Tuesday, November 3, 2009

Sofea @ 5 months

weight = 6.6kg

Macam tak perasan, kejap je Sofea dah 5 bulan. Banyak gak die dah bole buat. Tapi ade satu benda yang selalu nye baby 5 bulan dah buat tapi dia tak buat.....iaitu guling-guling. Dari terbaring dia tertiarap, dari tertiarap nak terbaring. Kalo dah terlentang tu, pasrah je terlentang, kalo org tiarap kan dia, sampai bila2 pun tengok dia camtu gak.

Sofea malas nak pusing-pusing lah mama

Kepala dia memang dah tegak dah. Kalo tiarap kan memang dia ade cuba angkat2 punggung cam nak merangkak. Ade gak bergerak buat pusingan. Mungkin Sofea nanti terus angkat punggung nak duduk kot. Tak payah tiarap2.

Air liur ni bukti yang Sofea dah bergerak masa tiarap. Buat pusingan 180 degree. Ade nampak?

Development Sofea yang lain:
  • Suka keras-keraskan kaki macam nak berdiri kalo orang tegakkan dia.
  • Suka main ngan kaki sendiri. Baru perasan ade kaki kot.
  • Mulut dah pandai cam nak bercakap. Kengkadang membebel sorang macam org mengeluh je.
  • Suka ambil benda masuk mulut.

Becok nak bercakap. Tapi butir perkataan memang tak paham. Hehehe...


2 comments:

Unknown said...

alahai cutenye..rambut mane nih? muizz yg berguling sakan skang sampai tak larat nak kejar

Moments to Remember said...

chun,
rambut sofea mogok lepas kena cukur licin. lambat tul tumbuh. update ler blog nak tau citer muiz gak.