Thursday, April 28, 2011

Day 10


Again. Diana kena re-admit Normah Specialist sebab jaundice. Kalo dulu bilirubin = 15.9 mg/dl, berat = 3.31kg. Sekarang, bilirubin = 17.3 mg/dl, berat = 3.21 kg. Bilirubin makin naik, berat makin kurang. Risau dibuatnya.Aku kurang menyusukan Diana ke? Atau sebab Sofea masih breastfeed sebabkan Diana tak cukup susu? Tapi Sofea menyusu tak kerap pun. 3 kali sehari je. Harap-harap tandem nursing yang aku tengah usahakan tak bawa masalah untuk kedua puteri ku especially Diana. Aku target dapat nyusukan Sofea sampai umur 2 tahun. Lagi 3 minggu lebih genaplah Sofea 2 tahun. Diana pun sama. Mudah-mudahan exclussive bf sampai 6 bulan dan fully bf without fm sampai 2 tahun. Bila dugaan macam ni datang, banyaklah cadangan orang2 tua yang suruh kasi air masak lah, susu kambinglah, top up fm lah untuk merawat jaundice. Ni semua membuatkan harapan aku di uji. Ya Allah, semoga anakku Diana cepat baik dari jaundice dan permudahkanlah breastfeeding journey ku ini. Amin....

Saturday, April 23, 2011

NNJ

NNJ = Neonatal Jaundice. Like her sister, my 2nd baby was admitted today due to jaundice on day 5 of her life. Ingatkan bila kumpulan darah Diana sama dengan aku, risiko untuk jaundice kurang. Sebab one of NNJ factor ialah incompatible blood group between mother and baby. Lebih-lebih lagi she is my 2nd baby and I already have experience in breastfeeding. So, takde masalah nak breastfeed dengan kerap supaya kerap poo poo. But I was wrong. Walaupun dah ade experience, masalah block duct tak boleh nak elak. Agaknya Diana tak dapat susu yang cukup walaupun kerap menyusu (ni aku punya teori je).

Diana bawah lampu.

Kali ni phototherapy dalam bilik wad, bukan dekat nursery. Kami sama-sama di admit.

Senang sikit bilik duduk sekali. Bila-bila nak breastfeed boleh. Takdelah asyik nak menghantar express breastmilk macam dulu.

Mudah-mudahan kami boleh di discharge esok. Doktor kata maybe 1 malam phototherapy dah cukup. Doakan Diana ye..........

Wednesday, April 20, 2011

Elmira Diana

Salam semua.....

Nama puteri kedua kami telah didaftarkan semalam. Dan secara rasminya, baby kali ini bernama Elmira Diana, yang bermaksud Puteri Agama. Actually ejaan sebenar Elmira adalah Almira yang bermaksud Puteri manakala Diana daripada perkataan Diyanah yang bermaksud Agama.

Diana sejurus selepas dilahirkan. Masih belum dibersihkan lagi.

Diana dan mama

Bersedia untuk pulang

Before discharge dari wad

Diana @ home

Kaklong Sofea yang gembira dengan adik Diana (Walaupun kadang-kadang nampak jeles nya dan nak kita layan dia macam Diana gak)

First time dimandikan oleh atuk

So far Diana tak banyak kerenah. Tidur, susu, tidur berak, tidur. Alhamdulillah.....

Monday, April 18, 2011

Our 2nd edition...

Elmira ....... (belum decide lagi)

Reaksi kaklong Sofea bila tengok adiknya...

Alhamdulillah, hari ini aku telah selamat melahirkan puteri kedua pada pukul 2.32 petang di Normah Medical Specialist Center, Kuching Sarawak. Baby girl seberat 3.34 kg ini dilahirkan secara normal. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan bagi semangat....

Actually, aku bersalin awal 12 hari dari due date. Telah di admit semalam sebab leaking liquor (air ketuban bocor). Memandangkan aku tak ade contraction dan bukaan lepas 12 jam bocor, doktor terpaksa induce untuk elak jangkitan. Bersyukur sangat sebab baby selamat dilahirkan lepas 4 jam di induce. Kali ni aku dapat peluang skin to skin contact sejurus baby dilahirkan. Baby pulak di breastfeed sebelum dibersihkan dan ditimbang. Bermula sekali lagi journey exclussive breastfeeding. Semoga dipermudahkan. Ameen...

Pagi semalam, sebelum di admit aku sempat swimming untuk mempercepatkan proses bersalin. Mak cakap, kalo ko berenang pagi ni malam nanti ko beranak. Betul cakap mak. Malam tu gak aku kena admit. Tapi bersalin nya hari ni lah.... So, kepada member2 yang sedang pregnant dan ingin bersalin awal, sila rajinkan diri anda untuk swimming ye. Hehehe...

Sunday, April 17, 2011

Hari terakhir di SGH.....

Before my 90 days maternity leave. And InsyaAllah, before pindah ke Semenanjung semula. Esok aku dah bercuti untuk menunggu hari. Terima kasih semua! 2 tahun setengah yang penuh kenangan. Ada suka dan duka dan macam-macam cerita. Yang paling penting, kinek tuk kamek dah pandei klaka bahasa Sarawak. Nang sik banyak. Bolehlah sikit-sikit. Harap-harap lepas tuk masih ingat lagik. Hehehehe......

Kek yang tak seberapa. Masa last day dekat Hosp Melaka dulu buat kek sendiri. Sekarang buat kat SR je...Nampak beno pemalasnya sekarang.

Potong kek sambil cuba menunjukkan perut 38 minggu. Macam tak nampak sangat pulak. Pandai baju ni cover.

Antara member yang sudi meneman aku potong kek. Macamlah birthday. Beria-ia plak......

Ivy Chong. Thanx sebab sudi terima portfolio saya.

Laura. Penjaga waiting time yang sangat berkaliber. Thanx sebab because of you kami dapat makan KFC free lagi.

Kak Foo, penggemar sambal ayam penyet dan Kak Asma yang dah memenuhi tekak mengidam aku. Terima kasih sebab bersusah payah dapatkan buah rambutan walaupun bukan musim rambutan.

Entry ni dah macam betul-betullah aku akan pindah balik semenanjung. Padahal aku belum dapat surat pindah ye. Meeting pindah dekat Bahagian Farmasi pun belum lagi. Saja je nak confident dapat pindah. Harap-harap aku punya permohonan pindah tu diluluskan. Amin.....

Tuesday, April 5, 2011

Random Picture

Salam semua...Mood untuk update rojak je... Skang terlalu busy sebab tengah Audit di tempat kerja dan sibuk menyerahkan tugas kepada pengganti bila aku maternity leave nanti. Tinggal lagi 8 hari je aku kena kerja. 18/4 dah start maternity leave sampailah 16/7. Awal-awal aku dah apply cuti bersalin 2 minggu sebelum due date selama 90 hari. Hoorraayyy!!!

Just nak letak random picture untuk update kali ini.

Angah (adik ipar) bersama tunangnya yang datang melawat kami di Kuching 2 minggu lalu. Terima kasih sudi melawat kami. Lain kali boleh datang lagi.

Kantoi...Cik Sofea yang dah pandai nak capai itu ini kalo pegi kedai. Ni masa shopping barang yang dipesan oleh orang semenanjung kat Waterfront.

Cubaan untuk ambil gambar sefamili di waterfront. Gambar kenang-kenangan di Kuching before dapat pindah semenanjung. Tapi, susah betul Cik Sofea ni nak posing depan kamera.

See...cubaan masih gagal. Sofea tak pandang kamera pun. Sibuk nak bagi ikan makan roti. Ni gambar last Saturday tau. Aku sangatlah besar pada 36weeks pregnant.

Anak dan bapak sangatlah happy...Lain kali bole datang sini bagi ikan makan lagi.

Anak dara aku dah besar rupanya. Tak sangka dah nak jadi kaklong tak lama lagi

Memang sangat excited kalo dapat tengok orang bersenam robik. Dia pun terikut-ikut sekali. Lepas ni kalo kita dah pindah Melaka, setiap weekend mama bawak pergi Bkt Serindit kay....

Sofea sanggup taknak balik sebab sibuk kutip batu tepi jalan. Tak tahulah apa yang menarik sangat tu.....

Nak balik jugak akhirnya lepas puas dipujuk oleh Kak Ida. Aku ugut nak tinggalkan dia pun tak jalan gak. Lagi Cik Sofea ni lambai "babai babai" kat aku adelah...

Akhir sekali, gambar penutup....

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Rozy dan Wahab. Rozy orang KL dan Wahab orang Kuching. Dua dua aku punya officemate. Cuma baru2 ni Rozy dah pindah ke Hospital Bau. Semoga kekal hingga ke anak cucu ye......

p/s: Maaflah kalo gambar diupdate memang rojak habis. Fikiran sedang celaru, jadi gambar yang di upload pun ikut celaru jugak. Hehehe....