Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Sambutan Hari Lahir Emak & adik

Untungnya kalau birthday ahli keluarga ni dekat-dekat kan. Boleh buat sambutan combo. Macam emak dan adik perempuan aku ni. Birthday adik pada 31 Mac, birthday mak pula 1 April. Sebelah-sebelah je. Tak lupa juga the one and only brother pada 4 April semalam. Tapi celebration ni adik laki aku tak balik Melaka so tak dapat lah nak celebrate. Next timelah ye..

 Macam biasa, tempat celebrate tahunan dekat Restoran The Windmill, Bukit Beruang. Murah, in door dan ber'aircond'. Sesuai untuk aku yang ade anak kecik. 

 Semestinya makanan western dan jus gelas besar pilihan kami.

 Nana berselera dengan mushroom soup. Dekat 2 mangkuk Nana makan.

 Birthday girl aka emak dengan chicken and fish. Favourite food emak tiap kali datang The Windmill.

 Ween, my adik bongsu pun sama je selera dengan emak. Anak emaklah katakan...

Si kecik Alyaa yang belum boleh makan. Jadi tido ajelah...Hehehe.

 Last but not least, inilah birthday girls! Happy 58th birthday emak & Happy 29th birthday Ani... Eh, rupa dua-dua birthday girls ni tak sepadan usia lah.. Nampak lebih muda. Walaupun hakikatnya umur emak double daripada umur Ani. Stay young emak. Stay cute ani...

Monday, February 6, 2012

Coconut shake Batu Berendam

Korang semua suka minum coconut shake tak? Coconut shake ni popular kat Melaka. Especially yang dekat Klebang tu. Tapi aku lebih suka minum yang dekat Batu Berendam sebab dekat dengan rumah. Rasa dia pun lebih sedap.

Harga coconut shake dekat sini. Aku suka minum special sebab ada aiskrim.

Ni rupa gerai dia. Nampak tak beratur panjang tu? Awal-awal kedai ni bukak dulu tak sebesar ini dan tak kena beratur pun. First time aku pergi kena beratur. Populariti tempat ni dah nak setanding yang kat Klebang ke?


Kelapa sangat banyak. So, tak habis punya lah.

Blender yang nak buat shake pun banyak. So, tak perlu risau kalau nampak barisan panjang. Gerenti tak tunggu lama.

Yang special pakai aiskrim vanila wall's tu.

Nak tambah air kelapa pun boleh. Free je. Tapi tu untuk yang minum kat sini je lah.

Kuih goreng-goreng pun ada. Memang sesuai betul minum ngan coconut shake.

Kalau taknak beratur panjang, korang minum kat sini. Order je...

Pelanggan yang berpuas hati. Aku dan Sofea yang comot sebab sedap sangat makan pisang goreng.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 26, 2011

Birthday celebration

Tahun ni celebrate awal. 19hb instead of 23hb. Time tu je semua adik beradik aku ada. Tapi 23hb pun celebrate lagi. Kali ni mak yang masak sempena birthday aku dan menyambut ulang tahun abah bekerja yang 30 tahun. Ya, genap 1 tahun abah kerja aku pun dilahirkan. So setiap tahun jugaklah kami celebrate sama-sama. Thanx kepada semua yang wish, abang yg bagi surprise sejambak bunga dan belanja makan ikan bakar, mak yang masak nasi carrot daging beriani, abah yang belanja makan ayamas, ani yang bagi buku masak Jamie Oliver, azmir yang belanja kek Baskin Robin dan Ween yang bagi shower gel Bodyshop. Love you all!


Celebrate dekat restoran Windmill. Jadi makan western food. Chicken and lamb. Nyum nyum...


Sofea dan Diana memang excited tengok kek.


Konpius, siapa punya birthday ni?


Wajib! Suap-suap kek.


Abah ngan mak. Memang pakat pakai hitam ke?


Ween dan Ani. Macam sebaya korang ni eh.


Hubby dan azmir.


Ni masa celebrate kat rumah mak pada 23hb tu. Macam-macam mak masak.


Nasi carrot. Sedap. Sofea pun suka.

Gambar masa kat rumah tak banyak sebab busy makan.

Tahun ni last umur aku berpangkalkan 2. Next year dah masuk 30-an. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam belum matang dalam banyak perkara. Azam aku adalah untuk mematangkan diri supaya sesuai dengan usia. Takkan nak berperangai budak-budak lagi. Muka budak takpe. Tu namanya awet muda. Hehehe...

Tuesday, January 25, 2011

Lega sudah....

Sebab servis yang aku in-charge kat tempat kerja dah selamat dirasmikan semalam dan hari ini dah ada promosi kat semua paper. At least public dah tahu (bagi sapa yang baca paper hari ni ler). So aku harap lepas ni kalo aku duk promote kat kaunter farmasi, at least diorang tahu. Lagi bagus kalo diorang datang sendiri ke kaunter farmasi and request that servis. Senang sket kerja. Eh, lupa nak mention servis apa. Ni servis Ubat Melalui Pos 1Malaysia. Sekarang mana-mana patient yang ada sakit kronik and on long term medication boleh dapat balance ubat melalui pos. Tak perlu datang farmasi nak ambil ubat every month. Mudah kan? Yang susah nya aku sebab nak kena pos ubat diorang. Hehehehe....

Majlis Pelancaran UMP 1Malaysia peringkat Hospital Umum Sarawak

Lega jugak sebab parents aku dah sampai Kuching semalam. Diorang duduk temankan aku kat sini sampai hari Khamis. Oklah tu. En hubby pergi kursus kat KL dari semalam gak sampai Ahad ni. Tak ke lama tu. Seminggu tu. At least separuh minggu aku ada peneman. Kalo tak memang kelam kabut duduk berdua ngan Sofea. Dahler hari-hari kerja. Bila parents ada ni, boleh lah beri alasan nak cuti rehat....Berehat-rehat di rumah dengan mak, abah dan Sofea. Best gila selepas 2 minggu aku yg sangat hectic. Banyak kerja, Sofea sakit, aku sakit mata seminggu dan en hubby pun join sakit mata. Minggu ni pun hectic jugak tapi buat bodoh mcm takde kerja kat opis. Hehehehe...

Sofea bukan main excited lagi atuk mak ngan atuk abah dia datang. First time dia behave masa makan. Nak pulak duduk dalam high chair. Ni masa dinner semalam dekat Rock Road Seafood Restaurant.

Emak tersimpul malu depan kamera.

Sofea ngan abah tengah khusyuk menjamu selera. Pandai Sofea makan sendiri.

Butter prawn yang dah tinggal separuh. Sedap sangat, dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. Pinggan yang kat belakang tu ketam nipah masak satay sauce. So yummy!!

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Buffet @ Grand Margherita Hotel

Salam Ramadhan semua. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa. Harap-harap tak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga Ramdhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. Amin......

Alhamdulillah, setakat ni berjaya bangun untuk masak sahur hari-hari. Hari-hari kena makan nasi sebab takut tak larat siang hari. Kena bangun awal tu sebab sini waktu imsak awal. Paling awal bagun kul 3.30 pagi, paling lewat 4 pagi. Lepas tu tak sempat nak tido balik sebab kul 6.30 dah nak keluar rumah sebab masuk keja kul 7.30pagi. Memang mintak masuk awal sebab nanti boleh balik kul 4 petang.

Untuk berbuka, aku hanya masak dari hari pertama hingga ketiga je. Menu untuk 3 hari;
  • 1st day - Ayam masak merah, daging kicap, sayur bayam
  • 2nd day - Ikan masak pindang, sambal terung, ikan masak asam
  • 3rd day - Ayam masak lemak cili api, tempe ikan bilis goreng, sayur campur
Menu 1st day. Masih semangat berkobar-kobar, sebab tu snap gambar

Semalam aku tak masak. Hari Sabtu dan Ahad pun kena kerja gak. Weekend duty, masuk pukul 7.30pagi balik pukul 4.30petang. Sebab tu malas nak masak. Hehehe.... selamat ada voucher makan free kat Hotel Grand Margherita (dulu nama dia Holiday Inn), so encik hubby pun dengan baik hati bawak makan kat situ. Hooray!!

Kat sini ada stall Penang Hawker. Semua masakan penang yang glemer ada. Tu yang aku suka sebab dah lama tak makan masakan penang yang sedap-sedap.

Seat kitorang tepi kolam. Best gak sebab berangin dan view pun cantik. Romantik gitu.

Khusyuk sangat makan sampai tak toleh kanan kiri.

Budak kenit ni pun sama. Asyik sangat makan sampai tak kesah bib senget-senget.

Awal-awal makan muffin ni behave je. Last-last semua isi perut muffin ni berterabur atas lantai. Memang budak bertuah.......

Bab nak minum pakai gelas kaca ni yang haru. Taknak kitorang pegangkan. Nak pegang sendiri je. Selamat minum air baik aje. Tapi seram gak tengok cara dia pegang gelas. Berdoa jelah gelas tu tak jatuh.

Sofea pun ikut gi surau gak. Bagus budak ni. Tak kacau orang lain sembahyang. Mama je dia kacau. Kat mana kita sujud, kat situ ler dia nak diri.

Conclusion nya, foods kat sini sedap dan banyak pilihan. Terlalu banyak memang tak sempat nak rasa semua pun. Harganya pun berbaloi-baloi gak. RM75 per head. Tapi kami makan free. Ada kami kesah. Hahahaha....

Monday, July 5, 2010

Buka puasa @ Kenny Rogers

Dah 1 week tak update blog. Tak ade cerita menarik. So kali ni buat entry bergambar je. Waktu kejadian adalah maghrib semalam. Berbuka puasa kat Kenny Rogers. Kalo nak masak kat rumah memang tak sempat sebab tinggal setengah jam je nak masuk waktu maghrib. Harap2 bulan puasa nanti dapat sampai rumah awal. Kalo tak, memang lintang pukang bersilat kat dapur. Maklumlah, Sarawak kan lebih cepat gelap berbanding kat KL nun. Kalo nak banding ngan Sabah lagi toksah cerita, kul 6 dah nak gelap dah.

Macaroni cheese, mashed potato and fruits. Side dish wajib bila makan kenny rogers. Ayam mesti bahagian peha.

Fuh fuh...panas plak muffin ni.

Menu Sofea takde kat Kenny Rogers ni. Diimport khas dari restoran seberang. Nampak tak logo restoran tu?

Nyum nyummm...Sedapnya. Nugget KFC!!


Sunday, June 6, 2010

Menu sarapan wajib di Kuching

Menu sarapan ni bukanlah wajib untuk semua orang seantero Kuching ya. Tapi wajiblah bagi kami berdua kat sini. At least mesti nak makan seminggu sekali. Nilah makanan yang kitorang enjoy sementara duk sini. Kalo dah balik semenanjung, mesti teringat-ingat punya.

Rojak Kucei

Pekerja-pekerja dia semuanya lelaki. Servis cepat kalo tak ramai orang, tapi kalo ramai sangat tu, memang azab jugaklah menunggu

Ayam goreng dah kuah rojak yang sedap

Apa yang special rojak kucei ni? Mestilah rojak dia kan. Actually rojak dia simple je. Tahu, taugeh, timun, kuih rojak yang ade campur kanjang panjang, bawang dan mcm2 lagi (x sure ape), ayam goreng yang agak besar dan kuah kacang. Simple je kan? Takdelah serabut mcm rojak mamak kat semenanjung, siap ade kentang, sengkuang, lada, sotong kembang memacam lagilah. Harga sepinggan RM5. Memula cam tak boleh terima je rojak yang sesimple ni tapi sepinggan RM5. Tapi lama-lama addicted plak sebab ayam goreng dia sedap dan panas2 lagi, dengan kuih dia pun best bersama kuah kacang yang nang nyaman (memang sedap).

Selain rojak, kedai ni ada gak jual mi kari. Nasi beriyani pun ada tapi hari Sabtu je. Mi Kari dia aku tak pernah makan lagi sebab setiap kali order je mesti kata belum ada lagi. Maybe mi kari dijual lewat sket kot sebab selalunya aku makan kat kedai ni awal pagi before gi keja.

Kalo datang kedai ni, mesti minum teh ais. Teh ais dia sedap dan pekat sampai tak terorder air lain. Tapi bukan orang rojak kucei ni yang buat eh. Minuman tauke dia lain lak. Setiap kali kitorang sampai, tak sempat nak order air lagi, teh ais 2 gelas dah sampai. Muka kitorang muka teh ais kot. Servis punya cepat sampai kitorang terpaksa cepat2 pegi jumpa tauke tu mintak teh tarik plak kalo time batuk selesema
.


Laksa Sarawak


Sape-sape yang duk Kuching, korang tau tak tempat laksa ni? Biasa makan kat sini tak? Aku dah lama dengar pasal laksa kat sini sedap tapi baru-baru ni (dalam 2 bulan ni) digerakkan hati nak cuba makan kat sini. Bagi aku memang sedap lah. Kalo tak, takkan jadi menu sarapan wajib setiap minggu. Sebelum ni memang macam tak suka dengan laksa sarawak. Alasan dia sebab kuah dia macam rasa rempah orang bersalin. Tapi bila makan laksa kat
t-not laksa ni, rasa macam jatuh chenta plak! Tapi apa-apa pun, laksa Johor is the best. The best is Laksa Johor. (Dah macam slogan SMAPK dah)

Laksa saiz besar. Semangkuk RM4.

Laksa saiz biasa. Semangkuk RM3.

Basically, laksa sarawak ni adalah bihun bersama kuah santan yang berempah bersama dengan isi ayam, udang, telur dadar dan taugeh. Untuk penyedap lagi, air perahan limau dan sambal. Paste laksa sarawak ni memang dah sedia ada dijual so senang je nak buat sebenarnya. First time makan laksa yang tak rasa kuah ikan. Selalunya kalo makan apa-apa jenis laksa mesti ada ikan. Laksa sarawak satu-satunya laksa yang tak perlu isi ikan dan pakai bihun. Mudah dan nang nyaman...... Kalo makan memang boleh hirup satu mangkuk. Tapi bila pikirkan nasib salur-salur darah kat jantung ni, terus ter 'stop'. Scarry gak duk hirup kuah santan je.

Mee Kolok

Mee kolok juga dikenali sebagai mee sapi

Rasanya bukan orang yang duduk Kuching je, orang yang pernah datang melawat Kuching pun tau kot tentang kelazatan dan keenakkan mee kolok Hj Salleh. (Puji tak ingat..) Kedai dia terletak dekat area Satok. Alah.... area pasar minggu tu. Kalo tengok rupa mee dia, so so aje. Nampak macam tak de benda sangat. Tapi harga agak mahal jugak. Rasa macam tak berpadanan. Duk complaint mahal, tapi pegi jugak makan.

Sempoi je kan. Mee, taugeh, daging seciput, cili dan sup. Sepinggan kecik ni Rm4.50, kalo mintak mee lebih RM6.

Makan mee kolok ni rasa macam maggi pun ada. Dia punya texture mee tu macam lebih kurang. Tapi rasa dia of course lah lebih sedap. Apa agaknya rahsia Mee kolok Hj Salleh ni ek? Nampak simple tapi sedap. Banyak ajinomoto kah? Wallahualam....

Pada pemerhatian aku, ramai-ramai sedara aku yang datang Kuching ni, golongan muda belia memang suka mee kolok ni tapi golongan senior memang tak berapa gemar. Apa-apa pun, kedai ni memang antara kedai wajib lawat untuk sesape yang datang melawat aku kat Kuching ni. Bukan senang nak jumpa mee kolok kat semenanjung. Ataupun senang cakap, memang aku tak pernah jumpa pun.

So, apa lagi. Kepada semua sedara mara atau pun kawan-kawanku sekalian, jomlah datang Kuching. Kita rasa makanan Sarawak. Nyaman..............

Wednesday, November 18, 2009

Rock Road Seafood Restaurant

Intro memang takde kaitan ngan tajuk. 2 hari ni gi kursus orientasi yang rasanya tak patut pergi sebab dah setahun lebih kerja kat HUS. Anyway best jugak sbb dapat makan free.

Cakap pasal makan, aku ni memang suka makan. Jadi before hobi yang satu ni terpakse dikawal, kitorang pun pegilah makan seafood kat satu restoran yang mmg sedap. Dah lama teringin nak makan kat situ tapi tengok macam exclusive je jadi selalu tak jadi.

Ni bahagian bawah. Masuk-masuk kedai boleh nampak semua bahan2 segar yang belum masak termasuklah udang ikan dalam akuarium. Memang fresh.

Tempat makan yang amat selesa kat bahagian atas.

Sea cucumber soup

Prawn with satay sauce and bread. Tak nampak udang sebab dah tenggelam dalam kuah. Ni memang sedap. Rotinya lembut.

Ketam goreng yang tak sure nama penuh dia. Ni lagi sedap.

Terung with salty fish. Sedap gak.....

Muka budak marah yang tak dilayan. Mama papa dia khusyuk sangat makan.

Kesimpulannya semua makanan sedap-sedap. Siapa-siapa yang datang Kuching bolehlah makan seafood kat sini. Tapi sediakan ongkos yang banyak ok sbb agak pricey. Tapi berbaloi-baloi. Makanan sedap, tempat pun selesa.