Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Aku ni bukan orang KL, so sekali sekala jalan-jalan dekat KL ni seronok gak. Nak tinggal dekat KL ni memang tak sanggup sebab jem je memanjang. Tapi setakat jalan-jalan weekend tu ok lah. Lagipun Melaka KL dekat je. 1 jam setengah drive dah sampai...

So Ahad haritu kul 7.30 pagi lagi dah bertolak ke KL. Semangat gila. Selalunya nak gi kerja pun tak seawal tu. Keluar awal sebab nak gi Zoo Negara. Alang-alang majlis kenduri kahwin kawan dekat Tmn Melawati. Memang dekatlah dengan zoo.




Naik tram aje sebab malas nak jalan.




Actually nak ambil gambar harimau, tapi menyoroklah plak time capture ni




Nana senyum simpul. Cute!




Aku plak yang jadi macam bibik haritu sebab Diana taknak duduk dalam stroller. Cool jugak nampak aku kendong Diana camtu. Hehehehhe.




Sofea yang tiba-tiba posing time aku tengah ambil gambar show tu.




Memang Diana betul2 taknak duduk dalam stroller. Kena pikul kat bahu lagi syok...




Kakak Sofea plak yang duduk. Dah letih kaki lah tu...

Lepas jalan-jalan kat Zoo Negara, kitorang singgah UIA Gombak jap. Bukan nak imbau nostalgia (tu memang dah selalu sangat) tapi aku nak tukar baju kurung. Tak senonoh plak gi kenduri pakai jeans.




Dengan geng-geng uni dulu. Sorry gambar tak clear. Aku pakai camera cap 'Iphone' je. Nak tengok gambar yang lebih celar, sila click kat gambar tu.




Lepas majlis, zasssss......Terus kitorang gi KLCC lepak-lepak minum kopi. Buy 1 free 1. Oklah kan...




 Hasil pujukan Sofea dekat Toys R us KLCC. Lembut betul nada suara dia "Mamaaaa....Fea nak main masak-masak boleh? Nak main masak-masaklaaaaa..." Terus belikan sampai tertinggal Debit Card Maybank kat cashier counter. Bila balik Melaka baru terperasan. Tak dapat keluarkan duitlah buat masa ni. Aduisshhh...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 27, 2012

First entry untuk 2012

Salam semua! Dah lama betul aku tak update kan. Bila jengah balik first entry 2011, time tu update masa hujung bulan 1 gak. So same as last year, tahun ni pun aku update hujung Januari gak. Hahaha.... Alhamdulillah, antara harapan tahun lepas yang dah tercapai ialah pindah semula ke semenanjung. And paling best sekali pindah ke kampung halaman aku, MELAKA bersama dengan baby baru Elmira Diana a.k.a Nana. Aku jarang betul update pasal Nana kan. Kesian dia sebab mamanya malas nak update. Nanti lepas ni nak buat special entry untuk Nana lah...

Memandangkan sebab sebulan lebih tak update, aku buat cerita bergambar je. Gambar-gambar ni masa member yang sama-sama kat Kuching dulu, Gie datang Melaka with her family. Aku dan adik laki aku Azmir pun jadi tourist guide tak bertauliah bawak diorang jalan2 pusing Melaka.

Hubby dengan baby baru Gie, Ilham Qayyum. Time ni diorang sempat singgah kat rumah aku minum2 petang.


Malam tu pergi makan ikan bakar kat Muara Sg Duyong.

Lepas makan ikan bakar sempat lagi pegi Rivercruise tapi tak ambil gambar plak. Nasik baik dapat naik yang last trip.

Reflexology dekat Dataran Pahlawan on the next day. Both of us breastfeed our babies masa kena massage.

Lepas kena urut, we all jalan kaki pegi makan cendol jam besar. Jauh sangat sampai hilang nikmat kena urut kaki sebelum tu. Aku terlebih excited dalam gambar sebab first time makan kat sini walaupun aku sendiri orang Melaka. Selama ni dengar cerita orang je....

Kedai cendol ni dekat area ni tau. Manalah tau kalau korang yang tak pernah pergi teringin nak pegi plak nanti.

Cendol durian. Nyum nyum.....

Model pisang goreng.

Diana tertidur kepenatan.

We all naik beca je nak ke Dataran Pahlawan semula. Tak larat nak jalan kaki lagi. Hari tu aku sangat pelancong.

Ni adik Gie, Farehah. Because of her and my brother lah aku dan family Gie boleh jadi rapat. Apa maksudnya tu ek? Hehehe...



3 gambar di atas; baby Diana nak bermesra-mesraan dengan baby Qayyum tapi Qayyum buat dek aje... Kesian anak aku. Hehehe... Perasan tak? Diana 8 bulan, Qayyum 3 bulan tapi saiz badan lebih kurang je ek.

Qayyum dah keletihan sangat. Tertido akhirnya.....

Budak ini masih cergas. Makan aiskrim pun nak sendiri.

Gambar kenang-kenangan before family Gie balik Klang. Terima kasih sudi jalan-jalan Melaka. Lain kali kalo nak datang jalan lagi, roger je kami.

Tuesday, November 22, 2011

Cuti-cuti pantai timur

Raya haji hari tu, 1st time aku sambut dekat Kelantan. Dah 3 tahun lebih kahwin tapi setiap kali raya haji kitorang sambut dekat Kuching je. Rasanya kalo nak beli tiket flight balik kelantan dah macam beli sekor lembu. Jadi korban kami sebelum-sebelum ni ialah tak balik beraya kat kampung. Hehe..

Alhamdulillah, this year berpeluang balik kampung hubby kat pasir mas. Dah lama tak travel naik kereta jauh2. So, excited sangat. Cadang nak tolak awal pagi tapi terpaksa tangguh tengah hari sebab encik hubby ada kerja. Sudahnya, tolak dari Melaka pukul 11.30 pagi, sampai Pasir Mas pukul 11.00 malam. Nak dekat 12 jam sebab 1 jam sesat, 1 jam lagi makan + solat. Pheww!!


Diana dah 6 bulan. Tak meragam travel jauh. Bagus anak mama.


Sofea ngan atuk. Tengah tengok lembu nak kena korban.


Lembu yang kena korban.


Takut tapi masih nak tengok.


Diana tak sempat tengok dah lentok...


Gotong-royong bersihkan daging korban.


Best sangat, panggang daging fresh!


Sempoi je. Potong-potong daging yang masak, makan ramai-ramai..

Kitorang beraya kat Kelantan 2 hari je. Selasa tu dah bertolak balik Melaka. Sebab taknak lama sangat travel macam masa datang hari tu, so kitorang singgah Kuala Terengganu. Best!


Before balik singgah Masjid Kristal. Cantik betul!


Lepas tu pegi Taman Tamadun Islam. Dapat gak merasa tengok Taj Mahal walaupun tak pernah jejak ke India pun.


Naik tram je sebab tak larat nak jalan kaki. Hehehe...


Terasa seperti di Syria


Tetiba dah sampai Palestin.


Ni kat Rusia rasanya...


Ada jugak masjid rupa macam ni. Macam bukan masjid plak...


Diana seronok jalan-jalan. Tak tido-tido walaupun dah nampak penat.

Lepas habis melawat lebih 20 negara, cari keropok leko dekat losong dan terus balik Melaka. Alhamdulillah kami selamat sampai Melaka selepas 6 jam perjalanan. Walaupun GPS yang kitorang guna bawak jalan pelik2 sebab dah set short distance, yang penting tak sesat. Lepas ni bole pegi jalan lagi.

*p/s: hujung minggu ni kitorang nak pegi Perak lak. Kepada member yang pegi gak, jumpa kat sana!

Wednesday, June 15, 2011

WW: Melaka Wonderland




Having fun with Farah's (my cousin) family @ Melaka Wonderland on 7th June 2011. Lepas ni kita pegi enjoy sama-sama lagi kay? 8 of us.....

Wednesday, August 4, 2010

Balik Kampung 3 in 1

Ni entry perap. Dah 2 minggu balik kampung, baru nak tulis. Sebabnya, masa balik tak snap banyak gambar, so susahlah nak story-story kat sini. Aku memang suka letak gambar lebih dari cerita. Senang. Gambar leh story segalanya kan.....

Actually ikut hubby gi kursus kat KL sambil2 tu balik kampung skali. Tujuan balik kampung - shopping raya, tengok rumah dekat melaka untuk renovation and kenduri aqiqah Sofea. Sebab tu 3 in 1. Memang masa penuh gila. Sorry sangat to those yang tak dapat jumpa masa kat KL. Sempat jumpa Hana sefamili je, tapi tak teringat nak snap gambar. Sorry Hana, tak ade gambar.

Stay kat KL 4 hari 3 malam. 1 night stay kat Hotel Boulevard Mid Valley, another 2 nights stay dekat Hotel Ancasa Pudu. Eh maisun, ernie. Korang ingat tak hotel ni? Alah, dulu nama dia Impiana Hotel. Tempat kita buat jamuan Form 5 lepas tu kantoi. So far aku rasa bilik Hotel Ancasa lebih best. Hotel Boulevard mahal je lebih sebab location dia memang betul-betul kat Mid Valley.

Baru sampai KLIA. Banyak kan our barang. Macam-macam nak angkut. Kek lapis Sarawak benda wajib.

Sofea tengah shopping toys kat mothercare midvalley.


Sofea first time naik train. Nak gi shopping baju raya kat Jalan TAR. Excited sangat naik train sampai menangis bila nak ajak keluar time dah sampai. Thanx to my sister Ani yang sudi ambil cuti untuk temankan kitorang shopping. Cayang sangat2!

Ni masa Sofea baru sampai rumah atuk dia kat Melaka. Masuk-masuk rumah terus nampak bola besar ni dulu. Teruja sangat sampai meleleh-leleh air liur.

Sambung shopping kat Jaya Jusco Melaka. Tok mak ngan maksu temankan. Seronok dapat pusing-pusing naik kereta kecik.

Nilah rumah yang nak direnovate. Eh, rumah yang nak dibaiki. Yang dalam photo tu jiran sebelah kami.

Dinning hall paling perfect. Tak perlu baiki apa-apa. Cuma pasang kipas dan lampu je.

Tok mak masak laksa johor. Sofea suka sangat.

Masih dengan habit makan guna tangan kiri. Cammaner nak ajar guna tangan kanan ni? Dah puas ajar...

Sofea nak potong kain baju raya kat Jakel.

Masa kenduri aqiqah Sofea

Sofea yang kecik try nak angkat dua pupu dia Pira yang kecik gak. Tak padan sama-sama kecik. Dah tak sabar nak dukung adik ke Sofea?

Blueberry & fruit tart yang super yummy!! Ni cikngah and friends yang buat. Boleh order untuk hari raya tak?

Lepas habis kenduri, malam tu jugak balik rumah nenek Sofea kat Banting. Haruslah balik banting jugak supaya Sofea boleh bermesra-mesraan dengan nenek Banting.

On the way balik Kuching semula. Inilah rahsia Sofea untuk kurangkan sakit telinga. Minum susu mama!