Tuesday, July 27, 2010

Minor Oral Surgery (MOS)

"Wisdom teeth are usually impacted (buried) in the jaw bone due to insufficient space for its eruption. A normal extraction cannot be done to remove it; therefore a minor oral surgery is needed. The procedure is done under local anesthetic by an Oral Surgeon. Patient will be given medication pre and post treatment to minimize discomfort".

Huaaaa.....sakit sangat tau! Tapi sakit beranak of course lah lagi sakit. Baru je lepas minor oral surgery untuk buang wisdom tooth beberapa jam yang lepas. Doktor inject LA untuk kasi kebas. Potong gusi. Korek-korek gigi. Longgar-longgarkan gigi. Lepas tu cabut! Lastly, jahit balik gusi yang dah kena potong tu. Satu minggu lepastu, kena bukak balik jahitan tu.

Terpaksa buang gigi tu sebab dia tumbuh senget. 1/4 je keluar. Lagi 3/4 tersangkut taknak keluar. Gusi memang dah terbukak. Jadi tempat mengumpul makanan ler. Puas nak mencungkil makanan yang tersekat setiap kali lepas makan. Kalo tak buang gigi ni nanti boleh rosakkan gigi lain.

Gigi aku macam yang nombor 2 tu. Belah kiri bawah. Gusi dah terbukak, tapi gigi taknak keluar

Sebelum buang gigi, doktor dah terangkan cara-cara nak jaga tempat operate supaya cepat baik. Ni bolehlah dijadikan panduan untuk korang yang nak cabut gigi lepas ni.

Arahan selepas cabutan gigi

Selepas cabutan gigi, pendarahan dari soket gigi akan berlaku untuk beberapa minit. Biasanya pendarahan ini akan berhenti apabila darah membeku di dalam soket gigi. Darah beku ini mudah terganggu. Gangguan ini boleh menyebabkan pendarahan semula. Untuk mengelakkan perkara ini, Sila ambil tindakan berikut:
  1. Elakkan daripada kerap berkumur dalam masa 24 jam selepas cabutan.
  2. Jangan mengusik soket gigi dengan lidah atau jari.
  3. Selepas cabutan, makan makanan yang lembut sahaja.
  4. Jangan mengunyah makanan di sebelah gigi yang dicabut selama 3 hari.
  5. Elakkan daripada banyak bercakap atau bersenam pada hari tersebut.
  6. Elakkan minuman keras atau panas selepas cabutan.
  7. Jangan merokok selepas cabutan gigi.
  8. Jika soket gigi masih lagi berdarah, gunakan saputangan yang bersih, letakkan pada soket gigi dan gigit selama 15-30minit.
  9. Jika pendarahan tidak berhenti selepas 24 jam, sila kembali ke klinik untuk mendapat rawatan lanjutan.
  10. Sila makan ubat mengikut arahan yang diberikan.
  11. Jika rasa kesakitan selepas cabutan gigi, makanlah ubat penahan sakit yang diberikan oleh doktor gigi.
Itu sahaja tips-tips yang boleh aku kongsikan. Actually, copy paste dari kertas arahan yang doktor tu bagi je. Hehehe.... Credit to Klinik Pakar Pergigian Hospital Umum Sarawak for the info. Ni second time cabut gigi. First time tak ajar pun nak buat cammana, so ikut suka hati aku jelah.

Nampaknya 3 hari ni makan bubur je lah. Kalo bosan sangat, makan maggi. Maggi pun consider lembut jugak kan? Kena kurangkan cakap. Tak boleh lah nak bergayut kat telefon lama-lama ngan emak. Bab ni mesti hubby aku suka sebab bini dia tak boleh nak bebel. Hehhehehe..

Pipi kiri tengah bengkak. Bukan tembam tau...

Gigi yang dicabut bersama dengan cebisan gusi yang melekat. Scary tak gigi besar ni kena korek keluar? Ke geli? Hahaha...jangan marah ya sesape yang geli. Ni my moment to remember.

Ubat-ubatan. Difflam untuk kasi kebas, Ibuprofen tahan sakit, papase kurangkan bengkak, antibiotik untuk elakkan infection, gauze kena gigit untuk berhentikan darah. Eh, dah macam bagi kaunseling kat patient plak.

Doakan aku cepat ok ye. Nak makan makanan yang sedap-sedap. Disebabkan my job memang kena banyak cakap and aku plak kena elakkan bercakap banyak, doktor pun bagi sick leave 3 hari. Yayyyy!!!

Sunday, July 11, 2010

Weekend ini

Kisah jaring

Akhirnya kami berjaya pasang net kat corridor rumah ni. Walaupun rasanya pagar tu agak rapat. Safety first.

Ini budak yang suka duk main kat area ni. Especially time aku sidai baju. Dia suka betul intai orang swimming kat pool bawah tu. Aku plak gayat tengok dia buat macam tu. Kitorang duk level 8. So bahaya....

Align LeftCak!! Muka budak tak gayat tinggi.....

Kisah tupperware

Baru memborong Freezermate dari tauke tupperware di opis. Hasilnya......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Borong ikan untuk masak next week. Harap-harap tupperware baru bagi aku semangat nak masak dan makan kat rumah. Hehehehe.....

Kisah geram

Tengah hari tadi aku rasa sangat geram. Tengah bersemangat nak masak, tiba-tiba aku tak jumpa bekas untuk blender bawang. Puas cari satu rumah. Bawah sofa, dalam drawer, dalam almari, semua bilik tido, bilik air. Tak gak jumpa.

Tiba-tiba tergerak nak cari kat sini.


Huaaa......Rupa-rupanya ada budak dah sorokkan bekas blender kat dalam beg crocs ni.

Muka tak bersalah. Boleh sambung main dengan bekas ni bila aku keluarkan dari tempat sorokan. Muka innocence yang buat aku tak jadi nak marah.



Thursday, July 8, 2010

Pagi Jumaat bersama Sofea

Hari ni aku keja petang. Kul 1 baru masuk keja, kul 10 malam balik. So, malaslah nak hantar Sofea gi nursery waktu pagi. Takut hari ni dia kurang kasih sayang dari aku plak. Mama mithali. Haruslah terpikir macam tu kan. Hehehehe.... So apa aktiviti kitorang pagi ni?

Kejar-kejar

Lari...lari....mama nak pakai kan baju

Baik bawak lari baju skali. Tak dapat mama nak pakaikan baju.

Agak agak, kalo lompat masuk dalam baby cot ni lepas tak?

Hello mama..hello. Sorry, Sofea tak nak pakai baju dulu. Sofea nak jadi seksi sekali sekala. Bye! Tut..tut...tut...

Main lego

Banyak-banyak tempat, kat celah sofa ni jugak lah dia nak main lego.

Muka khusyuk gila. Fokus...fokus...

Sampai terpusing-pusing, tak jugak berjaya pasang lego je. Achievement Sofea takat ni, tahu cabut je lego-lego tu. Cantum belum reti lagi.

Potong kuku

Apa yang Sofea tengah buat ni?

Kuku kaki dah panjang. Tengah nak potong ler.....

Apa pandang-pandang. Nak Sofea tolong potongkan kuku sekali ke?

Tido


Dah penat beraktiviti. Time to sleep!!! Bagi chance kat mama mandi, masak, sidai baju, bersiap nak gi kerja.


Wednesday, July 7, 2010

MYVI Limited Edition 2010

Attention to ladies yang favorite colour warna pink. Good news for you all. Skang ni dah ada MYVI warna pink. Memang sangat pink. So bolehlah serbu showroom Perodua ye untuk tambah koleksi barangan pink kalian. Hehehehe....

Hari ni launching Myvi limited edition ni. So sesaja gi tengok. Macam-macam variant Myvi ni lah. Special edition lah, exclusive edition. Now Limited edition plak. For me, maybe lebih sesuai dipanggil Ladies Edition. Yalah, warna pink, lepas tu kat bahagian tengah tempat radio dengan bahagian armrest ada corak bunga-bunga. Dekat bahagian driver pun dah ada vanity mirror untuk kaum wanita touch up make up ke, cek tudung senget ke tak.

Walaupun nampak pink, warna myvi baru ni dipanggil Dazzling red

Ada corak bunga-bunga

New seat and carpet

Myvi Limited Edition ni sama je ngan Myvi Auto yang standard tu (Myvi EZ). Yang bezanya lagi Myvi LE ni ada dual airbags. Spoiler pun tak ada. Kalo ada mesti lagi cantik kan.

Blog owner dan Myvi LE. Nampak sesuai tak?

Skang ni macam perlu kan second car. Walaupun aku ni bukan lah peminat colour pink dan tak nampak feminin pun, agak-agaknya ok tak kalo rembat satu? (Ingat beli kereta ni macam beli ikan ke nak rembat-rembat ni Cik Azura oi....)

Monday, July 5, 2010

Buka puasa @ Kenny Rogers

Dah 1 week tak update blog. Tak ade cerita menarik. So kali ni buat entry bergambar je. Waktu kejadian adalah maghrib semalam. Berbuka puasa kat Kenny Rogers. Kalo nak masak kat rumah memang tak sempat sebab tinggal setengah jam je nak masuk waktu maghrib. Harap2 bulan puasa nanti dapat sampai rumah awal. Kalo tak, memang lintang pukang bersilat kat dapur. Maklumlah, Sarawak kan lebih cepat gelap berbanding kat KL nun. Kalo nak banding ngan Sabah lagi toksah cerita, kul 6 dah nak gelap dah.

Macaroni cheese, mashed potato and fruits. Side dish wajib bila makan kenny rogers. Ayam mesti bahagian peha.

Fuh fuh...panas plak muffin ni.

Menu Sofea takde kat Kenny Rogers ni. Diimport khas dari restoran seberang. Nampak tak logo restoran tu?

Nyum nyummm...Sedapnya. Nugget KFC!!