Always and forever … that’s how long I’ll love you. Happy Anniversary, Darling!
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Thursday, May 17, 2012
Wednesday, April 4, 2012
I need to learn CPR
Peristiwa 12 tengah hari isemalam semasa di bank bersama emak dan adik. Seorang lelaki tiba-tiba rebah semasa menunggu giliran. Isterinya sangat panik kerana suaminya tidak pernah mempunyai apa-apa penyakit. Semua orang di bank mendapatkan lelaki tu. Muka lelaki itu sudah kebiruan. Aku dan mak yakin yang lelaki itu kena serangan jantung. Orang lain panik tidak tahu nak buat apa. Pegawai bank terus menghubungi ambulans. Emak membuat keputusan untuk memberi bantuan dengan melakukan CPR. Terasa jantung sudah berhenti berdegup. Aku disuruh oleh emak untuk turut memberi bantuan pernafasan. Setelah beberapa usaha, terasa jantung kembali berdegup. Namun ambulans tidak sampai-sampai. Emak meneruskan CPR selama hampir 20 minit sehingga ambulan sampai. Pihak ambulans meneruskan usaha dengan bantuan emak. Akhirnya lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Dan kami, meneruskan perancangan yang tergendala.
Setelah beberapa jam peristiwa tengah hari, aku masih teringat-ingat tentang lelaki yang rebah itu. Lantas aku membuat panggilan ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka. Aku diberitahu yang lelaki itu tidak berjaya diselamatkan dan sudah berada di rumah mayat. Innalillahiwainnahirrajiun...Tetapi aku tidak pasti adakah lelaki itu sudah meninggal dunia sejak di bank? Tidak lama kemudian aku dihubungi oleh pihak bank untuk memberitahu tentang keadaan lelaki itu kerana aku dan emak antara orang yang terlibat memberi bantuan. Lelaki itu meninggal dunia di hospital selepas waktu zuhur.
Peristiwa ini benar-benar menginsafkan aku. Allah boleh menarik nyawa hamba- Nya bila-bila waktu di mana-mana sahaja. Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
Berbalik pada cerita CPR tadi. Sekarang baru aku sedar sangat penting ilmu basic life support di saat-saat kecemasan macam ni. Dulu memang pernah belajar tapi tak pernah buat betul-betul. Mujur emak seorang staff nurse. Walaupun dah pencen, dia ada banyak pengalaman. Bayangkan kalau aku menghadapi saat-saat getir ini dengan ahli keluarga terdekat. Mampukah aku?
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, January 27, 2012
First entry untuk 2012
Salam semua! Dah lama betul aku tak update kan. Bila jengah balik first entry 2011, time tu update masa hujung bulan 1 gak. So same as last year, tahun ni pun aku update hujung Januari gak. Hahaha.... Alhamdulillah, antara harapan tahun lepas yang dah tercapai ialah pindah semula ke semenanjung. And paling best sekali pindah ke kampung halaman aku, MELAKA bersama dengan baby baru Elmira Diana a.k.a Nana. Aku jarang betul update pasal Nana kan. Kesian dia sebab mamanya malas nak update. Nanti lepas ni nak buat special entry untuk Nana lah...
Memandangkan sebab sebulan lebih tak update, aku buat cerita bergambar je. Gambar-gambar ni masa member yang sama-sama kat Kuching dulu, Gie datang Melaka with her family. Aku dan adik laki aku Azmir pun jadi tourist guide tak bertauliah bawak diorang jalan2 pusing Melaka.
Hubby dengan baby baru Gie, Ilham Qayyum. Time ni diorang sempat singgah kat rumah aku minum2 petang.
Memandangkan sebab sebulan lebih tak update, aku buat cerita bergambar je. Gambar-gambar ni masa member yang sama-sama kat Kuching dulu, Gie datang Melaka with her family. Aku dan adik laki aku Azmir pun jadi tourist guide tak bertauliah bawak diorang jalan2 pusing Melaka.
Hubby dengan baby baru Gie, Ilham Qayyum. Time ni diorang sempat singgah kat rumah aku minum2 petang.Malam tu pergi makan ikan bakar kat Muara Sg Duyong.
Lepas makan ikan bakar sempat lagi pegi Rivercruise tapi tak ambil gambar plak. Nasik baik dapat naik yang last trip.
Reflexology dekat Dataran Pahlawan on the next day. Both of us breastfeed our babies masa kena massage.
Lepas kena urut, we all jalan kaki pegi makan cendol jam besar. Jauh sangat sampai hilang nikmat kena urut kaki sebelum tu. Aku terlebih excited dalam gambar sebab first time makan kat sini walaupun aku sendiri orang Melaka. Selama ni dengar cerita orang je....
Kedai cendol ni dekat area ni tau. Manalah tau kalau korang yang tak pernah pergi teringin nak pegi plak nanti.
Cendol durian. Nyum nyum.....
Model pisang goreng.
Diana tertidur kepenatan.
We all naik beca je nak ke Dataran Pahlawan semula. Tak larat nak jalan kaki lagi. Hari tu aku sangat pelancong.
Ni adik Gie, Farehah. Because of her and my brother lah aku dan family Gie boleh jadi rapat. Apa maksudnya tu ek? Hehehe...

3 gambar di atas; baby Diana nak bermesra-mesraan dengan baby Qayyum tapi Qayyum buat dek aje... Kesian anak aku. Hehehe... Perasan tak? Diana 8 bulan, Qayyum 3 bulan tapi saiz badan lebih kurang je ek.
Qayyum dah keletihan sangat. Tertido akhirnya.....
Budak ini masih cergas. Makan aiskrim pun nak sendiri.
Gambar kenang-kenangan before family Gie balik Klang. Terima kasih sudi jalan-jalan Melaka. Lain kali kalo nak datang jalan lagi, roger je kami.

3 gambar di atas; baby Diana nak bermesra-mesraan dengan baby Qayyum tapi Qayyum buat dek aje... Kesian anak aku. Hehehe... Perasan tak? Diana 8 bulan, Qayyum 3 bulan tapi saiz badan lebih kurang je ek.
Qayyum dah keletihan sangat. Tertido akhirnya.....
Budak ini masih cergas. Makan aiskrim pun nak sendiri.
Gambar kenang-kenangan before family Gie balik Klang. Terima kasih sudi jalan-jalan Melaka. Lain kali kalo nak datang jalan lagi, roger je kami.Wednesday, December 14, 2011
Happy Anniversary mak & abah
Semalam ulangtahun perkahwinan emak dan abah. Seperti biasa, kitorang celebrate dekat restoran Windmill Station. Abah suka sangat double sirloin steak dia dan mak teringin nak makan chicken and beef steak. Untuk langkah jimat cermat memandangkan harga western food agak boombastic, mak buat sendiri kek ulangtahun. Cayalah mak! Emak memang idola aku bab jimat cermat ni. Rasa kek homemade ni lebih sedap dan ada sentimental value tersendiri tau...

Inilah rupa kek coklat home made.

Dan 32 tahun usia perkahwinan mak abah. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...

Macam biasa, bab tiup lilin kena serah dekat Sofea. Hehe...

Tak lupa jugak, adik bongsu saya yang akan menyambut ulangtahun kelahiran 19 haribulan nanti. Celebrate birthday dia siap-siap semalam. Happy becoming BIrthday Ween!
Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 13, 2011
Happy 58th Birthday abah
Hari ni birthday abah yg ke 58. Zura doakan semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Sempena birthday abah, aku belikan kek ulangtahun sahaja. Cadangnya nak beli kek aiskrim, tapi rupanya kena tempah 3 hari sebelum. Nak cari kek baskin robin, tak sempatlah pulak... Harap2 abah ok aje.

Abah yang diraikan

Kek birthday abah

Jelly - mak yang buat. Yummy!

Sesi memotong kek

Birthday boy tiup lilin. Alamak, separuh muka je nampak. Cucu dia yang excited plak lebih glemer.

Kasi canlah. Dah macam Birthday Sofea plak...

Sesi suap menyuap...
*p/s: nampaknya banyak cerita yg x update. Especially cerita raya. Nanti aku post pelan2. Sangat bz ngan orang kahwin skang. Tunggu.....

Tuesday, August 30, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tuesday, July 12, 2011
Terima kasih sebab menyokong bang..
Hari ni dapat hadiah dari Encik hubby. Upright freezer brand Elba untuk letak stok EBM aku yang tak seberapa. Hopefully lepas ni bersemangat nak kumpul stok banyak-banyak. Minggu depan dah start kerja. Bulan puasa pun tak lama lagi. Doakan usaha aku mengumpul stok berjaya. Terima kasih bang! Kalo tak dapat penuhkan dengan susu, kita simpan durian, Ikan patin, karipap frozen dan segala macam lagi...

Masih berbalut lagi. Suka sangat freezer ni sebab kurus tinggi jadi tak makan ruang. Ada 6 drawer kesemuanya. Best ..best... Lepas ni semua makanan aku nak bekukan.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Masih berbalut lagi. Suka sangat freezer ni sebab kurus tinggi jadi tak makan ruang. Ada 6 drawer kesemuanya. Best ..best... Lepas ni semua makanan aku nak bekukan.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Saturday, July 9, 2011
Bye bye Kuching..
Jam dah pukul 1 pagi. Tapi mata masih tak boleh nak lelap lagi. Maybe sebab penat mengemas berhari-hari dan hari ni kemuncaknya. Lagi pulak, malam ni jugak malam terakhir aku tidur dekat rumah sewaku di Kuching dan akan pindah semula ke kampung halaman, Melaka. Gembira ada, sedih pun ada jugak. Maklumlah, dah dekat 3 tahun aku dekat sini dan ada macam-macam kenangan berharga. Paling sedih sebab terpaksa berpisah dengan rakan sekerja. Harap-harap dapat jumpa lagi..
So, sempena perpindahan aku ke semenanjung, my department ada buat farewell party semalam. Thank you very much! Especially hadiah Tupperware tu. Tak sempat nak ambil gambar untuk tayang dekat sini. Dapat je hadiah, time tu gak Sofea suruh bukak. Hehe..

With my KPF, Pn Aminah...She is a very understanding boss.

My mentor aka boss in Outpatient Pharmacy department, Pn Zanisah. Thank you puan for your guidance.

Bersama hidangan lauk pauk yang lazat. Time tu aku ada bawak air mata kucing as dessert. Terima kasih atas puji pujian. No secret recipe ye. Masak air mata kucing based on segala stok yang tinggal untuk dihabiskan je.

My other colleague. I'll miss u all! Sob..sob..sob
Memandangkan hari ni last day kat sini, hubby bawak pegi Kedai pasu untuk beli pasu Sarawak. Bayangkan, 3 tahun duduk Kuching, ni pertama kali datang. Cantik-cantik rupanya. Banyak jugak ah kitorang borong.

Hubby dan Sofea rambang mata tengok banyak pasu cantik-cantik.
Ermm...berakhirlah sudah kisah aku dekat Sarawak. Lepas ni entry aku cerita jalan-jalan cari makan kat semenanjung bersama saudara mara dan rakan -rakan lama je lah ye. Yeay korang. Aku nak balik dah ni. Gathering atau kenduri kawin jangan lupa jemput lah haraonya ya. Gambar terakhir yang nak dikongsi...

Banyak gila barang yang nak dibawa balik. Ni baru 50% je...

Tuesday, June 21, 2011
Happy Father's Day
HappyFather's day to all fathers out there. This entry is specially dedicated to my father, Dr. Azlan. Sorry for late wishes. Anakanda mu ini sangatlah busy menyusun kotak sampai takde masa nak update blog. For intro....
Terima kasih abah sebab:
Ucapan terima kasih juga buat suamiku merangkap bapa kepada..
- Abahlah doktor yang menyambut Zura lahir dulu.
- Abah gak meneman dan memberi semangat di bilik bersalin masa Zura lahirkan Sofea dulu. Selamat doktor Lim datang awal. Kalo tak abah gak yang sambut Sofea lahir.
- Abah yang beri Zura semangat belajar dan berjaya sampai sekarang. Minta maaf harapan abah nak Zura jadi doktor tak tercapai. Tapi kerja sekarang pun lebih kurang gak. Walaupun bukan doktor, ada gak pesakit panggil doktor. Bolehlah tu kan...
- Abah yang hantar dan ambil Zura masa kat SMAPK dulu. Kat UIA Kuantan pun sama. Sanggup berulang alik walaupun kereta rosak. Ingat lagi abah pernah datang Kuantan dalam keadaan kereta takde aircond. Pernah juga sekali tersangkut dekat Temerloh. Sanggup juga abah redah ke Kuantan. Bila Zura dah habis belajar dekat Kuantan, abah pinjam van Pakcik Salleh sebab tau anak dia punya barang ni banyak sangat. Tak muat kalo pakai kereta je. Hehehe....
- Abah berusaha menyediakan keperluan belajar Zura. Walaupun Zura dapat duit biasiswa, duit buku tetap abah bagi.
- Abah menyediakan yang terbaik untuk perkahwinan Zura.
- Abah yang meneman Zura balik dari Kuching ke Melaka masa tengah sarat mengandungkan Sofea. Ikutkan 37 minggu dah tak boleh naik kapal terbang tapi abah usahakan sampai boleh.
- Abah jugak selalu hantar ambil Zura sekeluarga dari airport setiap kali kami balik semenanjung. Tak pernah sekali kami naik teksi. Abah akan usahakan masa abah untuk ambil.
- Abah sanggup datang KL untuk melawat Zura setiap kali Zura ada kursus kat KL. Walaupun dapat jumpa kejap, tapi tetap jumpa.
- Abah yang hantar Zura ulang alik setiap hari selama 3 minggu masa Zura kursus kat Hospital Melaka.
- Abah usahakan Zura dapat makan "bihun racun" masa Zura tengah mengidam dulu.
- Dan akhir sekali, abah berjaya buat surprise dengan datang ke Kuching melawat Zura yang baru lahirkan Diana. Emak pun terkejut tengok abah datang.
Ucapan terima kasih juga buat suamiku merangkap bapa kepada..
Thursday, May 26, 2011
Happy 29th Birthday
Saturday, May 21, 2011
Happy 2nd Birthday Elmira Sofea!
My Elmira Sofea sudah 2 tahun hari ini. Happy 2nd birthday anakku. Mama dah berjaya mencapai misi untuk menyusukan kamu sampai umur 2 tahun. Walaupun mama dah start campur formula masa umur kamu 1 tahun setengah. At least sekarang kamu masih menyusu dengan mama sebab mama tahu yang kamu menyusu dengan mama sekarang lebih kepada keperluan 'bonding' ibu dan anak. Bukannya keperluan nutrisi.
Subscribe to:
Posts (Atom)