Thursday, September 22, 2011

Gambar Raya 2011

Raya dah nak penghujung tapi baru nak tempek gambar raya. Ni ala-ala summary lah....

Raya pertama

Bermaaf-maafan dekat rumah mak waktu pagi. Tengah hari plak ada tetamu beraya dekat rumah sendiri. Petang kami pulak keluar beraya










Raya kedua

Pagi kami beraya kat rumah makcik paling rapat a.k.a ibu dan ayah. Tengah hari ada gathering keluarga serumpun kasih Derwish Kintan dekat muar. Petang plak kami terus balik Banting. On the way sempat singgah Baskin robin. Oh yummy!












Raya ketiga

Time ni dah dekat rumah mertua. Jadi kami join konvoi beraya dekat Banting. Gambar kat bawah, Sofea ngan Diana dekat rumah moyang dia. Diana penat sangat sampai tertidur dari petang hingga ke malam dengan baju tak sempat nak tukar.









Raya keempat

Memandangkan hari Jumaat, kami tak beraya sangat. Cuma pergi rumah Gie dekat Klang. Sangat bangga berjaya sampai dengan pakai google maps. First time lah katakan.....



Raya kelima

Dah solek Diana cantik-cantik. Kononnya nak gi beraya rumah kawan-kawan on the way balik Melaka. Sudahnya, 1 rumah pun tak pergi sebab kawan takde dekat rumah



Raya keenam

Masak-masak untuk tetamu yang datang beraya. Tak buat open house tapi alhamdulillah ramai yang sudi datang beraya. Hidangan yang aku masak, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, sup tulang. Selamat adik lelaki aku datang tolong masak mi bandung. Terima kasih mir! Walaupun mi bandung ko warna purple sebab terbeli keledek purple, rasanya memang sedap. Dalam gambar, Chef mi bandung yang tengah terbaring kepenatan tu.








Summary raya hanya untuk minggu pertama je. Minggu berikutnya aku busy dengan orang kahwin. Hehe..

3 comments:

SyahieraFarhana said...

Yg gamba last2 tu kat umah baru ko ke?

Moments to Remember said...

ha'a syera. rumah baru aku. jemput datang...

Azmir Azlan said...

same2. laen kali kne check dlu keledek purple ke kuning. hehe