Friday, July 24, 2009

First day at nursery

Hari ni saje try hantar Sofea ke nursery. Next week dah start keja. Takut kalo terus nak hantar hari tu jadi kelam kabut. So, bila dah ade trial, bole estimate pukul bape kena kuar rumah, bape banyak susu nak hantar, Sofea bole minum pakai botol ke tak (kat rumah mmg refused) and memacam lagi.

As a new mother, mmg berat hati mase 1st time nak tinggalkan dia. Lebih-lebih lagi bila Sofea cebikkan mulut dia bila aku nak pegi. Lagilah rase kesian. Dah 2 bulan ni syok berkepit ngan dia je. Tengok dia cebik macam dah nak start nangis, cepat-cepat menyusukan dia dulu. Pas dah kenyang baru aku pegi.

Sementara dia kat nursery memacam plan aku. Rasa mcm byk masa bila dia takde. Time ni lah rase mcm nak kemas rumah, buat kek, buat agar2. Dah siap pegi beli bahan buat agar2 dengan tutup kuali nak kukus kek lagi. Last2 apa pun tak jadi. Sepanjang pagi cuma sempat pegi bukak akaun tabung haji Sofea, beli barang buat agar2 dan kek, pegi beli botol simpan ebm, pam susu kat parking lot shopping complex secara manual (lenguh tangan wei), bayar bil air, pegi imigresen nak buat passport Sofea. Eh, banyak gak tu...Tapi nak buat passport kena Sofea ikut skali, so terpaksa ambil dia dari nursery awal sket tuk pegi imigresen skali lagi. Leceh duk Sarawak ni kan, kena buat passport plak.

Sampai nursery dalam kul 3. Sofea terus tersengih dan excited bila tengok aku datang. Bangga sbb dia dah kenal aku.. Pengasuh kata dia tak byk ragam. Minum susu agak kuat. 3 oz setiap 2 jam. Tak cukup 4 botol 3 oz yang aku bagi. Nampaknya aku kena keja lebih keras lagi. Kena selalu pam bila ade free time. So far aku cuma ade 15 botol 3 oz. Agak kureng. Balik Sarawak baru start kumpul stok ebm.


15 botol je. Mana cukup...

Aku dapat layanan khas dekat imigresen. Kesian agaknya tengok aku sorang2 dgn baby. Tak payah ambil nombor. Ada sorang pegawai imigresen uruskan passport Sofea dari A sampai Z. Itupun lama gak nak tunggu siap. 2 jam baru settle suma. Sofea sempat poo poo dan bocor plak tu. Aku plak tak bawak baju spare sbb tak cukup tangan nak dukung Sofea lagi, nak pegang dokumen lagi. Parking utk pelawat plak jauh gila dan panas terik. Last2 aku tukarkan diapers je. So terpaksa lah Sofea tak berseluar sampai balik umah. Selamat baju tak kena. Jadi anak dara bogel sebentar. Cam maksu dia. Hehehe....

Itulah cerita utk hari ni. Aku terasa seperti superwoman sbb dapat uruskan suma sorang2 tanpa hubby yang pegi kursus kat KL. Clap clap clap. Part agak mencabar sekali bila Sofea terjerit2 menangis dalam car seat kat seat belakang bila kereta terberhenti sbb traffic jam atau traffic light. Dia mmg sgt suka keadaan bergerak. Tak bole stay still. Harap2 pasni aku bole handle dia dlm kereta lebih baik lagi. Amin...

Thursday, July 23, 2009

Sofea @ 2 months

Sofea dah 2 bulan skang. Tapi badan macam 3 bulan lebih. Sebab ramai yang terkejut bila aku cakap dia baru 2 bulan. Sampai memula hantar nursery, diorang pun cam tak caya je. First ayat diorang masa aku hantar "Gemuknya baby ni". Bagi aku tak besar mana. Dah maknya besar...

weight = 5.1kg

Mari kita lihat development Sofea masa 2 bulan ni:

  • Dah pandai balas senyuman. Senyum memang beria-ia skang.
  • Selalu bising macam bercakap kat kita, mengadu, ajak borak. Tapi memang tak paham bahasa dia.
  • Dah kenal mana puting best. Refuse minum botol. Nak direct je. Sebelum ni tak kesah pun bagi botol. Harap2 kat nursery takde problem.
  • Kepala dah agak kuat. Walaupun still kena support lagi.
  • Sangat excited bila time bukak baju nak mandikan ataupun nak change diapers. Tapi kuat mengamuk bila nak pakai baju.
  • Suka sangat gi jalan2. Kalo duduk dalam sling atau car seat memang dia akan tido. Tapi kalo duk kat umah diam-diam, asyik nak merengek kalo orang tak tengok dia. Tak tido2 sepanjang siang. Last2 kena buat keja rumah sambil tido kan dia dalam sling. Sakit bahu woooo....
  • Tido malam agak lama skang. Bangun minum susu 1 2 kali je.

Lena sangat tido walaupun panas terik



Ni jelah mainan yang boleh buat dia leka beberapa minit. Hanya sempat masak maggi je time ni.

Monday, July 20, 2009

We are back

Ya kawan2. Kami dah pulang. Sedihnya dah tinggalkan Melaka tercinta dan nak start keja balik. Enjoy cuti lama2 ni eventhough 44harinya adalah waktu berpantang yg menyeksakan. Tapi rasa teruja (sesuai ke ayat tu?) sebab lepas ni aku dah bertiga kat sini. Harap2 boleh handle everything especially my newborn baby sebab lepas ni mak dah tak de nak tolong itu ini.

Sofea dah pecah rekod aku. Naik flight ke Kuching umur 1 bulan lebih. Aku dulu naik flight ke Kuching gak masa umur 8 bulan.

First photo with tok mak dan tok abah.


Selamat flight agak kosong. Sofea ada tempat duduk khas. Aku bole makan dengan aman.
Emak aku ikut aku balik Kuching for few days. Itu adalah wajib sebab emak kena make sure aku kat sini ok ke tak bila dah ada baby. Nak bagi aku tips berguna. Kat mana nak tidokan Sofea, cammane nak mandikan Sofea. Susun atur barang2 Sofea. Memacam lagilah. Yang penting nursery mana aku nak hantar Sofea dengan mak aku jugak jadi orang tengah untuk bagi hints kat jiran aku supaya diorang bole jaga anak aku kalo aku ngan hubby nak gi dating.


Bila mak ikut balik, dapat jemputan dinner khas dari bos hubby


Dapat gak masakkan kitorang lauk sedap2.
*
*
*
*
Dapat gak pegi Serikin. Maaf, takde gambar. Kami sibuk shopping.
Terima kasih mak sebab dah jaga zura sebaik-baiknya masa sebelum, semasa dan selepas bersalin (mestilah semasa pun ada gak sbb mak ikut masuk labor room). Siap temankan balik Kuching lagi. Love u so much!

Friday, July 10, 2009

Majlis Potong Jambul

Alhamdulillah, majlis potong jambul untuk Sofea selamat dilaksanakan di rumah keluarga mertua di Banting pada Sabtu lepas. Walaupun hubby dekat Kuching dan baru je balik 1 week before majlis tu, dia gagahkan juga untuk balik sekali lagi. Macam dekat je Kuching - KL eh. Tiap2 minggu balik.

Actually majlis ni agak mengejut. Tak plan pun nak buat dlm masa terdekat ni. Ingatkan nak sekalikan dengan majlis aqiqah pada Hari Raya nanti. Memandangkan atuk neneknya di Banting dah sgt rindukan cucu, dia terus buatkan majlis potong jambul ni supaya leh kumpulkan sedara mara sekali. Aku dan Sofea plak dah nak balik Kuching next week. Ni jelah masanya.

Kat Banting hanya majlis potong jambul. Bila balik Melaka baru cukur rambut. Oleh kerana aku mmg kurang berani bermain dengan pisau cukur, emak aku yg cukurkan rambut Sofea. Inilah hasilnya....

2 in 1. Sambil bercukur sambil menyusu

Saya sudah botak. Comel tak saya?