Salam Ramadhan semua. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa. Harap-harap tak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga Ramdhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. Amin......
Alhamdulillah, setakat ni berjaya bangun untuk masak sahur hari-hari. Hari-hari kena makan nasi sebab takut tak larat siang hari. Kena bangun awal tu sebab sini waktu imsak awal. Paling awal bagun kul 3.30 pagi, paling lewat 4 pagi. Lepas tu tak sempat nak tido balik sebab kul 6.30 dah nak keluar rumah sebab masuk keja kul 7.30pagi. Memang mintak masuk awal sebab nanti boleh balik kul 4 petang.
Untuk berbuka, aku hanya masak dari hari pertama hingga ketiga je. Menu untuk 3 hari;
- 1st day - Ayam masak merah, daging kicap, sayur bayam
- 2nd day - Ikan masak pindang, sambal terung, ikan masak asam
- 3rd day - Ayam masak lemak cili api, tempe ikan bilis goreng, sayur campur
Semalam aku tak masak. Hari Sabtu dan Ahad pun kena kerja gak. Weekend duty, masuk pukul 7.30pagi balik pukul 4.30petang. Sebab tu malas nak masak. Hehehe.... selamat ada voucher makan free kat Hotel Grand Margherita (dulu nama dia Holiday Inn), so encik hubby pun dengan baik hati bawak makan kat situ. Hooray!!
Conclusion nya, foods kat sini sedap dan banyak pilihan. Terlalu banyak memang tak sempat nak rasa semua pun. Harganya pun berbaloi-baloi gak. RM75 per head. Tapi kami makan free. Ada kami kesah. Hahahaha....
5 comments:
amir kesah! sbb amir x dpt.. pergh rm75.. gle mahal.. mkn pizza 3larges pn berbaloi1 cmtu.. hehe.. bestnye mkn.. sofea mkn sket je.. mkn free ke?
alamak char kuw tioe my feveret la....
x sbr nak beli ptg ni hehhe
slmt pose =)
x sangka plak ade org jeles. best ke berbuka kat miri?
kalo sini senang dpt char kuey tiow, mesti dh selalu beli.
uish sedappnyeee hehe..saya takde chance berbuka kat luar lagi thn ni sbb hubby balik lmbt. pegi param pun belom penah huhu..
rajinnye awak masak time sahur zura, kite skali masak je ptg, kira utk sahur skali, tak larat nak masak 2x
fatih, selalunya masak sahur sebab nak bawak ke berbuka sekali. lebih kurang le tu. awak masak berbuka bawak ke sahur. hehehe...
Post a Comment