Hai semua, saya dah tak chubby lagi. Tapi saya tetap comel tau.
Alyaa @ Day 1 Alyaa @ Day 36
3.30kg 3.15kg
Sepanjang 1 bulan Alyaa dilahirkan, Alyaa memang ikut milestones seperti baby-baby lain macam senyum, mata dah pandai ikut pergerakan orang yang dia nampak dan macam-macam lagi kecuali berat badan. Sepatutnya kalau umur dah sebulan mesti ada pertambahan berat tapi berat Alyaa makin kurang plak. Jom bandingkan dengan kakak-kakak Alyaa...
Sofea @ Day 1 Sofea @ Day 32
3.41kg 4.1kg
Diana @ Day 1 Diana @ Day 30
3.34kg 3.95kg
Memang boleh nampakkan bezanya. Anak aku lahir semua lebih kurang berat je tapi kalau ikut urutan anak yang 1st paling berat yang bongsu paling ringan. Tahap kenaikan berat pun makin sikit. Dan ikutkan berat Alyaa tak naik malah makin turun pulak. Huaa, sedih jugak.Tapi apa-apa pun ni menambahkan semangat aku untuk terus berusaha menyusukan Alyaa dengan jayanya.
So, apa langkah-langkah yang aku buat untuk tambahkan berat Alyaa?
- Menyusukan Alyaa dengan lebih kerap. Cuba kejutkan Alyaa untuk menyusu di waktu malam sebab Alyaa ni bila dah mula tidur lebih kurang pukul 10 malam, akan nyenyak sampai pukul 5 pagi. Bagus untuk aku berehat tapi bagi aku tak bagus untuk dia sebab terlalu lama berlapar tak minum susu
- Pam susu sekurang-kurangnya 2 kali pada waktu malam sebab kebiasaannya Alyaa memang tak bangun pun walaupun dah dikejutkan untuk menyusu. Jadi, untuk memastikan supply susu tak makin berkurang nak tak nak kena juga bangun untuk pam.
- Selepas direct feeding Alyaa, bagi dia sebotol lagi EBM (express breastmilk) 3 - 4oz supaya lebih kenyang dan tidur lebih lena selepas menyusu.Terpaksa buat macam tu kalau tidak aku tak boleh buat kerja rumah lain. Duduk menyusu Alyaa sampai dia betul-betul kenyang memang mengambil masa berjam-jam.
- Tambahkan penghasilan susu dengan memastikan makan makanan berkhasiat, minum air yang banyak dan mengambil vitamin setiap hari.
Aku ambil calcium dengan obimin je.
- Bagi supplement MCT oil 1ml 3 kali sehari seperti yang diarahkan oleh Doktor kanak-kanak. MCT (medium chain triglyceride) oil ni sebenarnya minyak kelapa di mana sumber lemak yang mudah diserap oleh badan sebab pecahan lemak yang lebih kecil. MCT oil ini diminum dengan mencampurkan dalam EBM. Kalau minum minyak kelapa macam tu memang lah tak lalu Alyaa nak telan.
Nilah rupa MCT oil dari Hospital Melaka.
Buat masa ni, itu sahaja usaha yang dapat aku lakukan. Memang harapan nak kuruskan badan masa cuti 3 bulan ni takdelah.. Yang penting kena makan makanan berkhasiat supaya berat Alyaa bertambah. Nanti kalo aku sibuk nak kurus, anak pun ikut sama kurus jugak susah pulak. Sekarang ni aku kena pergi klinik untuk timbang berat Alyaa 2 kali seminggu. So far ada pertambahan 100g setiap kali timbang. Semoga berat Alyaa terus bertambah secara sihat dan tak ada lagi masalah poor weight gain. Doakan aku ye!
Alyaa latest @ Day 40
3.4kg
Okaylah tu kan...
No comments:
Post a Comment