Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday: I'm So Sorry

"An apology is the superglue of life. It can repair just about anything"
~Lynn Johnston




"There is no remedy for love but to love more" 
David Henry Thoreau
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 26, 2011

Birthday celebration

Tahun ni celebrate awal. 19hb instead of 23hb. Time tu je semua adik beradik aku ada. Tapi 23hb pun celebrate lagi. Kali ni mak yang masak sempena birthday aku dan menyambut ulang tahun abah bekerja yang 30 tahun. Ya, genap 1 tahun abah kerja aku pun dilahirkan. So setiap tahun jugaklah kami celebrate sama-sama. Thanx kepada semua yang wish, abang yg bagi surprise sejambak bunga dan belanja makan ikan bakar, mak yang masak nasi carrot daging beriani, abah yang belanja makan ayamas, ani yang bagi buku masak Jamie Oliver, azmir yang belanja kek Baskin Robin dan Ween yang bagi shower gel Bodyshop. Love you all!


Celebrate dekat restoran Windmill. Jadi makan western food. Chicken and lamb. Nyum nyum...


Sofea dan Diana memang excited tengok kek.


Konpius, siapa punya birthday ni?


Wajib! Suap-suap kek.


Abah ngan mak. Memang pakat pakai hitam ke?


Ween dan Ani. Macam sebaya korang ni eh.


Hubby dan azmir.


Ni masa celebrate kat rumah mak pada 23hb tu. Macam-macam mak masak.


Nasi carrot. Sedap. Sofea pun suka.

Gambar masa kat rumah tak banyak sebab busy makan.

Tahun ni last umur aku berpangkalkan 2. Next year dah masuk 30-an. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam belum matang dalam banyak perkara. Azam aku adalah untuk mematangkan diri supaya sesuai dengan usia. Takkan nak berperangai budak-budak lagi. Muka budak takpe. Tu namanya awet muda. Hehehe...

Wednesday, November 23, 2011

WW: 23.11.2011




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 25, 2011

Mengimbau nostalgia

Last month masa hantar adik ipar nikah, aku dan hubby teringin nak imbau memori zaman bercinta muda-muda dulu. Dulu berdua, sekarang ni dah bawak anak-anak. Hehehe... Maybe bole jadikan aktiviti setiap 5 tahun. Syok gak. Actually we all sama universiti tapi lain kampus. Aku di Kuantan dah hubby kat Gombak. Jauh gak kan. Port berdating kat Kuantanlah. Kadang-kadang je aku turun KL.


UIAM Gombak. Tempat hubby belajar.


Encik hubby dan anak-anak. Termenung jauh nampak. Tengah pikir apalah tu. Tak sangka dah tua kot.


Susah betul nak suruh budak-budak ni posing depan kamera


Sampai Temerloh, singgah makan ikan patin dulu. Our favourite food. Singgah r&r je. Tak masuk bandar Temerloh macam dulu-dulu.


Sampai Kuantan, kami check in di VIstana hotel.


Yeay!!! Sofea excited mandi kolam. Tu memang aktiviti wajib bila duduk hotel.


Si kecik ni pun nak mandi kolam gak.


UIA Kuantan dihatiku. Eceh... Hubby aku ni duk layan je bila aku ajak bergambar kat pintu gerbang ni.


Pekena seafood di Tg Lumpur that night. Dulu masa student mampu makan ikan aji-aji je so kali ni makan ikan tu jugak. Tempat lain susah jumpa.


Kesian Diana. Jadi tukang tengok je.


Esoknya, pagi-pagi kitorang dah pegi Pantai Teluk Cempedak plak. Ingatkan nak jalan2 kat tepi bukit sepanjang pantai tu. Tapi rupanya dah tutup. Banyak monyet.


Lepas majlis persandingan adik ipar aku, kitorang sempat lagi pegi Kemaman. Nak makan satar, otak2 dan keropok lekor. Dulu honeymoon pegi sini gak. Kitorang ni macam takde tempat lain nak honeymoon kan. Balik-balik Kuantan.


Sedap jugak satar ngan otak-otak kat sini. Recommended!


Nyam... Hubby terpaksa suapkan sebab aku kena pangku Sofea yang tido. Tak syoklah Sofea. Orang jalan-jalan dia tidur plak.


Tengok Diana, happy je dapat jalan.


On the way balik Kuantan semula, singgah bergambar kat Suria Cherating Resort. Tempat berhoneymoon. Tak syoknya, Sofea masih tidur. Jadi Kak Ida pun excited bergambar sekali.


Singgah rumah Syera yang cantik gak. Tapi bukan kat Kemaman ye. Ni bila dah sampai KL.

Itu sahaja kisah imbau nostalgia kami. Dekat-dekat aje. Tak adalah sampai ke oversea pun. Hehehe...

Wednesday, August 24, 2011

Pindah Rumah

Dah dekat sebulan menyepi diri. Ni gara-gara proses pindah yg sgt memenatkan... Pindah tempat kerja bermakna pindah rumah gak. Dan buat pertama kalinya pindah masuk Rumah sendiri. So, macam2 benda yang nak diuruskan. Selamat dah buat sikit-sikit sebelum barang dari Sarawak sampai....

Finally, 2 kontena barang sampai dengan selamat last week. Lepas sampai je terus susun mana yang patut dan esoknya terus pindah masuk dari Rumah Mak ke Rumah sendiri. Terima kasih tak terhingga buat my parents yang menumpangkan kami sekeluarga for a month...

Kaylah, tu jelah yang aku dapat update. Bawah ni layan Gambar masa barang2 sampai k...


2 lori nak bawak barang kitorang yg banyak


Asal boleh je diorang ni susun. Habis hilang 1 roda baby cot


Keadaan ruang tamu dengan perabot yg masih berbungkus


Bilik belakang jadi bilik kotak. Habis semua kotak yang rasa malas nak kemas kitorang letak kat situ. Nanti lepas raya baru plan nak settlekan. Kita raya dulu!!!


Habis katil pun kena balut


Sesi membuka balutan dan bungkusan barang


Datang dengan perabot, balik bawak sampah.


Before barang sampai


Selepas barang sampai

Jemput datang rumah....


Sunday, July 17, 2011

UTA: Rumah kita sekarang

Abang, ni gambar-gambar rumah kita. Setakat ni baru buat rawatan anai-anai, pasang kipas dinding, betulkan bumbung belakang dan pasang langsir. Tak banyak yang boleh ayang usahakan. Kalau barang dah sampai baru senang nak kemas. Pintu besi dan jeriji belakang akan dipasang selasa @ rabu depan. Nanti update lagi kalau dah pasang.


Kipas dinding






Rawatan anai-anai






Betul bumbung






Langsir bilik kita






Sliding door






Langsir bilik belakang






Langsir dapur



Anak-anak kita tidur atas lembek sementara sibuk pasang langsir.

Esok ayang dah start kerja kat tempat baru selepas 90 hari jadi suri rumah jaga anak. Doakan Sofea dan Diana ok ok aje bila ditinggalkan kay. Akhir sekali, ni gambar stok susu yang berjaya dikumpul untuk Diana dekat freezer rumah kita. Ni tak campur stok dekat rumah emak. Total semua 30 aje. Alhamdulillah. Rezeki Diana walaupun tak meriah.