Monday, November 30, 2009

Raya Korban and 27th Birthday Celebration

Hari Raya Korban

Sebelum terlambat dan menjadi sangat basi, aku nak wish Selamat Hari Raya Korban. Tahun ni sambut biasa-biasa je. Tapi agak terasa seperti berhari raya sebab ada dua rumah yang kitorang beraya. First, rumah bapa angkat kepada abah aku and lagi satu rumah sedara mak aku.

Tahun ni tak nak membazir jadi cuma masak simple-simple je. Nasi impit, kuah kacang, sambal tumis udang dengan rendang ayam. Lemang beli di kedai. Last year memang membazir yang amat. Tengah mabuk2 pregnant aku boleh plak masak ketupat yang dianyam sendiri 20 biji, rendang ayam, kari daging, sambal tumis udang, kuah lodeh dan sambal goreng jawa. Perut yang nak isi ada 2 je. Last-last tong sampah lah tempatnya. Dahler rebus ketupat sampai habis gas. Jiran yang dijemput plak tak datang sebab tertidur. Kesian tul.

Inilah jiran kami yang sama-sama dari semenanjung. Kalo aku cakap dia orang Sarawak ade yang percaya ke?

Hanya sorang tetamu kami di pagi raya. Ade improvement tahun ni. Next year boleh ramai lagi datang. Sebab sorang je yang datang, sume baki lauk raya kami yang melantak. Breakfast nasi impit, lunch nasi impit, dinner pun nasi impit. Alhamdulillah, we all managed untuk habiskan.


27th Birthday Celebration

Ini cerita last week. Birthday hari Isnin so aku celebrate birthday satu hari awal. Hari Ahad tu kitorang gi The Spring untuk birthday gift. Aku request baju dan seluar sebab banyak dah tak muat. Ingatkan pasrah je takde baju so aku lebih bermotivasi untuk kuruskan badan so boleh muat balik baju lama. Tapi lama-lama rasa stress sebab badan tak kurus-kurus, baju plak takde bila nak jalan-jalan. Jadi my hubby hadiahkan 2 pasang baju Ms Read. Huwaaaaa....aku punya size ada kat Ms. Read je. Kalolah kat Kuching ni ade Jusco, mesti baju aku dekat scarlet plus je. Sedih...

Sofea pun dapat hadiah birthday 6 bulan

Lepas shopping kami ke Riverside Majestic Hotel (dulu panggil Crown Plaza Hotel) untuk check in dan dinner. Last year cuma dinner je kat sini tapi check in Holiday Inn Hotel. Jadi adelah sikit kelainan walaupun cara celebrate same je. Hahaha... Tapi ada gak lagi satu yang lain. Skarang kitorang bertiga, bukan berdua lagi.

Masuk-masuk bilik je Sofea terus menangis tak ingat punya. Maybe dia tak biasa tempat baru kot. Kitorang cube think positive.

Ini muka sedih lepas nangis.

Malam kami bertiga dinner di Majestic Cafe. Tidak ade candle light dinner. Bahaya untuk berlilin-lilin bila sudah ade baby. Ni salah satu perubahan ketara bila dah bertiga.

Sofea pun join makan

Tak cukup semangkuk bubur, makan biskut rusk plak. Ade juga aku curi-curi suapkan mashed potato kat dia.

Time kitorang makan, Sofea pun sibuk makan. Tapi tetiba tengah makan biskut, die menangis terjerit-terjerit. Kitorang confused sangat sebab dia tak pernah nangis macam tu. Terpaksa hubby aku bawak dia jalan-jalan tempat lain untuk tenangkan dia. Jadi dinner untuk birthday kali ni aku makan sorang-sorang.

Sofea pun nak potong kek

Tak sempat nak potong kek kat cafe, jadi kitorang potong-potong kek kat bilik je. Macam aku kata tadi, skang memang tak de lilin. Jadi takdelah tiup lilin. Time tu Sofea excited sangat walaupun dia tak boleh makan kek. Lepas potong kek Sofea dah nampak ngantuk so aku try nak tidokan. Tapi tiba-tiba dia nampak cam tak tenang. Meracau-racau, tergaru-garu. Pelik jugak. Tengok-tengok muka dia dah naik bintat-bintat merah. Bengkak-bengkak, telinga kembang. Kitorang rasa pelik gak. Time tu mulalah fikirkan bukan-bukan. Kena sampuk hantu ke? Alergik mashed potato ke? Sebelum ni bagi bubur campur kentang ok je. Jadi apa lagi, terus check out hotel malam tu jugak, pegi klinik dan tido dekat rumah.

Muka tak selesa masa dekat klinik. Gambar ni tak perasan Muka Sofea merah-merah.

Gambar ni baru nampak sket. Tengok, telinga dia kembanglah.....

Skang baru aku sedar. Lain gayanya bila nak celebrate birthday dah ada anak ni. Tak sama macam dulu walaupun cara kitorang nak celebrate sama je. Check in hotel petang, last-last balik rumah jugak untuk tido. Selamat le pegi hotel dekat-dekat je. Kalo sampai ke Santubong ke, Sematan ke, jauh gak. Apa-apa pun aku sangat bersyukur, dalam usia 27 tahun ni aku dah dikurniakan seorang husband yang penyayang dan anak yang comel. (Hahaha..puji anak sendiri).

Monday, November 23, 2009

Happy Birthday!


Hari ni aku dah 27 Tahun. Tentang celebration update later k. Agak busy hari ni.

Saturday, November 21, 2009

Diploma in Breastfeeding


Alhamdulillah, hari ni diisytiharkan yang aku telah mendapat diploma in breastfeeding kerana telah berjaya menyusukan Sofea tanpa susu formula selama 6 bulan. Kalo ibu-ibu yang menyusu mesti tahu tentang award ni kan. Yeah! Rasa bersyukur sangat-sangat sebab aku diberi peluang macam ni. Ada masa untuk mengepam di tempat kerja even sebenarnya puas curi2 masa. Stok ebm jugak yang masih maintain. Masih belum perlukan any galactagogue (subtances yang induce lactation) untuk dapatkan production yang banyak. So skang aku yakin, semua ibu-ibu terutama yang bekerja boleh menyusukan anak secara eksklusif jika ade ilmu sepatutnya sebelum bersalin dan yang penting, faham konsep demand and supply.

Frozen EBM. Aku memang pastikan at least ade 20 botol untuk emergency. Hari-hari memang bagi yang fresh. Thanx tu owner rumah sewa aku sebab bagi fridge besar 3 pintu.

Walaubagaimanapun, ada gak beberapa perkara yang aku sesalkan. Ni pengakuan ikhlas. First, aku tak boleh nak kira 100% Sofea dapat susu ibu sahaja sbb kecetekan ilmu aku masa awal-awal bersalin dulu Sofea ada gak minum 6-7 kali susu lembu. Masa malam aku deliver tu nurse letakkan Sofea kat nursery supaya aku boleh berehat dan tido dengan tenang. Tak rooming in. Jadi time tu susu formula lah yang mengenyangkan Sofea. Aku tak tahu yang hospital private tak macam hospital government. Hospital kerajaan memang semua ada status baby friendly, jadi memang tak boleh ada botol atau susu formula. Semua ibu kena breastfeed anak dia walaupun penat bersalin. Kalo kat private, ekskusif breastfeeding tu tak penting sangat. Cuma ada 6 private hospital je kat Malaysia ni yang baby friendly antaranya Ampang Puteri Specialist dan Hospital Pantai KL. List di sini. Aku bersalin kat Hospital Pantai Melaka ye. Memang takde dalam list. Masa anak aku tahan ward jaundice pun nurse kat situ suruh aku bagi formula supaya senang. Tak payah aku hantar ebm hari-hari ke wad. Aku gagahkan jugak walaupun pukul 4 pagi. Paed Sofea plak suruh jangan breastfeed Sofea 3 hari sebab nak diagnose breastmilk jaundice. Aku ikut gak cakap doktor. Tapi tak bagi sehari je sebab tak sampai hati tengok Sofea cari breast je and biarkan dia minum susu lembu. Sebenarnya even breastmilk jaundice pun, breastfeeding tak perlu diberhentikan. Actually breastmilk tu sendiri boleh jadi penawar. Kalo banyak menyusu banyaklah baby poo poo. Jadi bilirubin ikut kuar skali. Kuranglah kuningnya nanti. Jadi kalo anak kedua nanti walaupun bersalin dekat hospital bukan rakan bayi, kena discuss dengar doktor dan nurse yang aku nak strictly complete breastfeeding. No formula.

Aku tak dapat eksklusif breastfeed Sofea untuk 6 bulan. 4 bulan sahaja lepas tu dah bagi makan. Ikut saranan WHO, baby perlu eksklusif breastfeed selama 6 bulan kemudian diteruskan untuk 2 tahun. Link di sini. Antara kelebihan exclusive breastfeeding for 6 months ialah anak dapat khasiat susu ibu secukupnya. Jadi imune system dia lebih kuat. Kalo start solid food awal, kurang menyusu. Jadi kuranglah khasiat susu tu. Kalo baby tak breastfeeding pun sekarang disaran start bagi makan umur 6 bulan supaya digestive system tu dah bagus. Untuk ibu plak, kelebihan eksklusif breastfeeding 6 bulan ialah senang nak loss weight. Kembali ke bentuk asal sbelum pregnant. Lepas tu tak datang period sepanjang 6 bulan. Jadi boleh family planning. Aku walaupun eksklusif 4 bulan pun berat taknak turun-turun pun. Naik adelah. Tapi bab tak datang period tu memang betul. Walaupun Sofea dah start makan, demand dia pada susu tetap sama. Jadi memang tak pernah period sejak bersalin.

Sempena dah dapat diploma in breastfeeding ni, aku masih lagi bercita-cita tinggi supaya dapat degree plak (1 tahun), kemudian sambung master (1 tahun setengah) dan akhir sekali PHD (2 tahun). Doakan ye.


Friday, November 20, 2009

Donald duck


Ini skill baru Sofea. Buat suara donal druck.


Wednesday, November 18, 2009

Rock Road Seafood Restaurant

Intro memang takde kaitan ngan tajuk. 2 hari ni gi kursus orientasi yang rasanya tak patut pergi sebab dah setahun lebih kerja kat HUS. Anyway best jugak sbb dapat makan free.

Cakap pasal makan, aku ni memang suka makan. Jadi before hobi yang satu ni terpakse dikawal, kitorang pun pegilah makan seafood kat satu restoran yang mmg sedap. Dah lama teringin nak makan kat situ tapi tengok macam exclusive je jadi selalu tak jadi.

Ni bahagian bawah. Masuk-masuk kedai boleh nampak semua bahan2 segar yang belum masak termasuklah udang ikan dalam akuarium. Memang fresh.

Tempat makan yang amat selesa kat bahagian atas.

Sea cucumber soup

Prawn with satay sauce and bread. Tak nampak udang sebab dah tenggelam dalam kuah. Ni memang sedap. Rotinya lembut.

Ketam goreng yang tak sure nama penuh dia. Ni lagi sedap.

Terung with salty fish. Sedap gak.....

Muka budak marah yang tak dilayan. Mama papa dia khusyuk sangat makan.

Kesimpulannya semua makanan sedap-sedap. Siapa-siapa yang datang Kuching bolehlah makan seafood kat sini. Tapi sediakan ongkos yang banyak ok sbb agak pricey. Tapi berbaloi-baloi. Makanan sedap, tempat pun selesa.


Sunday, November 15, 2009

Malam yang mencemaskan

Malam-malam Sofea memang tido sekatil aku. Walaupun dia ade katil sendiri, agak leceh nak suruh dia tido kat situ. Kalo dia nak susu senang sket kalo tido sama. Takdelah nak jalan ke katil dia, angkat, susukan pastu letak balik dalam baby cot. Kan leceh camtu. Satu malam bukan sekali je bangun. Tapi banyak kali. Last-last baby cot tu kitorang letak kat hall.

Biasenya Sofea tido kat tengah-tengah lah. Selamat sket. Tapi kalo kena tukar posisi nyusu, sebagai isteri yang nak husband nya tido aman, terpaksa aku angkat dia letak hujung skali sebelah dinding. So far selamat. Dia bukannya pandai gerak-gerak sangat. Lagipun risiko nak jatuh tu memang takdelah sebab ada dindingkan. Tapi malam tadi memang betul2 buat aku cemas kejap. Tersedar tengah malam, tiba-tiba tengok Sofea takde sebelah aku. Seingat aku dia memang suka tido celah ketiak je. Tup tup aku terpandang dia kat celah dinding ngan katil tu. Senyap je tertiarap senget kat celah katil. Risau betul sebab takut dia lemas kat situ. Cepat-cepat angkat. Pas angkat je terus dia melalak sekuat hati macam tido dia tergangggu. Fuhhh, lega....

Pengajaran dari malam tadi, kena selitkan bantal kat celah katil kalo ya pun nak letak dia hujung sekali. Sofea dah boleh guling-guling. Tengah tido pun boleh berguling. Tapi x sangka lah sampai guling terselit celah katil pun pasrah je. Mungkin best lagi kot tido kat celah-celah ni.

Aktiviti hujung minggu

Takde yg menarik sangat pun. Cuma weekend kali ni kitorang jalan-jalan gi The Spring. Ni jelah tempat yang happening kat Kuching ni. Ade new cinema, MBO Cineplex. Itupun baru 4 5 bulan MBO ni bukak kat sini. Tapi takdelah kitorang gi tengok movie pun. Dak Sofea nak letak mana? Rindu nak tengok movie every weekend.....Ada sesape yang sudi jaga Sofea sementara kitorang gi layan movie?

Sofea dah berat. Lenguh bahu dukung dia camni.

Lepak kat Secret Recipe. Nak makan kek kali terakhir before start program diet.

Yelah tu. Mana ade program diet pun. Actually lepak secret recipe sebab dapat coffee free. Sofea pun sibuk nak minum kopi tu.

Skang time makan pun kena dukung Sofea camtu. Baru tangan free sket nak makan even Sofea masih nak try capai itu ini. Duk dalam stroller dia tak suka. Asyik nak berkepit je. Kat rumah pun sama. Asal kitorang nak makan je dia dah start nangis nak suruh dukung. Betul mak aku cakaplah. Jangan diikut sangat. Kalo awal-awal lagi asyik dukung je bila dia nangis nanti dia lama-lama dia dah terbiasa. Asal nampak kita nak makan je dia nak dukung.

Sofea pun nak join kitorang kat meja makan. Sebab malas nak dukung dia lagi, letakkan dia kat bumbo seat. Biar dia khusyuk main ngan mangkuk sudu.

Kitorang belum beli high chair lagi sebab Sofea belum pandai duduk. Buat masa ni Sofea ok je duduk dalam bumbo seat tu. Tak nangis-nangis. Korang buat camane eh kalo anak sibuk nak mintak dukung kalo time makan? Layankan je atau biarkan je?

Tuesday, November 10, 2009

Hasil hari ini

Hari ni 1st time periksa PTK. Tahu pasal exam ni pun last2 minute. Lagi 1 minggu baru gi cek nama. Tup-tup ade plak dalam list PTK. Mula-mula dapat surat kata tak layak sebab lum confirm lagi sebab borang confirm diperap oleh kerani dengan jayanya. Penat-penat je hantar before maternity leave tau.

Exam pagi tadi oklah. Goreng je sesedap rasa. Lama gak exam. 2 1/2 hours for 5 questions. Kul 12 tgh hari baru habis. Larilah jugak rutin pam hari ni. Biasenya pam pukul 9.30 pagi for morning session. Hari ni kul 12.30 tgh hari. So hasilnya agak membanggakan. Lebih bangga dari jawab exam. Hehehe.....

10 oz for 10 minutes.

Alhamdulillah, rezeki untuk Sofea masih ade. Lagi 1 minggu lebih Sofea 6 bulan. At least aku berjaya fully breastfeed for 6 months. Hopefully dapat diteruskan untuk 1 tahun dan seterusnya 2 tahun. Amiin..... Memang banyak cabaran sepanjang 4 bulan pam dekat tempat kerja. Especially aku ni agak mobile masa kerja. Kejap kat wad, kejap kat farmasi satelit, kejap kat in patient pharmacy. So asal boleh je tempat pam. Mana2 tempat yg sesuai aku pam. Bawak beg pam ke hulu ke hilir. Sampai ramai gak yang tanya aku bawak banyak duit ke dalam beg sampai gi mana-mana angkut. Hehehehe.... Aku harap sangat ade new mom lain yang join aktiviti pam mengepam ni. Baru lah bersemangat sket. Korang yang pam kat tempat kerja ade geng tak???

Saturday, November 7, 2009

Baby can swim

Baby memang naturally pandai swimming lah. Selama ni kalo bawa Sofea mandi kolam letak dia dalam pelampung. Muka serious je. Macam tak enjoy lansung. Macam pagi tadi masa mula-mula, Sofea memang nangis lepas 5 minit dalam pool. Kitorang ingat dia sejuk atau lapar so try bagi 1 botol susu dulu. Habis je minum susu rase nak try lagi. Letak sekali lagi dalam pelampung tu. Ok gak lah lepas tu. Dah bole senyum-senyum sket. Tapi memang tak seceria selalu. Try bagi makan plak. Habis semangkuk. Dah kenyang, nampak excited sket. Nampak papanya dalam pool pun Sofea dah mula terkinja-kinja macam nak masuk lagi. So ape lagi. Try masuk tanpa pelampung. Wah....terus kaki kocak-kocak macam nak berenang. Memang baby ade talent untuk swimming.

Ni swimming mase tok mak ngan maksu datang. Muka macam tak rela je duk dalam air. Eh, apsal maksu buat muka menggoda lak tu? Nak masuk majalah mangga ke?


Happy nye dapat berendam dalam air betul-betul. Baru lah best camni. Kalo duk dalam pelampung tak dapat rase air sangat.



Lepas ni nak bawak Sofea gi swimming selalulah. Mana tahu dia pun boleh merentas selat Inggeris gak nanti.

Friday, November 6, 2009

Pusing-pusing


Yeah...hari ni secara rasminye Sofea dah pusing-pusing sendiri. Depan mata kay...Before ni memang ade kot tapi tak pernah nampak dia pusing. Tetibe je dah tertiarap. Sukanya sukanya. Harap-harap bila dah terpusing ni dia cepat-cepat leh merangkak, duduk dan jalan. Heheheh....

Dan hari ni gak pertama kali aku kerja malam. Kena lah tinggalkan Sofea tido dengan papanya. Mintak-mintak dia tak meragam malam ni kay. Tido nyenyak, kalo nak susu pun bila sumbat botol dia terima je dengan redha then sambung tido. Amiiin.....

Mama jangan risau, Sofea dah pusing ni. Lepas ni Sofea merangkak plak...Tunggu!!!


Tuesday, November 3, 2009

Sofea @ 5 months

weight = 6.6kg

Macam tak perasan, kejap je Sofea dah 5 bulan. Banyak gak die dah bole buat. Tapi ade satu benda yang selalu nye baby 5 bulan dah buat tapi dia tak buat.....iaitu guling-guling. Dari terbaring dia tertiarap, dari tertiarap nak terbaring. Kalo dah terlentang tu, pasrah je terlentang, kalo org tiarap kan dia, sampai bila2 pun tengok dia camtu gak.

Sofea malas nak pusing-pusing lah mama

Kepala dia memang dah tegak dah. Kalo tiarap kan memang dia ade cuba angkat2 punggung cam nak merangkak. Ade gak bergerak buat pusingan. Mungkin Sofea nanti terus angkat punggung nak duduk kot. Tak payah tiarap2.

Air liur ni bukti yang Sofea dah bergerak masa tiarap. Buat pusingan 180 degree. Ade nampak?

Development Sofea yang lain:
  • Suka keras-keraskan kaki macam nak berdiri kalo orang tegakkan dia.
  • Suka main ngan kaki sendiri. Baru perasan ade kaki kot.
  • Mulut dah pandai cam nak bercakap. Kengkadang membebel sorang macam org mengeluh je.
  • Suka ambil benda masuk mulut.

Becok nak bercakap. Tapi butir perkataan memang tak paham. Hehehe...


Ya Toyban..Ya Toyban...



Sofea pun nak goyang-goyang kaki cam doll tu... Tapi tak pandai goyang ikut rentak betul2. Patung ni tok mak beli masa gi umrah baru2 ni.