Sebab servis yang aku in-charge kat tempat kerja dah selamat dirasmikan semalam dan hari ini dah ada promosi kat semua paper. At least public dah tahu (bagi sapa yang baca paper hari ni ler). So aku harap lepas ni kalo aku duk promote kat kaunter farmasi, at least diorang tahu. Lagi bagus kalo diorang datang sendiri ke kaunter farmasi and request that servis. Senang sket kerja. Eh, lupa nak mention servis apa. Ni servis Ubat Melalui Pos 1Malaysia. Sekarang mana-mana patient yang ada sakit kronik and on long term medication boleh dapat balance ubat melalui pos. Tak perlu datang farmasi nak ambil ubat every month. Mudah kan? Yang susah nya aku sebab nak kena pos ubat diorang. Hehehehe....
Lega jugak sebab parents aku dah sampai Kuching semalam. Diorang duduk temankan aku kat sini sampai hari Khamis. Oklah tu. En hubby pergi kursus kat KL dari semalam gak sampai Ahad ni. Tak ke lama tu. Seminggu tu. At least separuh minggu aku ada peneman. Kalo tak memang kelam kabut duduk berdua ngan Sofea. Dahler hari-hari kerja. Bila parents ada ni, boleh lah beri alasan nak cuti rehat....Berehat-rehat di rumah dengan mak, abah dan Sofea. Best gila selepas 2 minggu aku yg sangat hectic. Banyak kerja, Sofea sakit, aku sakit mata seminggu dan en hubby pun join sakit mata. Minggu ni pun hectic jugak tapi buat bodoh mcm takde kerja kat opis. Hehehehe...
Tuesday, January 25, 2011
Thursday, January 20, 2011
Sofea @ 1 year and 8 months.
Happy 20 months birthday Sofea! Another 4 months you will turn 2 years old and about 3 months plus you will be a 'kaklong'. Mama love you so much!!!!
Sofea dah mula nak belajar cakap. Last week dia demam 4 hari. Badan ngan kepala teramat panas tapi kaki ngan tangan sejuk gila. Sofea tak pernah kena demam macam tu. Batuk tak. Selesema pun tak. Sorang teacher Sofea cakap selalunya orang2 tua kata kalo demam macam tu masksudnya nak pandai cakap. Mungkin ada betulnya kot. Lepas baik demam nampak dia berusaha nak cakap. Kalo kita sebut sesuatu words tu, dia cuba nak ikut walaupun pelik je bunyinya. Tapi yang aku perasan, banyak words yang dia cakap dalam bahasa sarawak. Agaknya duduk nursery lebih lama dari duduk rumah, tu yang jadi macam tu. Hehehe.... Selamat le aku paham.
Antara vocab sofea:
- kak = bukak
- tup = tutup
- habisshhh = habis
- dah = sudah
- pish = fish
- dug = dog
- tuk = ini
- kacak = cantik
- guguk = jatuh
- empun = punya
- cer = teacher
- mamam = makan
Comel tak fesyen rambut Sofea yang macam Upin ni?
Aksi Sofea bila tengok tv. Khusyuk gila...
Kaki siap terangkat-angkat lagi.
Skang ni Sofea kuat makan. Pantang kitorang bukak pintu peti sejuk, cepat-cepat dia berlari nak ambil favourite food dia dalam tu. Kalo tak vitagen, calciyum. Takpun buah-buahan macam epal ke, plum ke. Bangun-bangun pagi kalo nampak biskut atau cereal macam koko crunch yang dia suka, boleh nak dekat setengah balang dia makan. Dekat nursery makan 1 hari 3 kali. Teacher dia bagitau kalo makan bubur, selalunya 2 mangkuk. Balik rumah join kitorang makan malam lagi. Macam semalam, kitorang makan luar je sebab teringin sangat nak makan char kuey teow. Sofea kitorang order bihun goreng. Nak dekat setengah pinggan dia makan. Balik rumah hubby ada tapau char kuey teow. Itupun dia join makan nak dekat setengah pinggan jugak. Berselera betul. Tak kira pedas ke tak. Ok je dia...Kalau spirulina tu, dah jadi macam kacang plak. Kunyah berbiji-biji selamba je. Aku pulak yang takut kalo dia overdose makan spirulina. Terpaksa sorok botol spirulina tu.....Aksi Sofea bila tengok tv. Khusyuk gila...
Kaki siap terangkat-angkat lagi.
Lagi satu habit yang kitorang susah nak kawal bila dia suka sangat bukak seluar ngan pampers tiba-tiba. Lebih-lebih lagi ade satu hari tu Sofea bukak pampers masa hubby tengah drive berdua je balik keja. Time tu lah dia nak bukak pampers. Memang kelam kabut encik hubby dalam kereta. Terus angkat dia letak atas pangku takut dia berak plak dalam kereta. Tengok-tengok memang dah berak pun. Habis cushion kereta dengan seluar encik hubby kotor. Hahahaha...Suka suka je sofea nak bukak seluar tak kira tempat. Nak dekat sebotol perfume nak hilangkan bau 'hasil' sofea yang sememangnya harum tu.
Orang kata, selalu perangai budak nak dapat adik ni agak mengada-ngada. Ish, memang macam ni lah perangai Sofea. Di punya tantrum kadang-kadang penat nak melayan. Tengah-tengah pukul 3 pagi boleh bangun nak tengok kartun lah. Tiba-tiba je nak suruh kitorang dukung dia tak boleh nak letak. Nak suruh bawak jalan. Selagi tak keluar rumah selagi tu lah tak puas hati. Dah dapat jalan tak boleh nak duduk diam dalam kereta. Mesti nak suruh encik hubby yang tengah drive tu pegang. Sampai aku pulak yang terpaksa ambil alih tempat jadi driver sebab encik hubby susah nak drive. Sabo je lah... Ini lah kerenah budak-budak. Walaupun tantrum dia buat aku rasa penat, tapi macam-macam lagi telatah dia yang buat aku terhibur.
Wednesday, January 19, 2011
Welcome 2011
This is my first entry in 2011. Dah nak masuk 3 minggu kita dalam tahun baru tapi baru hari ni aku berpeluang nak wish you all semua happy new year. Aku punya permulaan untuk tahun 2011 tak begitu baik. Macam-macam perkara berlaku. Minggu pertama sibuk bekerja 7 hari seminggu. Isnin sampai Ahad sampai tak dapat nak tengok AJL. My second week dapatlah cuti ganti 2 hari on Monday and Tuesday sebab dah keja weekend a week before. Ingatkan baki 3 hari bekerja nak buat segala kerja tertangguh tapi hajat tak kesampaian sebab Sofea demam. Terpaksa ambil emergency leave on Thursday dan time off petang Jumaat. Kerja semakin berlambak. So aku berharap sangat 3rd week aku dapat kerja dengan bagus. Maklumlah, 18 Januari aku akan start Respiratory Clinic. My new portfolio. 24 Januari plak ada launching untuk 1 servis yang aku in charge, UMP 1Malaysia (Ubat Melalui Pos). So banyak benda nak kena prepare for that launching. Malang sekali lagi bagi aku. This week aku kena sakit mata pulak. Hari ni dah masuk hari keempat tapi rasanya macam makin teruk je mata ni. Dari semalam aku sick leave sampai esok. 3 hari. Once again, kerja yang banyak terpaksa diabaikan....Ya Allah, semoga segala dugaan yang Engkau berikan ada hikmah di sebaliknya. Aku harap walaupun permulaan 2011 yang tak begitu baik ini hanya satu cabaran untuk aku berjaya pada tahun ni. Harapan aku yang paling besar ialah semoga tahun ini dimurahkan rezeki dan dapat berita baik iaitu pulang Semenanjung for goods. Dah nak dekat 3 tahun aku kerja kat Kuching ni dan rasanya sudah cukup lama. At least aku kerja kat Kuching ni lebih lama dari parents aku dulu. Diorang kerja sini 2 tahun. Oklah kan....
Ermm, aku belum cerita lagi apa pencapaian aku masa 2010. Aku bersyukur kerana 2010 adalah tahun yang agak bagus untuk aku dan family. Antaranya:
- Januari - First time balik kampung husband di Kelantan
- Februari - Berjaya beli sebuah rumah single storey semi-D di Melaka
- Mac - Naik pangkat
- April - Pindah rumah dari apartment ke condo. Yang penting tak perlu panjat tangga hari-hari sebab ada lif.
- Mei - Bercuti ke KK, Sabah bersama family
- Jun - Hubby dapat bonus
- Julai - Adakan kenduri aqiqah Sofea dekat Melaka
- Ogos - Dapat berita pregnant kali kedua. Alhamdulillah...
- September - Berjaya beli kereta sendiri MYVI Limited Edition
- Oktober - Kursus 3 minggu di Hospital Melaka. So, dapat memenuhi tekak mengidam awal2 pregnancy di rumah.
- November - Balik Semenanjung sebab abah convocation dan dapat keluar duit EPF sebab skang aku dah taraf berpencen.
- Disember - Dapat duit tertunggak naik pangkat dari Mac. Hubby pulak dapat naik pangkat jugak.
Subscribe to:
Posts (Atom)