Saturday, April 6, 2013

Wrap sling vs pouch sling

Salam semua. Hari ni nak buat review sikit tentang baby wrap dan baik buruknya compare dengan pouch sling. Baru je berjinak-jinak dengan baby wrap sejak kelahiran Alyaa. Itupun sebab pouch sling yang dulu dah tak tahu letak mana. So alang-alang nak beli carrier baru, try style lain plak..

Ini rupa baby wrap yang disimpan dalam bag. Senang sebab sediakan bag untuk simpan tapi....

Agak bulky sebab kain dia panjang. Makan banyak ruang bila nak simpan dalam diaper bag. Macam aku beli moby wrap petite, panjang kain 5.2 meter. Kena panjang kalau tak panjang tak boleh lilit-lilit badan macam kat gambar atas tu. Yang bagusnya sebab dia lilit dua-dua bahu, jadi bahu tak lenguh. Baby pun memang betul-betul di 'support' dan rasa macam secure. Takdalah rasa macam baby nak jatuh.

Dengan kain yang panjang ni boleh bawa baby macam-macam gaya. Tengok tu, siap boleh dukung kembar sekaligus lagi. Dengan hanya sehelai kain, semua orang badan pelbagai saiz boleh pakai. Jadi ibu ngan ayah yang badan tak sama besar boleh share pakai sling ni. 

 Ni gaya aku cradle hold Alyaa. Sesuai untuk newborn tidur.

 Ni plak gaya hug hold. Kalau bawa Alyaa jalan-jalan, aku suka style camni.  Tak sakit bahu pun walaupun dukung lama-lama.

Yang bestnya babywearing ni tak kiralah wrap sling atau pouch sling, tangan kita bebas nak buat kerja lain. Sambil makan minum pun boleh dukung anak. 

Ok, skang cerita tentang pouch sling plak...

 Pouch sling ni sehelai kain yang siap dijahit dan boleh membentuk poket bila kita lipat dua kain tu. Kat dalam poket tu lah baby duduk. Tak banyak pakai kain jadi tak bulky. Senang disimpan dalam bag. Selalu aku lipat jadikan bantal kalo nak baringkan baby untuk tukar diaper. Tak pun kengkadang aku jadikan selimut kalo baby sejuk. Kira macam-macam fungsilah.

Boleh juga kendong baby pelbagai gaya. Tapi rasanya kembar tak boleh kot. Kalo wrap sling boleh.

 Sofea yang tidur dalam pouch sling dengan gaya cradle hold. Malangnya yang support keberatan baby ni hanya sebelah bahu jadi aku cepat lenguh bahu. Lagi satu kelemahan dia, nak beli pouch ni kena ikut saiz badan kita. Dengan kata lain, kalau pasangan kita tak sama saiz, tak boleh lah nak share. Nampak gaya kita sorang je lah jadi bibik kendong anak.

Sama macam wrap sling, tangan kita bebas nak buat kerja lain sambil dukung anak kalo babywearing ni. Nak peluk-peluk cik abang pun lebih mudah. Tapi kalau tangan nak lebih bebas lagi letak baby dalam stroller. Hehehe....

1 comment:

emily said...

Hi, I was thinking to buy moby wrap petite, but afraid the length not enough for me to tie the knot at front.

But from picture, I can see you able to tie the knot at front with petite length (5.2m). Is it so?

I'm 160cm / 45kg, my hubby 173cm/60kg, you think petite length sufficient for our size?


Appreciate for your sharing :)