu Diana punya bilirubin 16.4mg/dl. Alhamdulillah, bila aku bagi je formula esoknya bilirubin dia terus turun sampai 11.8mg/dl. Kalo tak, macam sebelum ni payah nak turun. Dari 15mg/dl turun ke 12.6mg/dl je. Itupun ambil masa sampai 2 hari duduk bawah lampu. Aku tahu breastmilk jaundice memang lama tapi tak bahaya. Tapi kalo dah sampai 4 kali admit untuk phototherapy, risau gak. Mengalah juga akhirnya. Semuanya demi yang terbaik untuk anak. Terpaksa campur formula sampai dia betul-betul sembuh. Aku bagi dia Frisolac Gold. Selamat dapat susu sample masa follow up kat GP sebelum ni. Ok Diana, lepas ni Diana minum susu mama je ye. Susu ibu kan makanan terbaik buat bayi.

Dengan nenek masa nak jumpa doktor

Selalu tersenyum sorang-sorang masa tidur

Kadang-kadang Diana dah pandai buat bunyi bunyi macam menegur.

Sofea dah boleh bermesra dengan Diana. Dia panggil Diana, "Nana". Oklah tu kan. Nama Diana pandai dia panggil. Tapi nama sendiri tak pernah sebut. Ish ish...

Itu saja milestone Diana masa 1 bulan. Baru 1 bulan kan, memang lah tak banyak benda lagi achievement dia. Hari-hari minum susu, berak, tidur, nangis dengan sengih-sengih. Tidur malam dah agak lama sikit. Semoga anak mama cepat membesar dan boleh main dengan kakak Sofea.

WW: QMN 5225

Old QMN 5225 - November 2008 until 18 May 2011



*Sangat berjasa for 2 1/2 years. Tak ada masalah dan bonet yang besar.....

New QMN 5225 - 18 May 2011



* My hubby's dream car. So now, his dream come true.

Bye bye old one and welcome new one!

Tuesday, May 17, 2011

Happy 3rd Anniversary!

Alhamdulillah. Sudah 3 tahun kami berkahwin. Pejam celik pejam celik, tak sangka dah ada 2 orang anak. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je berdua macam ni....

18 Mei 2008

Sekarang dah macam ni....

17 Mei 2011

Memandangkan aku masih dalam pantang, celebration untuk 3rd anniversary kenalah bersesuaian dengan mode berpantang. Best sebab kali ni our anniversary jatuh pada Hari Wesak, so memang cuti umum. Tak payahlah my dear hubby nak apply cuti untuk celebrate. Tapi we all dapat spend together berdua-duaan 4 jam. Tak sampai hati nak tinggalkan budak2 kenit dekat rumah lama-lama. So, kali ni we all pergi sini...

We all buat body massage bukan urut kaki.

Siap bawak minyak sendiri untuk kesan yang lebih hangat. Kata berpantang kan.....

Empunya blog yang berpuas hati sebab sampai tertidur-tidur. Heheheh. Siap buat promotion harga servis lagi....

And for lunch, we all pergi Riverside Majestic Hotel for western food. Nak pekena blackpepper steak. Tu je menu yang aku rasa sesuai untuk aku skang.

My dear hubby

My dessert

Hubby's dessert

My food. Yummy!

Hubby's food. Lagi yummy!

Itu saja celebration kali ni. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat dan hidup aman bahagia. I love u abang!


Monday, May 16, 2011

Thanks for visiting us

Short entry ni nak dekat sebulan diperap. Almaklumlah, asyik keluar masuk wad je.Takde masa nak mengupdate blog sangat. Macamlah sebelum ni rajin sangat nak mengupdate blog...Heheheh.

Actually nak ucap terima kasih kepada semua yang sudi melawat aku di wad selepas bersalin. Terima kasih juga dengan hadiah yang diberikan. Semoga kalian dimurahkan rezeki...

Gie dan Ariff datang melawat pada hari aku bersalin. Thanx for baju baby yang kiut. Boleh buat pakai untuk majlis Aqiqah nanti.

PRP merangkap my junior di SGH dan juga Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang datang visit masa aku dan Diana di admit semula sebab jaundis. Thanx ye sebab visit dan bagi hamper. Tak sangka korang datang visit. Ketua rombongan ialah my cousin, Faiz yg kerja kat Hosp Queen Elizabeth.