Saturday, December 18, 2010

Saturday without husband...

Memanglah bosan gila jawabnya. Kalo Sabtu je takpe, ni dah dekat seminggu actually ditinggalkan. Sepanjang weekdays haru biru bersiap nak gi kerja, nak bersiap kan Sofea untuk gi nursery, driving dalam keadaan merbahaya sebab Sofea dah tak reti duduk dalam car seat. Walaupun dan pasangkan seat belt kat car seat, pandai plak lepaskan diri. Lepas tu boleh plak dia ke seat depan, lepas tu ke belakang balik. Ke depan, ke belakang. Yang paling pening kalo last-last dia lompat ke arah aku yang tengah drive ni. Time tu jugaklah nak susu. Ish, ish ish....memang kena drive slow aje.

Sebab dah haru biru sepanjang weekdays, hari Sabtu aku hantar Sofea ke nursery dalam 2 jam. Pastu dapat aku relaxing myself dengan foot massage. Before massage tu aku dah inform yg aku ni pregnant. Bila tokei kedai tu kata boleh barulah aku proceed.

Kedai ni di suggest oleh member office. Aku memang suka sebab tempat dia ok dan reasonable price. Kalo foot massage sejam RM20. Oklah kan.....

Before urut, kena rendam kaki dulu dalam air suam campur serbuk urut daripada susu. Part ni yang best. Rasa rileks je kaki ni.

Dah puas urut, pekena Sambal eco fish kat Sugar Bun. Nyum..nyum...tapi kali ni ikan tu garing sangat. Sampai melentik ikan tu. Macam makan ikan kering lah plak....

Lepas ambil Sofea dari nursery, bawak pegi main kat playland Boulevard plak. Nak mengisi masa bosan hari Sabtu lah kan...

Sofea dah pandai main slide. Naik tangga turun tangga pun dah stable. So takdelah takut sangat kalo bawak dia main tempat macam ni.

Relax je dia gelongsor....Banyak-banyak slide kat situ, slide yang kuning pusing-pusing ni dia punya favourite. Balik-balik main slide ni. Pening aku....

Dah puas dari atas ke bawah, ni nak panjat dari bawah ke atas pulak. Ish, memacamlah Sofea ni...

Tengok, panjat ala-ala wall climbing pun dah boleh.

Dah boleh gak naik mainan yang ade spring ni sendiri. Lepas tu dia hayunlah badan sekuat hati.

Dah penat main dah. Masuk je dalam kereta Sofea terus capai susu yang kakak nursery buat tapi tak sempat minum, teguk sampai habis lepas tu alih-alih tengok dia dah tertido cam tu. Kesian.....Aku tengah drive, tak dapat nak baringkan seat tu.

Good news. Pagi ahad ni encik hubby balik. Yey yey! Aku dapat hidup normal kembali....

Friday, December 17, 2010

Sofea and Baby Alive

Semalam masa rehat tengah hari Jumaat aku pegi jalan-jalan dekat The Spring dgn geng office. Ni kira rekod lepas kawin gi shopping masa rehat Jumaat. Kalo tak, memanjang gi ikut en hubby solat Jumaat sambil tunggu sama ada dalam kereta ataupun tunggu dia dekat nursery Sofea. Masjid dengan nursery Sofea boleh jalan kaki je. Dapat peluang macam ni pun sebab en hubby gi outstation kat KL. Hehehehehe....

So, bila dah gi The Spring memang ambil peluang pergi kedai barangan bayi Poppies punya. Nak tengok lagi JJ Cole Diaper caddy. Dah lama usha tapi tak terbeli-beli. Diaper caddy ni berguna untuk letak diaper, baby wipe, lotion dan segala perkakas nak tukar diaper baby nanti. Senang untuk angkut ke mana-mana dan siap provide changing map lagi. Ada drawer untuk letak cotton bud, minyak telon dan benda-benda kecik. Pikir punya pikir, beli jugak aku akhirnya. Dahlah last stok. Elok je aku beli, ada sorang aunty tu sibuk je nak. Selamat aku dah ambil dulu.
Nilah rupa JJ Cole diaper caddy tu....

Aku ni member poppies. Bila cek point tengok-tengok dah cukup untuk redempt voucher RM50. Apa lagi, terus terfikir nak beli Sofea doll. Memang dah lama berangan nak belikan Sofea Baby Alive. Lebih-lebih lagi masa aku drive hantar dia pegi nursery pagi tu, sibuk dia menyuap biskut yang dia makan kat mulut baby dalam magazine. Kalo dapat doll yang real dia boleh suap2 kan best. Memang doll Baby Alive yang sesuai tapi mahal. Memandangkan dah voucher RM50, takdelah terasa sangat kemahalannya.
Nilah Baby Alive. Kalo bagi makan, doll ni boleh buat bunyi-bunyi nyum...nyum.. Lepas tu sendawa dan berak. Kena pulak tukar pampers doll tu. Lepas tu doll tu pun gelak-gelak happy sebab dah kenyang makan...Macam real je kan?

Bila aku suruh sayang baby, dia pun siap peluk cium lagi baby tu. Tetiba mama dia rasa jelous plak sebab sekarang bila mintak cium, Sofea kedekut nak bagi kiss dia...

Sofea tengah suap baby dia makan. Ni practice untuk jaga adik nanti. Aku tak ajar dia bagi makanan betul-betul. Takut nanti kalo baby tu dah berak, nak kena tukar pampers plak. Dahlah dia bagi spare 1 je. Kalo dah habis pakai nak kena beli lagi. Bankrap makcik macam ni....Nak beli pampers Sofea, pampers doll tu lagi.

Dah lepas bagi makan, pandai pulak cek pampers tengok ada berak ke tidak. Selamat tak ajar bagi makan betul-betul. Fuhhh......

Alamak, Sofea dah perasan yang pampers baby tu pun macam pampers dia. Boleh bukak.

Yeah, dah berjaya bukak dah!

Lepas tu puas try nak pakaikan pampers semula. Tapi kalo dah asyik melintang je pampers tu, camane nak berjaya pakaikan nak oi....

Nampak tak bedak agnesia tu? Baby tu pun nak dipakaikan bedak. Betul2 dia tiru apa yang kita buat dekat dia. Baby tu pun dah tak berpampers dah. Asyik pasang bukak pasang bukak, dah tak kuat gam pampers tu nak melekat. Kejap aje.....



Sunday, December 12, 2010

Sofea @ 18 months

Lama betul tak update development Sofea. Last sekali 6 bulan yang lalu masa dia celebrate her 1st birthday. Sekarang Sofea dah macam budak besar. Bukan baby lagi. Dah banyak akal. Macam-macam kerenah. Especially dah nak dapat adik ni. Asyiklah merengek tak tentu pasal nak perhatian.

Makan sendiri dah agak ok skang. Tapi awal-awal jelah. Last2 main je lebih. Tak boleh bawak makan luar. Sure dia tak boleh duduk diam. Nak panjat meja makan lah, main tisulah, main curah air. Memang haru betul.....Dahlah taknak duduk dalam highchair.

Kalo suruh senyum sebab nak ambil gambar dah pandai senyum. Tapi agak overlah macam ni. Sampai tak nampak biji mata dah. Penuh expression.

Suka sangat main air. Bila time mandi, selagi badan tak kecut selagi tu taknak kuar. Setakat ni tak pernah dia nak keluar sendiri. Terpaksa angkat keluar secara paksa. Lepas tu puas lah dia melalak guling-guling taknak pakai baju sebab orang kacau dia main air. Babysitter kat nursery pun cakap dia suka sangat mandi. Memang dah tahu time bila nak mandi. Kalo kat rumah, agak-agak waktu nak mandi pandai je dia bukak seluar, pampers sendiri pastu gi bilik air. Bahaya betul kalo kita tak perasan dia masuk toilet sorang-sorang.

Tak dapat mandi dalam kolam, dalam baldi pun jadilah....Asalkan dapat berendam sampai kecut.

Dah pandai main masak-masak. Bolehlah buat dia leka kejap. Selain main masak-masak, benda yang buat dia leka ialah tengok cerita Upin Ipin. Tengah menangis pun boleh berhenti.

Kalo main lego pun dah boleh cantum-cantumkan. Kalo tak sebelum ni susah nak cantum. Taram je dia.

Rajin sangat nak tolong mama dia mengemas. Orang pegang penyapu ngan penyodok, dia pun nak gak. Last-lat main rebut-rebut penyapu plak. Sampah tak gak dapat bersapu.

Kalo dari segi menyusu tu, Alhamdulillah aku masih breastfeed dia tapi sejak sebulan yang lalu tak fully breastfeed dah. Terpaksa campur dengan formula masa kat nursery. Segala stok susu beku dah rosak masa aku gi attachment kat Melaka hari tu sebab en hubby lupa nak tutup pintu freezer. Sejak pregnant ni pun, nak pam pun agak sakit gak. Tu pasal aku dah tak pam lagi. Lagi satu sebab aku campurkan formula sebab aku tak tahan geli geleman time dia menyusu. Tangan Sofea sangat aktif merayap. Sampai tak tenang nak tido sebab rasa macam kena geletek plak. Susu formula yang Sofea minum skang satu brand je plak tu. Kat Kuching ni cuma ada 2 brand je susu berasaskan soya. 1 Isomil lagi satu Nursoy. Isomil Sofea reject. Nursoy je yang dia boleh terima. Tapi nak dapatkan stok punyalah susah. Baru-baru ni dekat 2 minggu kitorang cari stok tapi 1 Kuching tak jumpa. Selamat lah semalam jumpa kat Guardian Satok terus kitorang sapu licin 4 tin yang tinggal tu. Cukuplah untuk sebulan....

Ni lah susu yang Sofea minum masa kat nursery. Kecik je (400g) lepas tu takde tin yg lebih besar lagi. Apa-apapun, Susu mamanya tetap no. 1. Tetap bersyukur walaupun tak berjaya fully breastfeed sampai 2 tahun at least berusaha untuk breastfeed sampai Sofea umur 2 tahun. Harap2 berjaya. Adik Sofea bakal lahir masa Sofea umur 1 tahun 11 bulan. Boleh ke ha?

Ermm, apa lagi development dia ye? Antaranya:
  • Dah boleh pakai kasut sendiri walaupun selalu je terbalik
  • Dah boleh terima simple instruction
  • Words yang dia tahu adalah dalam 5 patah; nak, nah, dah, nanak, mama.
    kuat memanjat.meja makan paling favourite.
    gigi dah ade 16 batang. nampak penuh dah..
    dah kurang allergik pada susu lembu. bole tolerate yogurt, vitagen, calciyum.

Oklah, tu saje yang aku ingat. Kalo ingat nanti update lagi.....