Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Sambutan Hari Lahir Emak & adik

Untungnya kalau birthday ahli keluarga ni dekat-dekat kan. Boleh buat sambutan combo. Macam emak dan adik perempuan aku ni. Birthday adik pada 31 Mac, birthday mak pula 1 April. Sebelah-sebelah je. Tak lupa juga the one and only brother pada 4 April semalam. Tapi celebration ni adik laki aku tak balik Melaka so tak dapat lah nak celebrate. Next timelah ye..

 Macam biasa, tempat celebrate tahunan dekat Restoran The Windmill, Bukit Beruang. Murah, in door dan ber'aircond'. Sesuai untuk aku yang ade anak kecik. 

 Semestinya makanan western dan jus gelas besar pilihan kami.

 Nana berselera dengan mushroom soup. Dekat 2 mangkuk Nana makan.

 Birthday girl aka emak dengan chicken and fish. Favourite food emak tiap kali datang The Windmill.

 Ween, my adik bongsu pun sama je selera dengan emak. Anak emaklah katakan...

Si kecik Alyaa yang belum boleh makan. Jadi tido ajelah...Hehehe.

 Last but not least, inilah birthday girls! Happy 58th birthday emak & Happy 29th birthday Ani... Eh, rupa dua-dua birthday girls ni tak sepadan usia lah.. Nampak lebih muda. Walaupun hakikatnya umur emak double daripada umur Ani. Stay young emak. Stay cute ani...

Wednesday, March 28, 2012

Sepetang after weekend duty

17 & 18 Mac, aku kena kerja weekend di Farmasi Bekalan Wad. Kesian anak-anak sebab kena duduk rumah bila mama kerja. So habis je kerja pukul 5 petang, encik hubby dah siapkan anak-anak untuk pegi jalan-jalan.


Ni kat atas bukit St Paul. Sekali-sekala, terasa nak jadi macam pelancong.



Sofea takut pulak bila suruh posing atas meriam.



First time Nana naik mainan goyang-goyang macam ni..



Sofea pun mesti nak naik gak.



Kebetulan ada plak Pameran Dinasour kat Dataran Pahlawan. Sofea ngan Nana takut tengok dinasour. Even aku pun tak berani nak bergambar sebelah. Tak berbaloi!

Wedding Pakcik Bongsu Saya

Wedding berlansung pada 11 Mac 2012 di Shah Alam. Yang kahwin ni pakcik bongsu daripada 17 adik beradik emak saya.



My family dengan pengantin




Ni adik beradik perempuan emak saya termasuk biras. Dah macam kumpulan nasyid sebab pakaian seragam.




Adik-beradik aku pun boria jugak.




Warna dewan hari tu penuh dengan warna biru. Gambar kat atas gambar adik dan cousin2. Semua orang sangat sporting sebab pakai sedondon.




Nana pun biru gak. Susah nak cari dress baby girl warna biru.




Cakk!! Nana dah bosan dah...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 5, 2012

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Aku ni bukan orang KL, so sekali sekala jalan-jalan dekat KL ni seronok gak. Nak tinggal dekat KL ni memang tak sanggup sebab jem je memanjang. Tapi setakat jalan-jalan weekend tu ok lah. Lagipun Melaka KL dekat je. 1 jam setengah drive dah sampai...

So Ahad haritu kul 7.30 pagi lagi dah bertolak ke KL. Semangat gila. Selalunya nak gi kerja pun tak seawal tu. Keluar awal sebab nak gi Zoo Negara. Alang-alang majlis kenduri kahwin kawan dekat Tmn Melawati. Memang dekatlah dengan zoo.




Naik tram aje sebab malas nak jalan.




Actually nak ambil gambar harimau, tapi menyoroklah plak time capture ni




Nana senyum simpul. Cute!




Aku plak yang jadi macam bibik haritu sebab Diana taknak duduk dalam stroller. Cool jugak nampak aku kendong Diana camtu. Hehehehhe.




Sofea yang tiba-tiba posing time aku tengah ambil gambar show tu.




Memang Diana betul2 taknak duduk dalam stroller. Kena pikul kat bahu lagi syok...




Kakak Sofea plak yang duduk. Dah letih kaki lah tu...

Lepas jalan-jalan kat Zoo Negara, kitorang singgah UIA Gombak jap. Bukan nak imbau nostalgia (tu memang dah selalu sangat) tapi aku nak tukar baju kurung. Tak senonoh plak gi kenduri pakai jeans.




Dengan geng-geng uni dulu. Sorry gambar tak clear. Aku pakai camera cap 'Iphone' je. Nak tengok gambar yang lebih celar, sila click kat gambar tu.




Lepas majlis, zasssss......Terus kitorang gi KLCC lepak-lepak minum kopi. Buy 1 free 1. Oklah kan...




 Hasil pujukan Sofea dekat Toys R us KLCC. Lembut betul nada suara dia "Mamaaaa....Fea nak main masak-masak boleh? Nak main masak-masaklaaaaa..." Terus belikan sampai tertinggal Debit Card Maybank kat cashier counter. Bila balik Melaka baru terperasan. Tak dapat keluarkan duitlah buat masa ni. Aduisshhh...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 14, 2011

Happy Anniversary mak & abah

Semalam ulangtahun perkahwinan emak dan abah. Seperti biasa, kitorang celebrate dekat restoran Windmill Station. Abah suka sangat double sirloin steak dia dan mak teringin nak makan chicken and beef steak. Untuk langkah jimat cermat memandangkan harga western food agak boombastic, mak buat sendiri kek ulangtahun. Cayalah mak! Emak memang idola aku bab jimat cermat ni. Rasa kek homemade ni lebih sedap dan ada sentimental value tersendiri tau...


Inilah rupa kek coklat home made.


Dan 32 tahun usia perkahwinan mak abah. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...


Macam biasa, bab tiup lilin kena serah dekat Sofea. Hehe...


Tak lupa jugak, adik bongsu saya yang akan menyambut ulangtahun kelahiran 19 haribulan nanti. Celebrate birthday dia siap-siap semalam. Happy becoming BIrthday Ween!

Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 24, 2011

Selamat Pengantin Baru Daus & Nur

Ini kisah pengantin yang dah tak berapa baru jugak. Nikah raya keempat. Majlis rumah lelaki serentak dengan majlis adik ipar aku. Hari yang sama. So, hubby jadi orang kuat rumah mak dia, aku jadi orang kuat rumah makcik aku. Eh, lupa nak bagitau yang Daus ni sepupu. Rumah selang 2 rumah je ngan rumah aku. Jadi rumah aku ni jadi dapur untuk masak lauk kenduri.


Belakang rumah-tempat masak.


Tepi rumah - tempat ready makanan vip.


Depan rumah - tempat letak makanan dah siap. Bos dia yang baju kuning belang2, Hj Modad. Caterer ni sama macam time aku kahwin dulu. Sedap!


Khemah utama untuk pengantin makan beradab.


Paluan kompang dari yang kecik sampai yg besar.


Diana excited dengar bunyi kompang.


Sofea berkompang pakai tangan je.


Pelamin yang cantik


Bergambar dengan sebahagian adik beradik emak


Malam gi tengok pengantin bukak hadiah. Hadiah dari aku yg tak bersampul tu. Sempoi je.


Lampu tidur dari Sarawak je..hopefully suka lah ek.

Tuesday, October 18, 2011

Wordless wednesday: Selamat pengantin Baru Angah

Tak baru sangat. Nikah 9.9.2011. Angah ni adik ipar.




















Nak menyelit gak gambar pengantin lama yg nampak sentiasa baru. Hehe...

- Posted using BlogPress from my iPhone