Friday, September 30, 2011

Diana kena rashes

Isnin hari tu, aku balik rumah waktu lunch. Tengok diana sedap je tidur meniarap. Malas nak kacau sebab tengah nyenyak. Alih-alih time nak gi kerja semula dia dah tersedar. Barulah perasan yang muka ngan badan dia merah-merah semacam je. Sebelum ni ingatkan campak tapi bintik2 merah kali ni memang bukan campak. Kenal sangat dengan allergic rashes sebab Sofea dulu ada eczema.


Ni gambar sehari sebelum kejadian. Dah memang merah 1 badan. Tapi budak ni aktif aje...





Ni gambar di hari kejadian. Merah-merah tu nampak timbul dan gatal. So apa lagi. Cepat-cepat bawak gi klinik.


Dapat rawatan special dari doktor. Kena cek sampai naik atas meja. Macam kenal je doktor ni...


Doktor a.k.a atok kasi sofea test dengar degupan jantung sendiri.


Turn atok pulak kena cek ngan Sofea. Harap-harap jadi doktor macam atok lah ye...

Bila cek, memang confirm lah alergic. Bukannya campak. Aku rasa alergic ubat antibiotik sebab ubat tu on je badan diana merah-merah. So lepas ni diana tak boleh makan ubat tu lagi.


Muka diana lepas sapu calamine lotion. Dah macam pakai bedak sejuk plak.


Saya dah tak gatal lagi...

Posted using BlogPress from my iPhone


Thursday, September 22, 2011

Gambar Raya 2011

Raya dah nak penghujung tapi baru nak tempek gambar raya. Ni ala-ala summary lah....

Raya pertama

Bermaaf-maafan dekat rumah mak waktu pagi. Tengah hari plak ada tetamu beraya dekat rumah sendiri. Petang kami pulak keluar beraya










Raya kedua

Pagi kami beraya kat rumah makcik paling rapat a.k.a ibu dan ayah. Tengah hari ada gathering keluarga serumpun kasih Derwish Kintan dekat muar. Petang plak kami terus balik Banting. On the way sempat singgah Baskin robin. Oh yummy!












Raya ketiga

Time ni dah dekat rumah mertua. Jadi kami join konvoi beraya dekat Banting. Gambar kat bawah, Sofea ngan Diana dekat rumah moyang dia. Diana penat sangat sampai tertidur dari petang hingga ke malam dengan baju tak sempat nak tukar.









Raya keempat

Memandangkan hari Jumaat, kami tak beraya sangat. Cuma pergi rumah Gie dekat Klang. Sangat bangga berjaya sampai dengan pakai google maps. First time lah katakan.....



Raya kelima

Dah solek Diana cantik-cantik. Kononnya nak gi beraya rumah kawan-kawan on the way balik Melaka. Sudahnya, 1 rumah pun tak pergi sebab kawan takde dekat rumah



Raya keenam

Masak-masak untuk tetamu yang datang beraya. Tak buat open house tapi alhamdulillah ramai yang sudi datang beraya. Hidangan yang aku masak, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, sup tulang. Selamat adik lelaki aku datang tolong masak mi bandung. Terima kasih mir! Walaupun mi bandung ko warna purple sebab terbeli keledek purple, rasanya memang sedap. Dalam gambar, Chef mi bandung yang tengah terbaring kepenatan tu.








Summary raya hanya untuk minggu pertama je. Minggu berikutnya aku busy dengan orang kahwin. Hehe..

Tuesday, September 13, 2011

Jamuan Hari Raya Hospital Melaka 2011

Fuhh, lega rasanya bila jamuan peringkat Hospital ni dah selesai. Berpeluh kepanasan bila kena jaga gerai. Mana taknya, matahari tengah panas terik , orang yang datang bukan main ramai. Bukan saja staff hospital, pesakit dengan pelawat pun join gak. Sepatutnya majlis habis kul 2 petang tapi kul 12tgh hari semua makanan setiap gerai dah licin.

Actually majlis ni pagi tadi. Aku kena jaga bahagian kecerian gerai. Tapi tak ceria mana pun. Tahu last minute. Sepatutnya buat minggu depan, tetiba diawalkan pagi tadi. 2 hari lalu baru tahu, asal boleh jelah aku hias gerai ni.


Khemah VIP. VIP untuk jamuan ni, pengarah kesihatan negeri.


Gerai jabatan aku. Majlis dah nak start tapi hias tak habis lagi. Skirting ngan alas meja tu pinjam kat mak. Nasib baik ada. Kalo tak memang nampak sangat ala kadar nya.


Gerai dah habis hias, makanan plak takda. Ni gara-gara sorang committee yang terlupa nak bawak bekas makanan jadi takde tempat nak letak makanan yang dah siap. Makanan kitorang masak sendiri dekat stor supaya dapat banyak. Dah tak tahu nak buat apa, posing dulu.


Mee goreng celebrex (painkiller). Lepas makan mi ni, segala sengal tulang hilang. Power tak? Actually kena bagi nama menu dengan nama pelik2 ikut kreativiti sebab ada pertandingan. Ingat nak bagi nama ubat cirit birit. Tapi kang ada plak yang takut nak makan mi ni...


Bihun goreng tramadol. Actually jabatan farmasi ditugaskan menu mi sebab tu masakan kitorang mi belaka. Selamat senang.


Medik soto - gerai jabatan perubatan. Ni antara gerai yang menang untuk bahagian kecerian.


Gerai jiran kami. Tak sure apa makanan diorang. Padahal sebelah aje. Tak sempat nak jengah.


Sate ada...


ABC ada....


Macam-macam ada.


Hadiah untuk cabutan bertuah pun ada.


Tempat makan turut disediakan. Tapi asyik full aje.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun tak menang apa-apa, yang penting puas hati.

Happy 58th Birthday abah

Hari ni birthday abah yg ke 58. Zura doakan semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Sempena birthday abah, aku belikan kek ulangtahun sahaja. Cadangnya nak beli kek aiskrim, tapi rupanya kena tempah 3 hari sebelum. Nak cari kek baskin robin, tak sempatlah pulak... Harap2 abah ok aje.


Abah yang diraikan



Kek birthday abah



Jelly - mak yang buat. Yummy!



Sesi memotong kek



Birthday boy tiup lilin. Alamak, separuh muka je nampak. Cucu dia yang excited plak lebih glemer.



Kasi canlah. Dah macam Birthday Sofea plak...



Sesi suap menyuap...

*p/s: nampaknya banyak cerita yg x update. Especially cerita raya. Nanti aku post pelan2. Sangat bz ngan orang kahwin skang. Tunggu.....

- Posted using BlogPress from my iPhone