Monday, July 20, 2009

We are back

Ya kawan2. Kami dah pulang. Sedihnya dah tinggalkan Melaka tercinta dan nak start keja balik. Enjoy cuti lama2 ni eventhough 44harinya adalah waktu berpantang yg menyeksakan. Tapi rasa teruja (sesuai ke ayat tu?) sebab lepas ni aku dah bertiga kat sini. Harap2 boleh handle everything especially my newborn baby sebab lepas ni mak dah tak de nak tolong itu ini.

Sofea dah pecah rekod aku. Naik flight ke Kuching umur 1 bulan lebih. Aku dulu naik flight ke Kuching gak masa umur 8 bulan.

First photo with tok mak dan tok abah.


Selamat flight agak kosong. Sofea ada tempat duduk khas. Aku bole makan dengan aman.
Emak aku ikut aku balik Kuching for few days. Itu adalah wajib sebab emak kena make sure aku kat sini ok ke tak bila dah ada baby. Nak bagi aku tips berguna. Kat mana nak tidokan Sofea, cammane nak mandikan Sofea. Susun atur barang2 Sofea. Memacam lagilah. Yang penting nursery mana aku nak hantar Sofea dengan mak aku jugak jadi orang tengah untuk bagi hints kat jiran aku supaya diorang bole jaga anak aku kalo aku ngan hubby nak gi dating.


Bila mak ikut balik, dapat jemputan dinner khas dari bos hubby


Dapat gak masakkan kitorang lauk sedap2.
*
*
*
*
Dapat gak pegi Serikin. Maaf, takde gambar. Kami sibuk shopping.
Terima kasih mak sebab dah jaga zura sebaik-baiknya masa sebelum, semasa dan selepas bersalin (mestilah semasa pun ada gak sbb mak ikut masuk labor room). Siap temankan balik Kuching lagi. Love u so much!

No comments: