Friday, April 19, 2013

Nana 2nd Birthday

Nana dah 2 tahun pada 18 April yg lalu. Maksudnya dah 1 tahun aku berjaya survive jaga anak2 tanpa bantuan maid sebab maid lari masa birthday Nana 1 tahun. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Sekarang dah jadi ibu beranak 3 pun. Sempena birthday Nana, kitorang raikan 2 kali. Sekali dekat Banting 3 hari before birthday, sekali lagi dekat taska Nana.


Budak 2 tahun yang sangat cheeky skarang.


Kek birthday nana yang sedap dari Secret Recipe. Kek coklat cheese. Ade plak typo error kat kek tu. Ish ish..


Birthday girl malu-malu nak tiup lilin.


Sedara mara Banting yang hadir.


Haa.. Cantik tak kek ni? Homemade chocolate moist cake by me. Buat sendiri kek seberat 2kg untuk penjimatan lebih. Untuk kawan-kawan Nana dekat taska. Hehe..


Ni je satu-satunya gambar Birthday Nana dekat taska. Tertinggal hp kat rumah. Gambar hasil ikhsan teacher Nana.

Akhir kata, semoga Nana jadi anak dan kakak yang baik dan solehah. Jangan nakal-nakal sangat ye. Walaupun standard lah nakal budak 2 tahun. Kalo tak takkan ada istilah trouble 2. Kesian jugak baru 2 tahun dah dapat adik lagi. Tapi apa-apa pun mama sayang Nana sangat-sangat.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Tuanku Antah,Seremban,Malaysia

Monday, April 8, 2013

Alyaa @ 1 month & poor weight gain

 Hai semua, saya dah tak chubby lagi. Tapi saya tetap comel tau.

Alyaa @ Day 1                  Alyaa @ Day 36
3.30kg                                3.15kg

Sepanjang 1 bulan Alyaa dilahirkan, Alyaa memang ikut milestones seperti baby-baby lain macam senyum, mata dah pandai ikut pergerakan orang yang dia nampak dan macam-macam lagi kecuali berat badan. Sepatutnya kalau umur dah sebulan mesti ada pertambahan berat tapi berat Alyaa makin kurang plak. Jom bandingkan dengan kakak-kakak Alyaa...

Sofea @ Day 1                              Sofea @ Day 32
3.41kg                                        4.1kg

Diana @ Day 1                              Diana @ Day 30
3.34kg                                        3.95kg

Memang boleh nampakkan bezanya. Anak aku lahir semua lebih kurang berat je tapi kalau ikut urutan anak yang 1st paling berat yang bongsu paling ringan. Tahap kenaikan berat pun makin sikit. Dan ikutkan berat Alyaa tak naik malah makin turun pulak. Huaa, sedih jugak.Tapi apa-apa pun ni menambahkan semangat aku untuk terus berusaha menyusukan Alyaa dengan jayanya.

So, apa langkah-langkah yang aku buat untuk tambahkan berat Alyaa?
  1. Menyusukan Alyaa dengan lebih kerap. Cuba kejutkan Alyaa untuk menyusu di waktu malam sebab Alyaa ni bila dah mula tidur lebih kurang pukul 10 malam, akan nyenyak sampai pukul 5 pagi. Bagus untuk aku berehat tapi bagi aku tak bagus untuk dia sebab terlalu lama berlapar tak minum susu
  2. Pam susu sekurang-kurangnya 2 kali pada waktu malam sebab kebiasaannya Alyaa memang tak bangun pun walaupun dah dikejutkan untuk menyusu. Jadi, untuk memastikan supply susu tak makin berkurang nak tak nak kena juga bangun untuk pam. 
  3. Selepas direct feeding Alyaa, bagi dia sebotol lagi EBM (express breastmilk) 3 - 4oz supaya lebih kenyang dan tidur lebih lena selepas menyusu.Terpaksa buat macam tu kalau tidak aku tak boleh buat kerja rumah lain. Duduk menyusu Alyaa sampai dia betul-betul kenyang memang mengambil masa berjam-jam. 
  4. Tambahkan penghasilan susu dengan memastikan makan makanan berkhasiat, minum air yang banyak dan mengambil vitamin setiap hari.
    Aku ambil calcium dengan obimin je.

  5. Bagi supplement MCT oil 1ml 3 kali sehari seperti yang diarahkan oleh Doktor kanak-kanak. MCT (medium chain triglyceride) oil ni sebenarnya minyak kelapa di mana sumber lemak yang mudah diserap oleh badan sebab pecahan lemak yang lebih kecil. MCT oil ini diminum dengan mencampurkan dalam EBM. Kalau minum minyak kelapa macam tu memang lah tak lalu Alyaa nak telan.
Nilah rupa MCT oil dari Hospital Melaka.

Buat masa ni, itu sahaja usaha yang dapat aku lakukan. Memang harapan nak kuruskan badan masa cuti 3 bulan ni takdelah.. Yang penting kena makan makanan berkhasiat supaya berat Alyaa bertambah. Nanti kalo aku sibuk nak kurus, anak pun ikut sama kurus jugak susah pulak. Sekarang ni aku kena pergi klinik untuk timbang berat Alyaa 2 kali seminggu. So far ada pertambahan 100g setiap kali timbang. Semoga berat Alyaa terus bertambah secara sihat dan tak ada lagi masalah poor weight gain. Doakan aku ye!

Alyaa latest @ Day 40
 3.4kg

Okaylah tu kan...

Saturday, April 6, 2013

Wrap sling vs pouch sling

Salam semua. Hari ni nak buat review sikit tentang baby wrap dan baik buruknya compare dengan pouch sling. Baru je berjinak-jinak dengan baby wrap sejak kelahiran Alyaa. Itupun sebab pouch sling yang dulu dah tak tahu letak mana. So alang-alang nak beli carrier baru, try style lain plak..

Ini rupa baby wrap yang disimpan dalam bag. Senang sebab sediakan bag untuk simpan tapi....

Agak bulky sebab kain dia panjang. Makan banyak ruang bila nak simpan dalam diaper bag. Macam aku beli moby wrap petite, panjang kain 5.2 meter. Kena panjang kalau tak panjang tak boleh lilit-lilit badan macam kat gambar atas tu. Yang bagusnya sebab dia lilit dua-dua bahu, jadi bahu tak lenguh. Baby pun memang betul-betul di 'support' dan rasa macam secure. Takdalah rasa macam baby nak jatuh.

Dengan kain yang panjang ni boleh bawa baby macam-macam gaya. Tengok tu, siap boleh dukung kembar sekaligus lagi. Dengan hanya sehelai kain, semua orang badan pelbagai saiz boleh pakai. Jadi ibu ngan ayah yang badan tak sama besar boleh share pakai sling ni. 

 Ni gaya aku cradle hold Alyaa. Sesuai untuk newborn tidur.

 Ni plak gaya hug hold. Kalau bawa Alyaa jalan-jalan, aku suka style camni.  Tak sakit bahu pun walaupun dukung lama-lama.

Yang bestnya babywearing ni tak kiralah wrap sling atau pouch sling, tangan kita bebas nak buat kerja lain. Sambil makan minum pun boleh dukung anak. 

Ok, skang cerita tentang pouch sling plak...

 Pouch sling ni sehelai kain yang siap dijahit dan boleh membentuk poket bila kita lipat dua kain tu. Kat dalam poket tu lah baby duduk. Tak banyak pakai kain jadi tak bulky. Senang disimpan dalam bag. Selalu aku lipat jadikan bantal kalo nak baringkan baby untuk tukar diaper. Tak pun kengkadang aku jadikan selimut kalo baby sejuk. Kira macam-macam fungsilah.

Boleh juga kendong baby pelbagai gaya. Tapi rasanya kembar tak boleh kot. Kalo wrap sling boleh.

 Sofea yang tidur dalam pouch sling dengan gaya cradle hold. Malangnya yang support keberatan baby ni hanya sebelah bahu jadi aku cepat lenguh bahu. Lagi satu kelemahan dia, nak beli pouch ni kena ikut saiz badan kita. Dengan kata lain, kalau pasangan kita tak sama saiz, tak boleh lah nak share. Nampak gaya kita sorang je lah jadi bibik kendong anak.

Sama macam wrap sling, tangan kita bebas nak buat kerja lain sambil dukung anak kalo babywearing ni. Nak peluk-peluk cik abang pun lebih mudah. Tapi kalau tangan nak lebih bebas lagi letak baby dalam stroller. Hehehe....

Friday, April 5, 2013

Sambutan Hari Lahir Emak & adik

Untungnya kalau birthday ahli keluarga ni dekat-dekat kan. Boleh buat sambutan combo. Macam emak dan adik perempuan aku ni. Birthday adik pada 31 Mac, birthday mak pula 1 April. Sebelah-sebelah je. Tak lupa juga the one and only brother pada 4 April semalam. Tapi celebration ni adik laki aku tak balik Melaka so tak dapat lah nak celebrate. Next timelah ye..

 Macam biasa, tempat celebrate tahunan dekat Restoran The Windmill, Bukit Beruang. Murah, in door dan ber'aircond'. Sesuai untuk aku yang ade anak kecik. 

 Semestinya makanan western dan jus gelas besar pilihan kami.

 Nana berselera dengan mushroom soup. Dekat 2 mangkuk Nana makan.

 Birthday girl aka emak dengan chicken and fish. Favourite food emak tiap kali datang The Windmill.

 Ween, my adik bongsu pun sama je selera dengan emak. Anak emaklah katakan...

Si kecik Alyaa yang belum boleh makan. Jadi tido ajelah...Hehehe.

 Last but not least, inilah birthday girls! Happy 58th birthday emak & Happy 29th birthday Ani... Eh, rupa dua-dua birthday girls ni tak sepadan usia lah.. Nampak lebih muda. Walaupun hakikatnya umur emak double daripada umur Ani. Stay young emak. Stay cute ani...