Tuesday, July 27, 2010

Minor Oral Surgery (MOS)

"Wisdom teeth are usually impacted (buried) in the jaw bone due to insufficient space for its eruption. A normal extraction cannot be done to remove it; therefore a minor oral surgery is needed. The procedure is done under local anesthetic by an Oral Surgeon. Patient will be given medication pre and post treatment to minimize discomfort".

Huaaaa.....sakit sangat tau! Tapi sakit beranak of course lah lagi sakit. Baru je lepas minor oral surgery untuk buang wisdom tooth beberapa jam yang lepas. Doktor inject LA untuk kasi kebas. Potong gusi. Korek-korek gigi. Longgar-longgarkan gigi. Lepas tu cabut! Lastly, jahit balik gusi yang dah kena potong tu. Satu minggu lepastu, kena bukak balik jahitan tu.

Terpaksa buang gigi tu sebab dia tumbuh senget. 1/4 je keluar. Lagi 3/4 tersangkut taknak keluar. Gusi memang dah terbukak. Jadi tempat mengumpul makanan ler. Puas nak mencungkil makanan yang tersekat setiap kali lepas makan. Kalo tak buang gigi ni nanti boleh rosakkan gigi lain.

Gigi aku macam yang nombor 2 tu. Belah kiri bawah. Gusi dah terbukak, tapi gigi taknak keluar

Sebelum buang gigi, doktor dah terangkan cara-cara nak jaga tempat operate supaya cepat baik. Ni bolehlah dijadikan panduan untuk korang yang nak cabut gigi lepas ni.

Arahan selepas cabutan gigi

Selepas cabutan gigi, pendarahan dari soket gigi akan berlaku untuk beberapa minit. Biasanya pendarahan ini akan berhenti apabila darah membeku di dalam soket gigi. Darah beku ini mudah terganggu. Gangguan ini boleh menyebabkan pendarahan semula. Untuk mengelakkan perkara ini, Sila ambil tindakan berikut:
  1. Elakkan daripada kerap berkumur dalam masa 24 jam selepas cabutan.
  2. Jangan mengusik soket gigi dengan lidah atau jari.
  3. Selepas cabutan, makan makanan yang lembut sahaja.
  4. Jangan mengunyah makanan di sebelah gigi yang dicabut selama 3 hari.
  5. Elakkan daripada banyak bercakap atau bersenam pada hari tersebut.
  6. Elakkan minuman keras atau panas selepas cabutan.
  7. Jangan merokok selepas cabutan gigi.
  8. Jika soket gigi masih lagi berdarah, gunakan saputangan yang bersih, letakkan pada soket gigi dan gigit selama 15-30minit.
  9. Jika pendarahan tidak berhenti selepas 24 jam, sila kembali ke klinik untuk mendapat rawatan lanjutan.
  10. Sila makan ubat mengikut arahan yang diberikan.
  11. Jika rasa kesakitan selepas cabutan gigi, makanlah ubat penahan sakit yang diberikan oleh doktor gigi.
Itu sahaja tips-tips yang boleh aku kongsikan. Actually, copy paste dari kertas arahan yang doktor tu bagi je. Hehehe.... Credit to Klinik Pakar Pergigian Hospital Umum Sarawak for the info. Ni second time cabut gigi. First time tak ajar pun nak buat cammana, so ikut suka hati aku jelah.

Nampaknya 3 hari ni makan bubur je lah. Kalo bosan sangat, makan maggi. Maggi pun consider lembut jugak kan? Kena kurangkan cakap. Tak boleh lah nak bergayut kat telefon lama-lama ngan emak. Bab ni mesti hubby aku suka sebab bini dia tak boleh nak bebel. Hehhehehe..

Pipi kiri tengah bengkak. Bukan tembam tau...

Gigi yang dicabut bersama dengan cebisan gusi yang melekat. Scary tak gigi besar ni kena korek keluar? Ke geli? Hahaha...jangan marah ya sesape yang geli. Ni my moment to remember.

Ubat-ubatan. Difflam untuk kasi kebas, Ibuprofen tahan sakit, papase kurangkan bengkak, antibiotik untuk elakkan infection, gauze kena gigit untuk berhentikan darah. Eh, dah macam bagi kaunseling kat patient plak.

Doakan aku cepat ok ye. Nak makan makanan yang sedap-sedap. Disebabkan my job memang kena banyak cakap and aku plak kena elakkan bercakap banyak, doktor pun bagi sick leave 3 hari. Yayyyy!!!

1 comment:

Anonymous said...

Baru lepas buat MOS mlm semlm.. Demam woo hari ni.. Mintak kat doktor ubat air pasal tak leh makan ubat biji ( dah tua bangka dah tapi tak reti gak.. hehe) tp masalahnya ubat air tu tak berkesan la nak tahan sakit.. terpaksa la cari ubat biji.. suruh emak hancurkan(sambil dgr bebelan pasal tak reti mkn ubat)and then fuh baru lega.. sakit masih rasa tp denyut-denyut kureng la sket.. so bleh la tido.. harap pasni sakit gigi yg menghantui (hantu jenis saka..haha) selama 5-6 bulan hilang la.. heee..