Sofea dah pandai jeritlah.....
Sunday, August 30, 2009
Hobi Sofea
Sofea skang suka tengok tv. Tengok tv plak macam orang tua. Macam paham je cerita ape. Banyak2 cerita, dia suka tengok cerita P Ramlee. Maybe sebab itam putih, tu colour yang dia senang nampak.. Sekali tu kitorang tukar channel lain. Pandai lak ngamuk. Bila tukar channel P Ramlee balik, baru dia senyap. Heheheh
Selain suka tengok TV, dia skang semakin becok. Makin dilayan, makin rancak plak. Sila layan video di bawah.
Saturday, August 29, 2009
Gembira tak berpanjangan
Sofea sangat happy dan agak becok hari ni. Hari ni weekend so aku plan untuk bermalas-malasan. Malas nak kuar so duk umah layan Sofea. Cuba layan video ni. Awal-awal dia sgt happy tapi tak lame pun.
Saturday, August 22, 2009
Sofea @ 3 months
Development Sofea bila 3 bulan:
- Dah pandai jerit
- Dah pandai gelak besar.
- Dah pandai pandang orang bila org datang dekat dia.
- Suka jelir2 lidah
- Suka menyembur air liur.
- Borak semakin rancak dan lama.
- Kepala tak perlu support lagi.
- Suka tengok skrin laptop atau handphone time videocall ngan skype.
- Sangat memilih puting. Taknak minum susu pakai botol lansung. Dulu masih ok lagi. Skang sangat memilih. Hanya botol Tomee Tippee yang dia ok sket.
Itu saje perkembangan Sofea yang terlintas kat fikiran skang ni. Kalo ingat lagi nanti saya update kay.
Saturday, August 15, 2009
Gemuk...
Title kali ni sangat direct. Ye kawan2, aku sudah menggemukkan diri. Semalam baru perasan selepas dapat weighing scale free hasil daripada redemption from Maybankard. Selama ni memang tak perasan sangat sebab tak ade penimbang di rumah. Penimbang kat wad plak rosak. Kalo aku naik, dia mmg bagi reading yang aku rasa selamat. Kurang 7kg daripada yang sebenar. Kalo sesapa yang kenal aku masa belajar dulu mesti tahu. Bilik aku memang ada penimbang dan setiap hari aku akan timbang. Then semangat nak berdiet tambah exercise. Memandangkan skang dah ade zon selesa iaitu bersuami dan ada anak, aku dah tak kesah diet2 lagi. Jadi, inilah hasilnya skarang. Aku put on weight 20kg sejak habis belajar. Huwaaaaa, tak sanggup tengok cermin lagi.
Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku berharap (bukan berazam...harap je) aku dapat kurangkan berat at least 4kg. Ditambah lagi aku fully breastfeed Sofea. Pray for my success ok.
Nilah jenis weighing scale yang aku dapat. Sangat suka sebab cita2 nak ada penimbang digital dah tercapai. Dapat free plak tu. Tak sia2 bershopping pakai Maybankard.
Tak perlu diexplain lagi. Gambar di atas dapat ceritakan segala-gala.Thursday, August 13, 2009
Support kepala
Tuesday, August 11, 2009
Flu like illness
Hari ni dah 2 hari aku ambil MC. Mula2 hari Isnin saje ambil annual leave untuk jaga Sofea sebab dia masih batuk dan selesema since last Saturday. Taknak hantar nursery sebab takut baby lain pun berjangkit. Nampaknya skang bukan baby lain berjangkit. Mama die plak yg dah ikut berjangkit. Papanya pulak batuk je. So kitorang pakailah mask kat umah. Sangat lah rimas sebab kena tutup mulut ni. Taknak Sofea sakit lama-lama punya pasal. So far Alhamdulillah. Sofea tak demam pun. Nampaknya hari ni dia ade improvement sket. Doakan kami cepat sembuh ye.
Sofea confused tengok mama papa dia takde mulut ngan hidung.
Sunday, August 9, 2009
Hari-hari Sofea
Tak ade tajuk yang sesuai. Selalu ambil gambar Sofea tanpa fikir cerita yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog. Mak dan abah, jom tengok gambar Sofea yang latest ni.
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD
Monday, August 3, 2009
Papa pulang lewat
Hari ni my hubby ade briefing daripada bahagian Finance yang datang dari KL. Malam plak ade dinner. So, larilah rutin harian kitorang. Normally what we do everyday ialah dalam pukul 7.10 pagi hantar Sofea ke nursery, pegi tempat keja hubby then aku plak drive kereta ke hospital. Bila balik plak aku drive ke tempat keja hubby untuk ambil dia, then ke nursery ambil Sofea, last skali balik rumah. We all cuma ada satu kereta je at this moment. So memang kena plan betul2 supaya boleh balik rumah awal. Waktu keja aku habis pukul 5 ptg and nak keluar dari hospital pulak jam. So elok2 je sampai tempat hubby yang balik pukul 5.30 tu. Kitorang skang mmg punctual bab2 balik ni. Tak ade kompromi lagi since dah ade Sofea. Dia punya nursery paling lewat pukul 6 petang. Kalo lambat kena extra charge. Segalanya duit sekarang ye......
So, apa yang Sofea buat sementara tunggu papanya? Sila lihat cerita bergambar....
Dah borak laparlah plak. Minum dulu sementara nursery belum tutup. Lepas ni Sofea temankan mama makan plak kay.
Mama drive sendiri. So, Sofea kena duduk dalam car seat a.k.a baby carrier ni. Terima kasih makngah, pak uda & maksu yang dah belikan car seat ni utk Sofea. Matching dengan baju Sofea lah. Toy ni mama gantung supaya Sofea leka. Boleh mama makan dengan tenang. Tengok, mata Sofea sampai juling-juling.
Saturday, August 1, 2009
Gambar Sofea
Subscribe to:
Comments (Atom)