Showing posts with label my working life. Show all posts
Showing posts with label my working life. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Volleyball tournament

Setelah 6 tahun bersara, cuba skill bola tampar sekali lagi. Ni peringkat Hospital Melaka je. Tournament berlansung kat Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh pada 25 Mac 2012


Team Adrenaline Farmasi


Team Virtoza Farmasi


Team Campuran


Nama-nama team yang pelik-pelik


Berhempas pulas main. Tapi nombor 3 je. Daripada 4. Hahaha...


Lepaskan kekecewaan kat Tasik Ayer Keroh.









Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 13, 2011

Jamuan Hari Raya Hospital Melaka 2011

Fuhh, lega rasanya bila jamuan peringkat Hospital ni dah selesai. Berpeluh kepanasan bila kena jaga gerai. Mana taknya, matahari tengah panas terik , orang yang datang bukan main ramai. Bukan saja staff hospital, pesakit dengan pelawat pun join gak. Sepatutnya majlis habis kul 2 petang tapi kul 12tgh hari semua makanan setiap gerai dah licin.

Actually majlis ni pagi tadi. Aku kena jaga bahagian kecerian gerai. Tapi tak ceria mana pun. Tahu last minute. Sepatutnya buat minggu depan, tetiba diawalkan pagi tadi. 2 hari lalu baru tahu, asal boleh jelah aku hias gerai ni.


Khemah VIP. VIP untuk jamuan ni, pengarah kesihatan negeri.


Gerai jabatan aku. Majlis dah nak start tapi hias tak habis lagi. Skirting ngan alas meja tu pinjam kat mak. Nasib baik ada. Kalo tak memang nampak sangat ala kadar nya.


Gerai dah habis hias, makanan plak takda. Ni gara-gara sorang committee yang terlupa nak bawak bekas makanan jadi takde tempat nak letak makanan yang dah siap. Makanan kitorang masak sendiri dekat stor supaya dapat banyak. Dah tak tahu nak buat apa, posing dulu.


Mee goreng celebrex (painkiller). Lepas makan mi ni, segala sengal tulang hilang. Power tak? Actually kena bagi nama menu dengan nama pelik2 ikut kreativiti sebab ada pertandingan. Ingat nak bagi nama ubat cirit birit. Tapi kang ada plak yang takut nak makan mi ni...


Bihun goreng tramadol. Actually jabatan farmasi ditugaskan menu mi sebab tu masakan kitorang mi belaka. Selamat senang.


Medik soto - gerai jabatan perubatan. Ni antara gerai yang menang untuk bahagian kecerian.


Gerai jiran kami. Tak sure apa makanan diorang. Padahal sebelah aje. Tak sempat nak jengah.


Sate ada...


ABC ada....


Macam-macam ada.


Hadiah untuk cabutan bertuah pun ada.


Tempat makan turut disediakan. Tapi asyik full aje.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun tak menang apa-apa, yang penting puas hati.

Tuesday, January 25, 2011

Lega sudah....

Sebab servis yang aku in-charge kat tempat kerja dah selamat dirasmikan semalam dan hari ini dah ada promosi kat semua paper. At least public dah tahu (bagi sapa yang baca paper hari ni ler). So aku harap lepas ni kalo aku duk promote kat kaunter farmasi, at least diorang tahu. Lagi bagus kalo diorang datang sendiri ke kaunter farmasi and request that servis. Senang sket kerja. Eh, lupa nak mention servis apa. Ni servis Ubat Melalui Pos 1Malaysia. Sekarang mana-mana patient yang ada sakit kronik and on long term medication boleh dapat balance ubat melalui pos. Tak perlu datang farmasi nak ambil ubat every month. Mudah kan? Yang susah nya aku sebab nak kena pos ubat diorang. Hehehehe....

Majlis Pelancaran UMP 1Malaysia peringkat Hospital Umum Sarawak

Lega jugak sebab parents aku dah sampai Kuching semalam. Diorang duduk temankan aku kat sini sampai hari Khamis. Oklah tu. En hubby pergi kursus kat KL dari semalam gak sampai Ahad ni. Tak ke lama tu. Seminggu tu. At least separuh minggu aku ada peneman. Kalo tak memang kelam kabut duduk berdua ngan Sofea. Dahler hari-hari kerja. Bila parents ada ni, boleh lah beri alasan nak cuti rehat....Berehat-rehat di rumah dengan mak, abah dan Sofea. Best gila selepas 2 minggu aku yg sangat hectic. Banyak kerja, Sofea sakit, aku sakit mata seminggu dan en hubby pun join sakit mata. Minggu ni pun hectic jugak tapi buat bodoh mcm takde kerja kat opis. Hehehehe...

Sofea bukan main excited lagi atuk mak ngan atuk abah dia datang. First time dia behave masa makan. Nak pulak duduk dalam high chair. Ni masa dinner semalam dekat Rock Road Seafood Restaurant.

Emak tersimpul malu depan kamera.

Sofea ngan abah tengah khusyuk menjamu selera. Pandai Sofea makan sendiri.

Butter prawn yang dah tinggal separuh. Sedap sangat, dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. Pinggan yang kat belakang tu ketam nipah masak satay sauce. So yummy!!

Friday, May 7, 2010

1st time masuk konti

Pagi tadi 1st time bagi radio talk kat sarawak.fm untuk siaran Infomedik. Kejap je. cuma 15 minit. Kejap sangat sampai hubby pun tak sempat dengar. Time tulah sibuk jawab phone call.

ni bukan dj yang temubual saya. yang kecik molek berbaju hitam tu ekceli. memang korang tak kenal kan? aku pun. heehee...


tersengih dulu before bagi talk. nak cover rama-rama dalam perut sebenarnya.


khusyuk bagi talk. best gak rupanya jadi dj radio rupanya. orang x nampak kita. bebel je suka hati. Lepas ni boleh jemput aku masuk konti sebab macam enjoy je.

Friday, April 30, 2010

100% perfect

Semalam ade makan-makan di tempat kerja. Sudah keja rajin-rajin, harus dapat reward dari bos. This week kitorang kehilangan 9 org kuat OPD pharmacy sebab pegi kursus kat Sibu secara berjemaah. Yang kena tinggal kerja hempas pulas untuk sahut cabaran. Walaupun staff tak ramai, every patient yang datang farmasi mesti dapat ubat kurang 30 minit sepanjang 3 hari berturut-turut. And.........


We made it!


KFC for everbody yang membanting tulang...


Thursday, March 5, 2009

latest update

Dah 3 bulan x update blog. Mmg aku malas dlm bab tulis menulis, taip menaip termasuklah taip sms. So kalo ade sesape yg sms x berbalas, msg dekat friendster x berjawab, sori sangat2. Mmg dah jd habit lebih suka membebel dekat telefon dari taip2 ni. Antara sbb lain x update blog:
  1. Lupa kata laluan dgn password. Try banyak kali x ingat2 gak. Ini name die penyakit nyanyuk masa pregnant.
  2. Gambar yg banyak dlm phone x transfer2 sbb x install2 software lepas laptop kena virus.
  3. Hari2 balik umah utk makan tido je, jarang layan internet. Dekat office mmg tokleh bukak website blogger.
  4. Akhir sekali, aku mmg pemalas besar. Hahaha...

So, ni aku share sket gambar2 yg bole cerita detik2 penting untuk aku ingat gak nanti. Nama pun moments to remember.


4.12.2008: Dapat kereta baru. On the way pergi ambil kereta baru, kereta kitorang yg lama (satria) accident plak. Tak sempat ambil gambar accident sbb terus hantar bengkel.


13.12.2008: First time bagi talk di peringkat national. Di National Cardiovascular Rehabilitation Programme Conference, Sunway Hotel Penang.

27.12.2008: Family day Bank Muamalat di Santubong Resort. Dapat HP Samsung sbg doorgift dan cake mixer utk cabutan bertuah. Time ni aku dah 4 bulan.

2.1.2009: First time naik sampan di waterfront utk beli udang galah yang masih hidup. Buah tgn utk family di semenanjung.

10.1.2009: Sampai2 umah di Melaka, aku di sambut dengan kereta bapak aku yg dipancitkan ke empat2 tayar oleh budak kampung jiran yg nakal2. Jahat betul diorang ni.

31.1.2009: Jalan2 ke Sematan. 2 jam dari Kuching. Time ni aku dah 5 bulan.


6.2.2009: Family ayah ibu (uncle and auntie aku actually) dan adik lelaki aku dtg melawat kitorang di kuching. Thanx for coming.


13.2.2009 : Farewell party utk Dr Liew Houng Bang. Time ni aku dah 6 bulan. Semakin tembam dan tak boleh nak butang white coat lagi.


14.2.2009: Keluarga mertua pulak datang melawat. Harap2 murah rezeki sbb ramai tetamu walaupun jauh di rantauan.


26.2.2009: Birthday KPF aku (Mr. Tan). Mmg ramai betul pharmacist chinese di SGH ini. Aku antara kaum2 minoriti kat sini.

Sekian, itu sahaja kronologi aku sepanjang 3 bulan x update. Lepas ni aku try update selalu ok.

Friday, September 12, 2008

post-transfer comment

i haven't update my blog for a long time. it seem so busy here and i have to become familiar with a lot of things...bahasa srawak, makanan, siang malam yg lebih awal, less muslim,shopping complex yg x de surau, working as cardiology pharmacist with full of stress, hidup berumah tangga di samping suami (kena masak hari2), traffic jam dan memacam lagi.

i wish i can adapt with all these situations soon.

why I look so confused?

hospital umum sarawak..my new working place