Friday, April 19, 2013

Nana 2nd Birthday

Nana dah 2 tahun pada 18 April yg lalu. Maksudnya dah 1 tahun aku berjaya survive jaga anak2 tanpa bantuan maid sebab maid lari masa birthday Nana 1 tahun. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Sekarang dah jadi ibu beranak 3 pun. Sempena birthday Nana, kitorang raikan 2 kali. Sekali dekat Banting 3 hari before birthday, sekali lagi dekat taska Nana.


Budak 2 tahun yang sangat cheeky skarang.


Kek birthday nana yang sedap dari Secret Recipe. Kek coklat cheese. Ade plak typo error kat kek tu. Ish ish..


Birthday girl malu-malu nak tiup lilin.


Sedara mara Banting yang hadir.


Haa.. Cantik tak kek ni? Homemade chocolate moist cake by me. Buat sendiri kek seberat 2kg untuk penjimatan lebih. Untuk kawan-kawan Nana dekat taska. Hehe..


Ni je satu-satunya gambar Birthday Nana dekat taska. Tertinggal hp kat rumah. Gambar hasil ikhsan teacher Nana.

Akhir kata, semoga Nana jadi anak dan kakak yang baik dan solehah. Jangan nakal-nakal sangat ye. Walaupun standard lah nakal budak 2 tahun. Kalo tak takkan ada istilah trouble 2. Kesian jugak baru 2 tahun dah dapat adik lagi. Tapi apa-apa pun mama sayang Nana sangat-sangat.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Tuanku Antah,Seremban,Malaysia

No comments: