Tuesday, August 11, 2009

Flu like illness

Hari ni dah 2 hari aku ambil MC. Mula2 hari Isnin saje ambil annual leave untuk jaga Sofea sebab dia masih batuk dan selesema since last Saturday. Taknak hantar nursery sebab takut baby lain pun berjangkit. Nampaknya skang bukan baby lain berjangkit. Mama die plak yg dah ikut berjangkit. Papanya pulak batuk je. So kitorang pakailah mask kat umah. Sangat lah rimas sebab kena tutup mulut ni. Taknak Sofea sakit lama-lama punya pasal. So far Alhamdulillah. Sofea tak demam pun. Nampaknya hari ni dia ade improvement sket. Doakan kami cepat sembuh ye.

Sofea confused tengok mama papa dia takde mulut ngan hidung.


Sofea teman mama jumpa doktor + ambil MC di staff clinic HUS. Sofea plak nak jumpa Dr. Pubalan. Kulit Sofea ada problem sikit lah. Selamat mama berjaya dapat kan referral letter untuk Sofea. Skang Sofea dah ade dermatologist sendiri. (Dia faham ke dermatogist tu ape? Hehehe..) Sofea pun nak pakai mask gak sebab skang ni banyak kes H1N1. Sarawak ni plak jerebu teruk. Haruslah ambil langkah berjaga-jaga kay.

No comments: