Monday, November 30, 2009

Raya Korban and 27th Birthday Celebration

Hari Raya Korban

Sebelum terlambat dan menjadi sangat basi, aku nak wish Selamat Hari Raya Korban. Tahun ni sambut biasa-biasa je. Tapi agak terasa seperti berhari raya sebab ada dua rumah yang kitorang beraya. First, rumah bapa angkat kepada abah aku and lagi satu rumah sedara mak aku.

Tahun ni tak nak membazir jadi cuma masak simple-simple je. Nasi impit, kuah kacang, sambal tumis udang dengan rendang ayam. Lemang beli di kedai. Last year memang membazir yang amat. Tengah mabuk2 pregnant aku boleh plak masak ketupat yang dianyam sendiri 20 biji, rendang ayam, kari daging, sambal tumis udang, kuah lodeh dan sambal goreng jawa. Perut yang nak isi ada 2 je. Last-last tong sampah lah tempatnya. Dahler rebus ketupat sampai habis gas. Jiran yang dijemput plak tak datang sebab tertidur. Kesian tul.

Inilah jiran kami yang sama-sama dari semenanjung. Kalo aku cakap dia orang Sarawak ade yang percaya ke?

Hanya sorang tetamu kami di pagi raya. Ade improvement tahun ni. Next year boleh ramai lagi datang. Sebab sorang je yang datang, sume baki lauk raya kami yang melantak. Breakfast nasi impit, lunch nasi impit, dinner pun nasi impit. Alhamdulillah, we all managed untuk habiskan.


27th Birthday Celebration

Ini cerita last week. Birthday hari Isnin so aku celebrate birthday satu hari awal. Hari Ahad tu kitorang gi The Spring untuk birthday gift. Aku request baju dan seluar sebab banyak dah tak muat. Ingatkan pasrah je takde baju so aku lebih bermotivasi untuk kuruskan badan so boleh muat balik baju lama. Tapi lama-lama rasa stress sebab badan tak kurus-kurus, baju plak takde bila nak jalan-jalan. Jadi my hubby hadiahkan 2 pasang baju Ms Read. Huwaaaaa....aku punya size ada kat Ms. Read je. Kalolah kat Kuching ni ade Jusco, mesti baju aku dekat scarlet plus je. Sedih...

Sofea pun dapat hadiah birthday 6 bulan

Lepas shopping kami ke Riverside Majestic Hotel (dulu panggil Crown Plaza Hotel) untuk check in dan dinner. Last year cuma dinner je kat sini tapi check in Holiday Inn Hotel. Jadi adelah sikit kelainan walaupun cara celebrate same je. Hahaha... Tapi ada gak lagi satu yang lain. Skarang kitorang bertiga, bukan berdua lagi.

Masuk-masuk bilik je Sofea terus menangis tak ingat punya. Maybe dia tak biasa tempat baru kot. Kitorang cube think positive.

Ini muka sedih lepas nangis.

Malam kami bertiga dinner di Majestic Cafe. Tidak ade candle light dinner. Bahaya untuk berlilin-lilin bila sudah ade baby. Ni salah satu perubahan ketara bila dah bertiga.

Sofea pun join makan

Tak cukup semangkuk bubur, makan biskut rusk plak. Ade juga aku curi-curi suapkan mashed potato kat dia.

Time kitorang makan, Sofea pun sibuk makan. Tapi tetiba tengah makan biskut, die menangis terjerit-terjerit. Kitorang confused sangat sebab dia tak pernah nangis macam tu. Terpaksa hubby aku bawak dia jalan-jalan tempat lain untuk tenangkan dia. Jadi dinner untuk birthday kali ni aku makan sorang-sorang.

Sofea pun nak potong kek

Tak sempat nak potong kek kat cafe, jadi kitorang potong-potong kek kat bilik je. Macam aku kata tadi, skang memang tak de lilin. Jadi takdelah tiup lilin. Time tu Sofea excited sangat walaupun dia tak boleh makan kek. Lepas potong kek Sofea dah nampak ngantuk so aku try nak tidokan. Tapi tiba-tiba dia nampak cam tak tenang. Meracau-racau, tergaru-garu. Pelik jugak. Tengok-tengok muka dia dah naik bintat-bintat merah. Bengkak-bengkak, telinga kembang. Kitorang rasa pelik gak. Time tu mulalah fikirkan bukan-bukan. Kena sampuk hantu ke? Alergik mashed potato ke? Sebelum ni bagi bubur campur kentang ok je. Jadi apa lagi, terus check out hotel malam tu jugak, pegi klinik dan tido dekat rumah.

Muka tak selesa masa dekat klinik. Gambar ni tak perasan Muka Sofea merah-merah.

Gambar ni baru nampak sket. Tengok, telinga dia kembanglah.....

Skang baru aku sedar. Lain gayanya bila nak celebrate birthday dah ada anak ni. Tak sama macam dulu walaupun cara kitorang nak celebrate sama je. Check in hotel petang, last-last balik rumah jugak untuk tido. Selamat le pegi hotel dekat-dekat je. Kalo sampai ke Santubong ke, Sematan ke, jauh gak. Apa-apa pun aku sangat bersyukur, dalam usia 27 tahun ni aku dah dikurniakan seorang husband yang penyayang dan anak yang comel. (Hahaha..puji anak sendiri).

3 comments:

Unknown said...

siannye sofea..kembang gile telinge die. doc ckp ape? allergik ke? ke ade nyamuk gigit? risau gak nak tido2 hotel ni ek..tp muizz so far ok je. siap tido lena sbb sejuk aircond ;p

p/s : suke tgk sofea pakai hairband tu..chomel!

Unknown said...

lupe lak..happy belated birthday AZURA AZLAN ;)

hasya_rmshy said...

sian sofia.. infection tdo hotel ke?...